31 May 2011

World Conference on Diaspora Tamil Literature

Singapore will be hosting the first international conference on diaspora Tamil literature in October 2011 as part of the Singapore Writers Festival. The World Tamil Writers Conference (WTWC) will be held on 28-30 October 2011 at the Republic Polytechnic. The main theme of the conference is Diaspora Tamil Literature: New Perspectives, New Paths.

Arun Mahizhnan in his e-mail to me on 31 May 2011 explained that the conference will bring together more than 20 eminent scholars, authors and editors from about 10 countries stretching from Australia to the Unites States. Other countries include Canada, France, Germany, India, Malaysia, Sri Lanka, United Kingdom and Singapore.


“Sri Lanka, Malaysia and Singapore have had their own indigenous Tamil literature for more than a century. In addition, the rapid expansion of the Tamil diaspora around the world in recent decades has generated Tamil literary writings that reflect their own experiences, aspirations and anxieties which are distinct from those of the Tamil ‘homeland’, Tamil Nadu in India,” he quoted from the attached press statement.


The conference will provide an overview of the development of the Tamil literary writings across the diaspora and an analysis of their special characteristics and current trends. Some papers will focus on the impact of the diaspora literature on the societies from which they originate. There will also be a special session on the opportunities and challenges facing translation of literary works from and into Tamil. The conference will close with an assessment of the future of diaspora Tamil literature.


Announcing the conference in Singapore on 27 May 2011, ASTW President, Naa. Aandeappan, said, “The topics and speakers will reflect the rich tapestry of the diaspora and the diversity of its voices. Almost all the international Tamil literary conferences in Singapore and elsewhere have mostly focused on Tamil Nadu literature and paid little attention to what has been going on in the diaspora world and this conference is designed to address that deficit.”


In addition to paper presentation and discussions, ASTW has included cultural programmes during the three-day conference. These will showcase Singapore’s multicultural landscape and its modern and traditional art forms.


Jointly presented by ASTW and the Singapore Writers Festival (SWF), WTWC is expected to attract participants from overseas as well as from Singapore.


Mr. Paul Tan, Festival Director of the Singapore Writers Festival (SWF), said, “The SWF is very pleased to collaborate with ASTW to co-present the World Tamil Writers Conference, a pioneering platform for the Tamil Diaspora. One of the key features that distinguish the SWF is the focus on literature written in the four national languages, and the Conference presents a wonderful opportunity for both visitors to the festival and invited authors to engage with Tamil writers, from Singapore and beyond.”


The annual Singapore Writers Festival will take place 22-30 October 2011, when a wide array of literary talents from Singapore, the region and the world will congregate on our shore to share their passion for words. The Festival is Singapore’s only national literary festival and, to date, it remains one of the few literary festivals in Asia that is multilingual, focusing on four languages: English, Malay, Chinese and Tamil.


The Association of Singapore Tamil Writers was formed in 1976 to cater to the interests of Tamil writers and promote Tamil Language in Singapore. The Association organises two major annual events of which one is Muthamizh Vizha (Festival of Tamil) and the other is Kannadasan Vizha (in commemoration of the great poet and lyricist).


Contests for students are held from Kindergarten to Tertiary level in conjunction with Muthamizh Vizha. A local writer or poet is presented with the Tamizhavel Award (about 4 soverigns in gold). Contests in short-story and poetry are also held for the public. The Muthamizh Vizha is one of the major events of the annual Tamil Festival held in April authorized by the Tamil Language Learning and Promotion Committee and coordinated by Tamil Language Council.


Apart from these two major events, the Association holds a monthly poetry session called Kavi Cholai and also organises workshops for students, book launches, Patti Mandram (Debate) and dialogue sessions with visiting writers and literarians.


The National Arts Council (NAC) was established in September 1991 to spearhead the development of the arts in Singapore. To realize its vision of developing Singapore into a distinctive global city for the arts, NAC provides total support to nurture artistic talent, promotes the practice and appreciation of the arts among Singaporeans, builds up capabilities and resources, facilitates internationalisation and advocates the value of the arts. Through its holistic range of programmes and initiatives to develop the entire arts value chain, the Council champions the growth of a vibrant arts sector where the arts is accessible to all, and the community of artists, arts groups and arts businesses can innovate, excel and achieve sustainability in the long term.


Please CLICK HERE for more information and to register for the World Tamil Writers Conference. For enquiries, please contact Naa. Aandeappan, President, Association of Singapore Tamil Writers at aavanna@yahoo.com or Suba Arunachalam, Secretary, Association of Singapore Tamil Writers at sukam99@singnet.com.sg

Note: Among the speakers from Malaysia are Assoc Prof V. Sabapathy, Dr Krishanan Maniam, Mr Muthu Nedumaran, Mr S. Yuvarajan, Assoc Prof Re Karthigesu and Uthaya Sankar SB.

29 May 2011

Isu pelajar gaduh SMK di Shah Alam tukar jadi ‘krisis PIBG’

SHAH ALAM, 28 Mei 2011 – Isu pergaduhan pelajar sebuah sekolah menengah kebangsaan di Shah Alam kini bertukar menjadi pertikaian antara ibu bapa dan kepimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Hari ini, sekumpulan ibu bapa pelajar sekolah berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Taman Sri Muda di sini berikutan kenyataan Yang Dipertua PIBG sekolah tersebut pertengahan minggu ini.


Wakil ibu bapa, V. Stephen Perumal berkata, laporan polis pihaknya merujuk kepada kenyataan Yang Dipertua PIBG, Anita Atan Khamis lalu.


Isu terbaru ini bersangkut paut dengan insiden pergaduhan pada 13, 19 dan 20 April lalu di sekolah tersebut yang membawa kepada penahanan lebih 20 pelajar.


“Pada 24 Mei, Anita telah membuat laporan polis. Dalam kenyataan akhbar bertarikh 25 Mei, beliau memberitahu pihak PIBG rasa terhina dan maruah tercemar atas fitnah yang dilemparkan oleh ‘individu tertentu’.


