Saya turut terlibat dalam “Mesyuarat Maklum Balas Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris” di Kementerian Pelajaran, Putrajaya pada 3 Ogos 2009, di mana, antara lain, ditegaskan bahawa keputusan Kabinet pada Mei 2007 berhubung penggunaan istilah “Bahasa Malaysia” perlu dipatuhi semua, khususnya dalam bidang pendidikan, termasuk subjek Bahasa Malaysia di sekolah.Tentu sahaja kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom disambut dengan reaksi negatif oleh kebanyakan “tokoh” yang diundang ke mesyuarat berkenaan. [BACA DI SINI]
Bagaimanapun, terdahulu, semasa sesi perkongsian idea dan pandangan, saya mewakili Kumpulan Sasterawan Kavyan menegaskan bahawa penggunaan istilah “Bahasa Malaysia” adalah betul, benar dan sah; seperti yang saya tegaskan sejak dahulu. [BACA DI SINI]
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato’ Haji Termuzi Adul Aziz juga pernah mengeluarkan kenyataan tidak rasmi bahawa pihak DBP [kembali] menerima penggunaan istilah “Bahasa Malaysia ”. Kenyataan rasmi beliau pula boleh dibaca DI SINI.
Apabila ke Kedai Koperasi DBP pada 16 Mac 2010, saya sempat melihat buku-buku teks sekolah rendah terbitan DBP yang kembali menggunakan “Bahasa Malaysia ” (lihat foto di atas sebagai contoh).
Malah, saya menyelak majalah Dewan Pelajar dan Dewan Siswa keluaran Januari, Februari dan Mac 2010 lalu mendapati penggunaan semula istilah “Bahasa Malaysia ” – paling nyata pada sisipan khas di kedua-dua majalah berkenan.
Segera saya teringat akan kata-kata saya kepada Dr Chong Fah Hing pada 22 Mac 2002: “Akan tiba masa apabila mana-mana pihak yang menafikan kewujudan istilah Bahasa Malaysia serta cuba menghalang hak saya menggunakan istilah berkenaan benar-benar menyesal atas kebodohan tindakan mereka!” [BACA DI SINI]
Dalam pada itu, sebelum ini, majalah e-baca dan e@siswa terbitan Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd menggunakan istilah “Bahasa Malaysia” tetapi sejak hampir setahun lalu, saya dapati majalah-majalah berkenaan tidak [lagi] menggunakan istilah “Bahasa Malaysia”.
Namun, saya optimis bahawa perubahan akan berlaku dalam masa terdekat. [Nota: Bermula Mei 2010, pembetulan sudah dilakukan. Terima kasih.]
Dirgahayu Bahasa Malaysia; meminjam ayat dalam sajak “Pe(r)juang(an) Bahasa II” (Mingguan Malaysia, 24 Jun 2007) yang pernah difitnah sekumpulan “tokoh” sebagai sajak berciri anti-Melayu.
Baca juga artikel "Tentang Bahasa Malaysia" yang disiarkan di The Malaysian Insider pada 16 Januari 2012.
Latar belakang Bahasa Malaysia boleh dibaca DI SINI manakala kaitan antara isu bahasa dan Peristiwa 13 Mei 1969 boleh dibaca DI SINI.
Sudilah juga membaca catatan berikut: "Bukan Badut Paul Lathic", "Pelacur Bahasa", "Kolumnis Yang Tidak Tahu Bahasa", "Sajak Bahasa dan Bahasa Sajak", "Pertanyaan yang Memalukan", "Akulah Pembunuh Bahasa", "Bahasa Malaysia di Facebook", "Kaum India dan Bahasa Malaysia", "Perpaduan Melalui Bahasa Kebangsaan", "Bahasa Melayu, Bahasa Malaysia", "Mak Cik dan Bahasa Malaysia", "Dirgahayu Bahasa Malaysia", "Satu Bahasa, Pelbagai Budaya", "Saya Bukan Penulis Tamil", "Pejuang Bahasa Malaysia", "Bahasa Malaysia, Bahasa Ibunda Saya", "Pelajarilah Bahasa", "Dirgahayu Bahasa Malaysia" dan "Mandarin Twist".
Tulisan dalam Bahasa Inggeris: "Speaking in Tongues", "The Right to Write in Bahasa Malaysia", "My Right to Use Bahasa Malaysia", "Straight from the Heart", "But Then Again" & "Bahasa Malaysia Writer".