“Kenyataan akhbar itu juga ada menyentuh perkara yang dibincangkan kami bersama pihak PIBG. PIBG sepatutnya berbincang dahulu dengan kami sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan, bukan dengan terus membuat laporan polis,” katanya pada sidang media hari ini.


Perumal memberitahu, PIBG telah menjemput ibu bapa dan penjaga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda untuk mengadakan sesi dialog bagi membincangkan masalah mereka hadapi, 21 Mei lalu.


Bagaimanapun, mereka tidak menyangka PIBG akan membuat laporan polis terhadap apa yang dibincangkan dalam dialog tersebut.


“Sabtu lalu, ketika sesi dialog itu, kami bercakap mengenai hal anak-anak kami yang belajar di sana. Mereka pada masa itu tidak berkata apa-apa, cuma mereka memberitahu tidak mahu memperbesarkan perkara ini (isu pergaduhan).


“Tiba-tiba kami lihat dalam akhbar Sinar Harian, pihak PIBG membuat laporan polis,” katanya.


Beliau turut berkata, ibu bapa yang hadir sesi dialog tersebut telah cuba menghubungi dan menghantar SMS kepada Anita berhubung kenyataannya tetapi tiada respons.


Anita berkata, risalah tersebut telah diedarkan kepada masyarakat di sekitar kawasan berkenaan.


Anita juga berkata, laporan polis itu dibuat untuk menjernihkan keadaan sekali gus membersihkan maruah mereka.


Perumah menambah, PIBG sepatutnya mewakili ibu bapa untuk menyelesaikan perkara berkaitan sekolah dan bukan memihak pihak sekolah.


Beliau berkata, pihaknya terpaksa membuat laporan polis hari ini bagi membersihkan maruah dan imej mereka.


“Kami komen secara ikhlas dan terbuka semasa sesi dialog bersama PIBG Sabtu lalu. Saya sebagai salah seorang ibu bapa yang menghadiri sidang dialog bersama pihak PIBG sekolah berasa kecewa dengan sikap Anita yang memutar belit fakta dalam kenyataannya,” katanya.


Beliau juga menggesa pihak PIBG menarik balik laporan polis itu dalam masa seminggu.


(Zulaikha Zulkifli, The Malaysian Insider, 28 Mei 2011)

Nanyang Siang Pau

Akhbar Nanyang Siang Pau, 29 Mei 2011 menyiarkan berita dengan tajuk “Masalah SMK Taman Sri Muda Bertambah Hangat” dan “Ibu Bapa Lapor YDP PIBG yang Memfitnah’. Dalam berita kecil, Quah Saw Choon meluahkan rasa kecewa atas sikap Anita Atan yang disifatkannya memutar-belit fakta untuk menyelamatkan pengetua. Stephen Perumal pula menjelaskan bahawa ibu bapa terpaksa membuat laporan polis berikutan tindakan YDP PIBG yang membuat laporan polis berniat jahat. Baca lagi mengenai isu ini DI SINI.

Sin Chew Daily

Akhbar Sin Chew Daily, 29 Mei 2011 memaparkan tajuk “YDP PIBG Bersikap Bias” dan tajuk kecilnya “Ibu Bapa Buat Laporan Balas”. Turut dilaporkan bahawa hanya 5 daripada 15 AJK PIBG menghadiri Sesi Dialog yang diatur oleh PIBG sendiri pada 21 Mei lalu. Berita sisipan adalah penegasan ibu bapa bahawa apa yang mereka kemukakan semasa Sesi Dialog itu adalah benar dan hairan mengapa YDP PIBG bersikap buruk membuat laporan polis terhadap orang yang bercakap benar. Baca lagi mengenai isu ini DI SINI.

Tamil Nesan

Akhbar Tamil Nesan, 29 Mei 2011 menyiarkan berita dengan tajuk besar “Ibu Bapa Buat Laporan Polis Terhadap YDP PIBG” dan tajuk kecil “Susulan Isu Pergaduhan Pelajar SMK Taman Sri Muda”. Dijelaskan apa yang berlaku sehingga ibu bapa terpaksa mengambiltindakan membuat laporan polis itu. Baca lagi mengenai isu ini DI SINI.

Guang Ming Daily

Akhbar Guang Ming Daily, 29 Mei 2011 memaparkan berita mengenai masalah pelajar dan sekolah yang dibincangkan oleh ibu bapa semasa sesi dialog, tetapi YDP PIBG membuat laporan polis dengan mengatakan ibu bapa menghina pengetua. Stephen Perumal menghuraikan secara lanjut mengenai sikap buruk yang ditunjukkan Anita Atan yang putar-belit fakta. Baca lagi mengenai isu ini DI SINI.

China Press

Akhbar China Press, 29 Mei 2011 memaparkan tajuk besar “20 Ibu Bapa Buat Laporan Polis Untuk Dapatkan Keadilan” manakala tajuk kecil pula “Laporan Terhadap YDP PIBG”. Turut dinyatakan bahawa kes pengawas dibelasah pada 13 April 2011 masih belum ada tindakan susulan. Stephen Perumal menyatakan rasa kecewa kerana PIBG memihak kepada pihak sekolah. Quah Saw Choon juga kecewa kerana Anita Atan berjanji akan cuba selesaikan masalah, tetapi sebaliknya membuat laporan polis terhadap ibu bapa. Baca lagi mengenai isu ini DI SINI.

28 May 2011

Ibu Bapa Mahu Mesyuarat Agung Tergempar PIBG

SHAH ALAM – Sekumpulan ibu bapa dan penjaga kepada pelajar sebuah sekolah menengah kebangsaan di sini mahu Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan memanggil Mesyuarat Agung Tergempar (EOGM) dengan kadar segera.

Wakil kumpulan itu, A. Sivaprakasam berkata, tindakan lebih 20 ibu bapa dan penjaga yang membuat laporan polis pada pagi 28 Mei 2011 membuktikan bahawa mereka sudah hilang kepercayaan terhadap YDP itu.


“Laporan polis yang dibuat oleh YDP PIBG pada 24 Mei dan dilaporkan di akhbar Sinar Harian pada 25 Mei jelas menunjukkan bahawa beliau melabel kami (ibu bapa/penjaga) sebagai kumpulan yang berniat jahat dan mahu mencemarkan namanya.


“Amat memalukan apabila segala perkara yang kami luahkan secara terbuka pada Sesi Dialog & Pemuafakatan PIBG pada 21 Mei digunakan oleh YDP untuk membuat laporan polis dan kenyataan media yang mencemarkan nama baik dan merosakkan imej ibu bapa,” katanya selepas mengiringi ibu bapa/penjaga membuat laporan di Balai Polis Taman Sri Muda, di sini.


Sementara itu, Stephen Perumal Velu yang turut membuat laporan polis berkata, adalah tidak logik untuk YDP memberi alasan bahawa beliau masih baru untuk memikul tugas yang diamanahkan.


“Sebelum menjadi YDP, beliau pernah menjadi Ahli Jawatankuasa PIBG di sekolah sama. Malah, beliau juga berpengalaman luas sebagai YDP PIBG di sebuah sekolah lain,” katanya yang mewakili ibu bapa/penjaga dalam meluahkan rasa kesal dan sedih atas tindakan YDP itu membuat laporan polis pada 24 Mei lalu.


Seorang lagi ibu, Irene Kia Ooi Meng menjelaskan bahawa mereka telah cuba berbincang secara baik dengan YDP berkenaan selepas terkejut membaca kenyataanya di akhbar Sinar Harian pada 25 Mei.


“Tapi dia tidak mahu menjawab telefon, maka akhirnya kami semua terpaksa datang ke balai polis dan membuat laporan kerana mahu membetulkan fakta,” katanya.


Mengenai tindakan susulan, Sally Quah Saw Choon berkata, para ibu bapa sudah bersetuju untuk menghantar surat rasmi kepada YDP PIBG dan meminta supaya EOGM diadakan segera kerana mereka sudah tidak yakin dan tidak percaya pada kewibawaan beliau (YDP) menerajui PIBG.

Ibu Bapa Buat Laporan Terhadap YDP PIBG

Kandungan laporan polis oleh lebih 20 ibu bapa/penjaga di Balai Polis Taman Sri Muda, Shah Alam pada 10:00 pagi, 28 Mei 2011:

Pada 25 Mei 2011, saya telah terbaca berita bertajuk “PIBG lapor polis kes fitnah” di akhbar Sinar Harian, 25 Mei 2011 di mana Yang Dipertua PIBG SMK Taman Sri Muda, Shah Alam, Anita Atan pada 24 Mei 2011 membuat laporan di Balai Polis Taman Sri Muda dengan mengatakan bahawa kumpulan ibu bapa telah memfitnah, memprovokasi, menghina, mencemarkan maruah dan imej, serta menuding jari mencari kesalahan AJK PIBG.


Kenyataan Anita Atan adalah berniat jahat kerana segala rasa tidak puas hati dan komen terhadap pengetua dan AJK PIBG seperti disiarkan di akhbar Sinar Harian (25 Mei 2011) diluahkan oleh ibu bapa/penjaga secara ikhlas dan terbuka demi kesepakatan dan kesejahteraan bersama semasa menghadiri Sesi Dialog & Pemuafakatan yang diatur oleh PIBG sendiri pada 21 Mei 2011 di Dewan SMK Taman Sri Muda.


Saya sebagai salah seorang ibu bapa/penjaga yang menghadiri Sesi Dialog & Pemuafakatan itu amat kecewa dengan sikap Anita Atan memutar-belit fakta dalam kenyataan kepada wartawan akhbar Sinar Harian. Saya membuat laporan polis ini untuk membersihkan maruah dan imej saya yang tercemar berikutan kenyataan Anita Atan.


Laporan ini dibuat untuk rujukan pihak-pihak berkenaan dan makluman pihak polis.

Nayagi, Mistress of Destiny

One of my short stories translated from Bahasa Malaysia to English is “Nayagi” which won first prize in Hadiah Cerpen Maybank-DBP (1992). The original version has been published in Menara 5 (1993), Siru Kambam (1996) and Nayagi (2000).

The English translation appears as “Nayagi, Mistress of Destiny” in Sea of Rainbows (2009) edited by National Laureate Prof Dr Muhammad Haji Salleh and published by Malaysian National Institute of Translation (ITNM).


The editor wrote in the introduction of the anthology: “Uthaya Sankar SB continues the Indian experience through his portrayal of the difficulty and confusion of a large family, half of which is moored to its Indian past, whereas the other half has set down Malaysian roots.”


For non-Bahasa Malaysia speaking readers, “Nayagi, Mistress of Destiny” would give a glimpse on how I tell the story of Malaysian Indians through a “new” perspective; compared to how Malaysian Indians have been – and are being – portrayed in Bahasa Malaysia literature.


Non-Malaysians who are interested to get a softcopy of “Nayagi, Mistress of Destiny” (not in full), please contact me at uthayasb@yahoo.com.my so I could e-mail you a copy.


Meanwhile, a shorter version of “The Painted Cat” – translated from “Cat” – is available HERE for your reading pleasure.

27 May 2011

Uthaya Lapor Polis Kes Fitnah

Saya terbaca berita bertajuk “PIBG lapor polis kes fitnah” di akhbar Sinar Harian bertarikh 25 Mei 2011 di mana Yang Dipertua PIBG SMK Taman Sri Muda, Shah Alam, Anita Atan dilaporkan berkata bahawa beliau pada 11 Mei 2011 menerima salinan risalah fitnah daripada seorang individu dalam kumpulan yang menyebarkan risalah fitnah dan provokasi itu.

Pada tarikh berkenaan, saya selaku pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya (SA0184670-H) turut menerima satu salinan dokumen yang dimaksudkan itu semasa membuat liputan perhimpunan aman di hadapan SMK Taman Sri Muda. Saya yang kemudian menyerahkan salinan dokumen itu kepada Anita Atan di hadapan orang ramai.

Kenyataan beliau di akhbar Sinar Harian (25 Mei 2011) adalah salah dan berunsur fitnah serta berniat jahat untuk mencemarkan imej, maruah dan reputasi saya sebagai perunding media dan blogger kerana secara langsung menuduh saya sebagai “seorang individu daripada kumpulan tersebut” iaitu kumpulan yang dikatakannya “menyebarkan risalah fitnah serta provokasi” terhadap anggota jawatankuasa PIBG SMK Taman Sri Muda.

Laporan polis ini dibuat untuk membetulkan fakta serta membersihkan imej dan maruah saya yang tercemar berikutan kenyataan berbentuk fitnah yang dikeluarkan oleh Anita Atan dan disiarkan di akhbar Sinar Harian pada 25 Mei 2011.

Kandungan laporan yang dibuat di Balai Polis Taman Sri Muda, Shah Alam pada jam 1:00 tengah hari, 26 Mei 2011

Nota: Saya telah cuba menghubungi Puan Anita Atan pada 25 Mei 2011 untuk membincangkan perkara ini secara baik tetapi beliau tidak membalas SMS saya dan tidak juga menjawab panggilan telefon saya.

Apa Kata Survei?

Dalam pada saya mengemukakan pandangan mengenai pelbagai topik, saya juga suka melakukan tinjauan – atau istilah “survei” yang diperakukan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – bagi mendapatkan pandangan rakan-rakan, khususnya di laman rangkaian sosial Facebook.

Suatu “kes” baru di mana saya terlibat sebagai perunding media sejak 16 April 2011 adalah siri insiden melibatkan pengetua, guru, ibu bapa dan pelajar sebuah sekolah menengah kebangsaan di Shah Alam.


Maaf! Saya tidak akan mendedahkan nama sekolah berkenaan di sini walaupun sudah disiarkan beberapa akhbar seperti Utusan Malaysia sejak “masalah” di sekolah itu menjadi agak besar sejak 20 April.


Dalam usaha mendapatkan pandangan rakan-rakan berhubung kes seorang pelajar Tingkatan Tiga dibuli dan dibelasah sekumpulan lapan pelajar Tingkatan Empat di sekolah itu pada 13 April, saya mengemukakan begini pada ruangan status Facebook ada petang 20 Mei:


Situasi: Seorang pelajar cedera dibuli dan dibelasah sekumpulan lapan pelajar di sekolah. Ibu mangsa membawanya ke hospital, lalu membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan anak. Pengetua tidak mahu bertindak dengan alasan, ibu mangsa sudah membuat laporan polis. Soalan: Salahkah tindakan ibu mangsa?


Berikut antara reaksi yang diterima daripada rakan-rakan dan kenalan yang berpengalaman dan mampu membicarakan topik ini secara matang dan terbuka:


Harahap Darwis (Universiti Putra Malaysia): Tidak salah sama sekali. Pengetua seharusnya bekerjasama dengan ibu bapa mangsa dan pihak polis untuk membantu menyelesaikan kes, sekali gus mencari cara untuk membanteras gejala tersebut di sekolah.


Rahmad Amin (penyunting lulusan Universiti Malaya): Tindakan si ibu tidak salah. Sebaik-baiknya, paksa pengetua itu bertindak.


Malarkodee Muniandy (IPG Kampus Ilmu Khas): Pada pendapat saya, tindakan ibu mangsa adalah betul kerana pengetua telah lepas tangan dan si ibu berhak berbuat demikian. Pengetua perlu sedar mengenai tanggungjawabnya sebagai pentadbir sekolah dan lebih menekankan soal kebajikan pelajar.


Al-Abror Mohd Yusuf (pengamal media): Sifat pengetua adalah menaungi sesiapa di bawahnya. Pelajar adalah antara yang dinaunginya. ... Berlepas tangan dengan sikap seperti di atas adalah indikator bebal (kerana) memang kesalahan (membuli) terbongkang depan mata.


Suriyha Prakash (HSBC Cyberjaya): Sebagai ibu bapa kepada pelajar tersebut, dua laporan polis perlu dibuat. Satu mengenai pelajar yang kena buli dan satu lagi mengenai pengetua yang tidak bertanggungjawab. ... Sebagai pengetua sebuah sekolah, beliau sepatutnya membawa sendiri mangsa buli (pelajar) itu ke balai polis untuk membuat laporan (jika perlu) dan membantu menyelesaikan masalah (buli) hingga ke akar umbi agar kes tidak berlaku lagi.


Pandangan yang dikemukakan beberapa rakan seperti saya paparkan di atas tidak semestinya mewakili “suara” semua orang. Namun, sekurang-kurangnya mereka sedia berkongsi pandangan secara rasional dan beralasan.


Tarikh 20 Mei juga menandakan genap sebulan insiden sekumpulan pelajar sebuah sekolah menengah kebangsaan di Shah Alam dibawa ke Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam untuk diambil keterangan berikutan pergaduhan yang tercetus di kawasan sekolah berkenaan.


Sehingga kini, belum ada sebarang jawapan dan penjelasan daripada pihak berwajib berhubung kejadian itu. Demikian pendirian para ibu bapa yang kecewa dengan apa yang berlaku dan maklumat mengenainya boleh dibaca di blog saya sejak 20 April 2011.


Malah, tidak ada sebarang penjelasan atau jawapan yang membantu meredakan kebimbangan para ibu bapa apabila mereka menghadiri “Sesi Dialog dan Pemuafakatan” anjuran PIBG sekolah berkenaan pada 21 Mei.


Soalan paling asas yang masih menjadi tanda tanya adalah sama ada pengetua (sekolah) boleh membenarkan polis membawa pelajar dari sekolah ke balai polis untuk disiasat tanpa terlebih dahulu memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga.


Saya bertanya perkara itu menerusi ruangan status pada Facebook kerana rakan-rakan saya adalah golongan terpelajar, berilmu dan mampu memberikan jawapan dan penjelasan bijak berdasarkan fakta.


Nadia Ali dari Pulau Pinang menjelaskan bahawa “kanak-kanak tidak boleh disoal polis tanpa kehadiran/kebenaran ibu bapa” dan “kanak-kanak” dalam konteks ini tentulah merujuk kepada individu berumur bawah 18 tahun.


Dhanen Mahes juga dari Pulau Pinang, menekankan bahawa “kanak-kanak di bawah umur tidak boleh disoal tanpa ibu bapa/penjaga”.


Seorang pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, Rozailye Lee menegaskan bahawa “sekolah perlu menghubungi ibu bapa kepada pelajar tersebut sebelum dibawa ke balai polis”.


Malarkodee Muniandy, bakal guru dari IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur berkata, “Adalah menjadi suatu kewajipan bagi pihak sekolah untuk menghubungi ibu bapa kepada pelajar yang terlibat sebelum mengambil tindakan ‘menghantar’ mereka ke balai polis. Diharapkan setiap sekolah di negara kita mengikut prosedur yang betul supaya dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.”


Saya juga berusaha mendapatkan maklumat daripada beberapa guru, pegawai Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri, serta polis yang saya kenali. Kesemuanya tidak menolak kebenaran pandangan yang dikemukakan oleh Nadia, Dhanen, Rozailye dan Malarkodee.


Maka, tidak hairanlah mengapa ibu bapa dan penjaga begitu marah terhadap pengetua terbabit kerana dikatakan bersikap “lepas tangan” dan tidak mahu mengakui kesalahan yang dilakukannya.


Kemuncak kepada semua ini adalah apabila surat aduan dan petisyen yang ditandatangani lebih 700 ibu bapa, penjaga dan bekas pelajar sekolah itu diserahkan kepada Menteri Pelajaran pada awal Mei dan meminta kementerian menyiasat kes-kes yang berlaku di sekolah itu sejak empat tahun lalu.


Di pihak pengetua pula, sebagai penjawat awam, beliau memilih untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi kepada media. Namun, “cakap-cakap” beliau di sekolah tetap sampai ke telinga ibu bapa. Tentu sahaja ia memburukkan lagi keadaan.


Apa kata survei: Apakah tindakan kawalan kerosakan (damage control) yang wajar dilakukan oleh pengetua berkenaan?


(© Uthaya Sankar SB 2011. Tulisan ini disiarkan di portal berita The Malaysian Insider pada 23 Mei 2011 sebelum didokumentasikan di blog ini pada 27 Mei 2011.)

26 May 2011

Reaksi: Pukul Pelajar dengan Kasut

Selepas menyiarkan berita di blog saya pada 21 Mei 2011 mengenai insiden seorang pelajar sebuah sekolah menengah kebangsaan di Shah Alam dipukul guru menggunakan kasut – BACA DI SINI – saya cuba mendapatkan pandangan rakan-rakan di laman rangkaian sosial Facebook.

Saya memuatkan pautan berita itu dan bertanya soalan: “Jika anda berada di tempat pengetua berkenaan, apa yang mungkin telah anda lakukan?” (If you were the headmistress, what would you have done?)


Nahur Kamel Omar, pengarah WoMen Attitude menjawab dengan pertanyaan, “Apakah saya akan sanggup memukul anak saya sendiri dengan kasut?” Seterusnya, bekas pelajar Sekolah Menengan Jalan San Peng, Kuala Lumpur itu memberikan pandangan bahawa untuk menghukum menggunakan rotan pun tidak boleh dilakukan sesuka hati, sebaliknya perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan.


Graduan TG Singapore Herrior Wat University, Krishna Murthi Arumugam pula ternyata kecewa kerana guru berkenaan tidak bersikap profesional dalam tindakannya memukul seorang pelajar menggunakan kasut. Beliau tertanya-tanya “bagaimana kasut seorang guru boleh ‘didedikasikan’ kepada pelajar” dengan memukul pelajar menggunakan kasut itu.


Rusdy Razak, seorang eksekutif dari Proton (Engineering Services) mencadangkan supaya “ibu bapa perlu menghadiahkan rotan kepada guru-guru sebagai simbolik bagi mendidik anak-anak dengan rotan”.


Bagi Aiza Az pula, sekiranya beliau berada di tempat pengetua berkenaan, beliau akan memberi jaminan kepada ibu bapa/penjaga bahawa kes itu akan disiasat; serta memastikan siasatan penuh dilakukan. Sementara itu, semua pihak terbabit perlu bersetuju agar isu berkenaan tidak disebarkan kepada umum.


Aiza Az juga mengingatkan bahawa pengetua perlu bersikap neutral dan tidak memihak kepada sesiapa (guru/pelajar) semasa siasatan penuh dilakukan.


Katanya lagi, jika terbukti pelajar yang bersalah kerana memprovokasi guru sehingga bertindak demikian, kedua-dua pihak (guru dan pelajar terbabit) tetap perlu dikenakan tindakan. Iaitu si pelajar kerana kesalahannya memprovokasi guru, dan si guru kerana tindakannya memukul pelajar dengan kasut.


“Saya selaku pengetua juga akan menjelaskan kepada kedua-dua pihak cara bagaimana situasi provokasi itu sepatutnya boleh ditangani secara profesional, selain memastikan perkara sama tidak berulang,” kata Aiza Az lagi.


Nizha Periaswamy pula berpendapat bahawa walaupun mungkin si pelajar bersalah menimbulkan kemarahan guru, sukar untuk menerima tindakan si guru memukul si pelajar menggunakan kasut. Maka, katanya, tindakan wajar perlu diambil ke atas guru berkenaan.


Wartawan itu juga mengulas lanjut bahawa sekiranya pelajar didapati bersalah, maka dia juga perlu dikenakan tindakan sewajarnya. Malah, ibu bapa/penjaga perlu dipanggil ke sekolah untuk menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku. Hal ini penting supaya ibu bapa/penjaga mendapat gambaran dan maklumat sebenar.


Bagi Poh Wee Chern dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)pula, jika beliau berada di tempat pengetua berkenaan, maka beliau akan memanggil guru dan pelajar terbabit secara berasingan untuk bertanya apa yang sebenarnya berlaku. Beliau juga akan memanggil pelajar dari kelas berkenaan untuk mendapatkan penjelasan mereka mengenai insiden yang berlaku.


Ibnu Waled dari Teluk Intan, Perak berpendirian bahawa “pengetua sekolah harus mengadakan siasatan dalaman yang diketuai oleh guru kanan dan guru disiplin. Laporan mesti telus supaya tindakan susulan boleh diambil terhadap guru yang terlibat dan pelajar berkenaan jika didapati bersalah”.


Subramaniam Mastro pula mengatakan bahawa sekiranya insiden seperti itu berlaku di sekolah beliau, tentu pengetua sekolahnya sudah “bagi surat berhenti kepada cikgu itu. ... Tak layak untuk menjadi seorang cikgu”.


Pelajar dari Johor Bahru itu juga merasakan bahawa isu lebih besar adalah berkaitan pengetua dan disiplin. Katanya, “sekolah yang ada pengetua tegas, benda (insiden) ini tidak mungkin berlaku.”


Kesemua pandangan ini saya paparkan di blog supaya boleh menjadi panduan kepada semua: pengetua, guru, pelajar, ibu bapa, penjaga dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

25 May 2011

Kertas Cadangan ‘Panchayat: Edisi Khas’

Pengenalan

Manuskrip novel Panchayat dihasilkan pada tahun 1994 tetapi hanya terbit pada tahun 2002. Novel berkenaan diterbitkan oleh Uthaya Sankar SB (Identiti Penerbit: 405620) dalam jumlah terhad iaitu 1,000 naskhah serta sudah habis dijual dan diedarkan secara percuma kepada orang ramai, khususnya melalui aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan).


Kandungan


Novel Panchayat (2002) mengetengahkan kisah masyarakat India di sebuah tempat bernama Kubur Gajah di Perak pada tahun 1960. Novel ini mengungkapkan budaya, pemikiran, adat, agama, kepercayaan, cara hidup dan amalan masyarakat India di Malaysia serta hubungan mereka dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Konsep perpaduan, persefahaman, kerjasama, tolong-menolong, saling memahami dan menghormati terpancar melalui kisah yang diceritakan dalam Panchayat. Watak-watak utama adalah individu kaum India seperti Raja, Ramani, Revathi, Malliga, Senthamarei dan Sitambaram; tetapi watak-watak kaum lain turut diberi peranan penting mengikut keperluan dan kesesuaian. Ringkasnya, novel ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan oleh khalayak pelbagai kaum dan agama di Malaysia ke arah lebih memahami aspirasi kaum India di negara ini.


Edisi Khas


Novel Panchayat: Edisi Khas (ISBN: 978-983-40562-6-1) merupakan edisi “dimurnikan” daripada novel Panchayat (2002). Penyuntingan dan pemurnian dilakukan oleh Editor Bersekutu yang terdiri daripada Jawatankuasa Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan membaiki segala kelemahan, kesilapan bahasa, kesalahan fakta dan pembetulan maklumat ke arah menyajikan sebuah karya sastera yang lebih bermutu kepada khalayak pelbagai kaum dan agama di Malaysia. [BACA LAGI]


Rasional Penerbitan


Penerbitan novel Panchayat: Edisi Khas selaras dengan usaha menambah bahan bacaan sastera Bahasa Malaysia yang dihasilkan pengarang kaum India serta secara dominan menggambarkan budaya, pemikiran, adat, agama, kepercayaan, cara hidup dan amalan masyarakat India di Malaysia serta hubungan mereka dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama.


Pengarang


Uthaya Sankar SB lahir, membesar dan mendapat pendidikan awal di Taiping, Perak, sebelum berpindah ke Selangor. Cerpen-cerpen beliau pernah memenangi Hadiah Cerpen Maybank-DBP, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Cerpen Esso-Gapena, Hadiah Sastera Perdana Malaysia, dan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil. [BACA LAGI]


Penerbit dan Pengedar


Novel Panchayat: Edisi Khas akan diterbitkan oleh Uthaya Sankar SB (Identiti Penerbit: 405620) dan akan diedarkan khususnya melalui Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya (Nombor Pendaftaran: SA0184670-H).


Kulit Buku


Kulit depan dan belakang (blurb) dengan rekaan baru akan disediakan bagi edisi khas ini. Bahagian ini akan diuruskan oleh Editor Bersekutu dan pengarang. Judul Panchayat: Edisi Khas, Novel Bahasa Malaysia, nama pengarang dan sebagainya pada kulit depan.


Kata-kata Aluan


Ruangan ini diberi khas kepada mana-mana tokoh/individu yang sedia memberi sumbangan tertinggi bagi menampung kos menerbitkan novel Panchayat: Edisi Khas.


Pendahuluan


Ruangan ini diberi khas kepada mana-mana tokoh/individu yang sedia memberi sumbangan kedua tertinggi bagi menampung kos menerbitkan novel Panchayat: Edisi Khas.


Pengenalan


Ruangan ini diberi khas kepada mana-mana tokoh/individu yang sedia memberi sumbangan ketiga tertinggi bagi menampung kos menerbitkan novel Panchayat: Edisi Khas.


Prakata


Bahagian “Catatan Pengarang” oleh Uthaya Sankar SB dalam Panchayat (2002) akan dikemas kini bagi Panchayat: Edisi Khas.


Tinta Pujangga


Dicadangkan supaya memuatkan kata-kata rangsangan daripada Sasterawan Negara Datuk A Samad Said selaku Penasihat Agung Kavyan.


Pengantar


Himpunan pandangan beberapa individu tertentu yang sudah membaca novel Panchayat (2002). Panjang setiap pandangan adalah sekitar 50-100 patah perkataan sahaja; seperti yang terdapat dalam kumpulan cerpen Kathakali (2009).


Panchayat


Novel Panchayat: Edisi Khas yang terdiri daripada 18 bab.


Glosari


Penerangan mengenai istilah/frasa/konsep tertentu dalam novel Panchayat: Edisi Khas; meliputi frasa/istilah/konsep baru, jarang digunakan atau khusus; serta penjelasan lanjut bagi membantu pemahaman pembaca.


Wawancara


Wawancara yang dilakukan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad untuk siaran webzine SuaraAnum.Com (1 Februari 2002) akan disunting dan dimuatkan semula pada bahagian ini bagi membantu pemahaman pembaca mengenai proses penghasilan novel Panchayat (2002).


Ulasan Novel


Ulasan yang ditulis oleh Retna Devi Balan dan disiarkan di majalah Tunas Cipta (Mac 2004) akan disunting dan dimuatkan semula pada bahagian ini bagi membantu pemahaman pembaca terhadap kandungan kisah dalam novel ini.


Komen


Bahagian ini memuatkan komen ringkas pembaca, pengkritik, wartawan dan pengulas mengenai karya-karya lain oleh Uthaya Sankar SB bagi membantu pembaca generasi muda mengenali karya-karya pengarang ini.


Biodata Pengarang


Biodata terkini Uthaya Sankar SB akan dimuatkan bersama-sama foto untuk membantu pembaca mengenai pengarang secara lebih dekat. Turut dimuatkan pautan blog, Facebook dan alamat e-mel.

Catatan Tambahan

Novel Panchayat: Edisi Khas disiarkan secara bersiri di portal berita Free Malaysia Today bermula 5 Jun 2011. Sila KLIK DI SINI untuk maklumat mengenainya.

Memurnikan Novel “Panchayat”

Catatan awal: Kontroversi berhubung novel Interlok Edisi Murid (2010) turut membuatkan orang ramai - khasnya kaum India - tertanya-tanya, apakah tidak ada novel Bahasa Malaysia oleh pengarang kaum India yang mampu menggambarkan citra budaya kaum India secara lebih tepat, positif dan betul. ...

Novel Panchayat (2002) adalah novel pertama yang saya terbitkan sendiri iaitu selepas menerbitkan kumpulan cerpen Sasterawan Pulau Cinta (2001) dan antologi cerpen Vanakam (2002).

Tempoh dari tahun 2002 hingga sekarang bukan suatu tempoh yang lama. Namun, sistem bahasa memang sudah mengalami sedikit perubahan. Pada masa sama, perlu juga diakui bahawa terdapat beberapa sesilapan dalam novel edisi 2002 yang wajar dibetulkan sekiranya mahu diterbitkan semula.


Itulah yang saya lakukan sebagai langkah pertama menerbitkan semula Panchayat sebagai Panchayat: Edisi Khas.


Panchayat adalah majlis timbang cara dalam amalan hidup kaum India yang diwarisi daripada nenek-moyang di Benua Kecil India. Tarafnya lebih kurang seperti mahkamah penghulu dalam kalangan orang Melayu, tetapi tidak sama.


Pada asalnya, panchayat diwakili oleh lima (panca) orang warga tua terhormat di kampung berkenaan. Akan tetapi, mengikut peredaran zaman, panchayat mula dipengerusikan oleh seorang sahaja; biasanya ketua kampung.


Cerpen “Pancayat” (Siru Kambam, 1996) yang berlatarkan Kubur Gajah menampilkan misteri kehilangan berhala emas Kaali Devi dan disusuli beberapa kes kematian secara tiba-tiba. Tidak ada penyelesaian yang jitu pada akhir cerpen; dan ini disengajakan.


Beberapa persoalan dalam cerpen berkenaan terjawab dalam novel Panchayat. Tetapi novel itu pula pasti menimbulkan beberapa persoalan baru yang tidak dijawab di sini. Hal ini juga disengajakan.


Suatu hal yang ketara (dan sesungguhnya saya senangi) dalam karya saya adalah penampilan budaya, bahasa, adat dan cara hidup masyarakat India yang terdiri daripada beberapa keturunan yang bangga dengan identiti keturunan masing-masing; sambil tetap menjadi sebahagian daripada Bangsa Malaysia.


Sebenarnya saya beranggapan adalah menjadi tanggungjawab saya menampilkan kebudayaan kaum India untuk tatapan dan pemahaman para pembaca yang terdiri daripada pelbagai kaum di Malaysia.


Lapan bab pertama novel Panchayat telah saya hasilkan antara waktu-waktu kuliah di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1994.


Sewaktu saya terlantar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (Hospital Universiti) akibat kemalangan pada bulan Februari 1994, saya meluangkan masa membina plot dalam kepala untuk sepuluh bab terakhir.


Manuskrip novel ini pada mulanya diberi kepada sebuah penerbit terkemuka tanah air. Dr Othman Puteh (Allahyarham) selaku penilai sudah meluluskan manuskrip novel ini untuk diterbitkan.


Bagaimanapun, tidak lama kemudian, saya diberitahu bahawa manuskrip itu sedang dinilai semula sebagai sebuah novel kanak-kanak!


Tidak setakat itu, kemudian manuskrip yang sama diserahkan pula kepada seorang “ustaz” di penerbitan yang sama untuk dinilai semula bagi kali yang entah keberapa. Dan seperti yang telah saya duga, manuskrip yang saya serahkan itu “lesap” begitu sahaja. Entah apa alasan sebenar yang menyebabkan novel berkenaan tidak diterbitkan.


Akhirnya, pada tahun 2002, saya membuat keputusan menerbitkan sendiri novel ini supaya kisah yang terkandung di dalamnya boleh sampai kepada khalayak pelbagai kaum.


Apa yang menarik, walaupun ditulis empat tahun sebelum istilah “adil” mula menjadi bualan ramai, novel Panchayat banyak memuatkan istilah tersebut: mampukah majlis timbang cara berlaku adil, apakah seorang individu mampu menjamin keputusan yang benar dan adil, sukarnya menegakkan keadilan dan seumpamanya.


Tapi ingat: novel ini sudah saya tulis pada tahun 1994 lagi. Jadi, jangan pula ada pihak yang memutarbelitkan cerita dan mengatakan bahawa Panchayat berciri anti-establishment!


Akhirnya, novel Panchayat yang pernah “lesap” semasa dinilai seorang “ustaz” di sebuah penerbitan terkemuka tanah air sampai ke tangan pembaca pada tahun 2002.


Novel Panchayat: Edisi Khas pula sedang dalam usaha untuk diterbitkan berikutan permintaan daripada masyarakat pelbagai kaum yang dahaga akan sebuah novel oleh sasterawan tempatan yang mampu menggambarkan budaya kaum India di Malaysia secara yang bermaruah.


Tidak dapat dinafikan bahawa “minat” ini timbul berikutan kontroversi novel Interlok Edisi Murid (2010) yang masih belum ada penyelesaian yang memuaskan hati semua pihak.


Sebenarnya, kerangka yang saya gunakan dalam kerja-kerja “memurnikan” novel Interlok Edisi Murid dijadikan panduan semasa “memurnikan” novel Panchayat.


Misalnya, keseluruhan novel itu diteliti semula dari aspek kesalahan bahasa, kesalahan fakta dan perkara-perkara yang mungkin menyentuh sensitiviti pembaca pelbagai kaum.


Rasionalnya amat mudah: Sedangkan karya seorang Sasterawan Negara boleh “dimurnikan”, inikan pula karya seorang pengarang biasa seperti saya.


Saya mendapatkan bantuan daripada sekumpulan rakan-rakan dari pelbagai latar, kaum, bidang dan pendidikan untuk meneliti novel Panchayat. [BACA DI SINI] Maklum balas yang mereka berikan amat membantu kerja-kerja “memurnikan” novel berkenaan sebelum diterbitkan dalam bentuk edisi khas.


Selepas kerja-kerja “pemurnian” hampir selesai, kini saya perlu pula memikirkan soal dana bagi menerbitkan Panchayat: Edisi Khas. Tanpa wang yang mencukupi, tentu sukar untuk menerbitkan novel berkenaan walaupun ISBN sudah diperoleh dan reka kulit baru sedang diusahakan.


Catatan akhir: Saya berharap novel Panchayat: Edisi Khas dapat diterbitkan sebelum saya menyertai World Tamil Writers Conference (WTWC) di Singapura pada Oktober 2011. Untuk itu, soal dana menjadi persoalan utama bagi mencetak novel ini. Tiga individu yang bersedia menyumbangkan dana bagi menampung kos mencetak Panchayat: Edisi Khas akan diberi peluang menulis Pengenalan, Pendahuluan dan Kata-kata Aluan - MAKLUMAT DI SINI.


(© Uthaya Sankar SB 2011. Tulisan ini disiarkan di portal berita Free Malaysia Today pada 23 Mei 2011 sebelum didokumentasikan di blog ini pada 25 Mei 2011 dengan sedikit catatan tambahan.)

24 May 2011

Ibu Bapa Mahu Dialog Dengan Pengetua

SHAH ALAM – Ibu bapa dan penjaga mahu Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah menengah kebangsaan di sini mengadakan satu lagi sesi dialog dan pemuafakatan berikutan kegagalan sesi dialog yang diadakan pada 21 Mei lalu.

Wakil ibu bapa, Tamil Chelvi berkata, lima AJK PIBG yang menghadiri sesi dialog itu tidak mampu menjawab pelbagai persoalan dan pertanyaan yang dibangkitkan oleh ibu bapa berikutan kekecewaan mereka terhadap pengetua selaku pentadbir sekolah.


“Tentu tidak adil untuk AJK PIBG memikul tanggungjawab dan terpaksa menjawab soalan-soalan yang tidak ada kaitan dengan mereka, tetapi malangnya puan pengetua yang juga penasihat PIBG tidak hadir.


“Sepatutnya, berikutan pelbagai insiden yang berlaku sejak 12 April lalu, pengetua sedar bahawa kebanyakan ibu bapa dan penjaga mahu mendapatkan penjelasan daripada beliau (pengetua),” katanya selepas pertemuan sekumpulan ibu bapa di sebuah restoran di Taman Sri Muda, di sini, pada 23 Mei 2011.


Menurutnya, Yang Dipertua (YDP) PIBG sendiri mengakui bahawa barisan jawatankuasa baru yang dipilih pada 27 Mac lalu “masih baru dan sedang belajar” memikul tugas.


“Rata-rata ibu bapa yang hadir dan tidak dapat hadir pada sesi dialog lalu mahu supaya satu lagi sesi diadakan di mana pengetua dan para guru turut diminta hadir; itu baru sesi dialog dan pemuafakatan yang sebenar bagi menyelesaikan masalah.


“Kami juga meminta PIBG menyerahkan surat undangan lebih awal supaya ibu bapa dan penjaga boleh mengambil cuti atau menguruskan masa untuk hadir beramai-ramai,” kata seorang bapa, S. Gopalan.


Sesi dialog dan pemuafakatan yang diadakan pada 21 Mei lalu hanya dihadiri sekitar 50 ibu bapa kerana surat undangan hanya diserahkan melalui anak-anak (pelajar) pada 19 Mei. Hanya lima daripada 15 AJK PIBG hadir, manakala pengetua dan guru-guru tidak hadir.


Dalam perkembangan berkaitan, saya selaku perunding media menghubungi YDP PIBG berkenaan untuk bertanya adakah PIBG akan mengadakan dialog susulan dengan kehadiran pengetua seperti diharapkan ibu bapa.


Sambil meminta pandangan saya dalam soal itu, YDP juga tertanya-tanya adakah dengan kehadiran pengetua pada sesi dialog itu nanti “dapat menyelesaikan masalah dan memuaskan hati ibu bapa”.


Bagi ibu bapa dan penjaga pula, selagi pengetua tidak hadir pada sesi dialog, selagi itulah jawapan bagi pertanyaan itu tidak akan diketahui.


“Sebagai seorang pengetua yang bertanggungjawab dan berwibawa, kami harap beliau akan hadir semasa sesi dialog itu nanti,” kata Tamil Chelvi dengan penuh harapan.