21 Sept 2023

Lepak Lakon Cerpen di Anak Baba


Tujuh (7) kanak-kanak, remaja, dan orang dewasa yang berminat membaca karya kreatif (cerpen) Bahasa Malaysia serta mahu melakonkan cerita itu dipelawa menyertai program “lakon cerpen” ini.

 

Acara: Lepak Lakon Cerpen di Anak Baba

Tarikh: 19 November 2023 (Ahad)

Masa: 11.00 pagi – 2.00 petang

Tempat: Restoran Anak Baba, Brickfields

Waze: Anak Baba, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields

 

Pengisian Program

11:00 pagi

Peserta mendengar teks cerpen dibacakan

Peserta bertanya soalan tentang cerpen itu

(Bertujuan memastikan peserta memahami sepenuhnya)

 

12:00 tengah hari

Peserta membaca petikan cerpen dengan penuh penghayatan

Komen pembimbing

 

12:30 tengah hari

Makan tengah hari

 

1:00 tengah hari

Peserta melakonkan cerpen

Komen pembimbing

Merancang persembahan “lakon cerpen” untuk [acara ini]

 

Pemilihan Peserta

1. Individu berumur minimum 7 tahun sahaja

2. Berminat membaca karya kreatif Bahasa Malaysia

3. Mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia

4. Mampu memberi tumpuan penuh sepanjang sesi

5. Berdisiplin, sopan, dan akur pada peraturan

6. Boleh patuh pada Waktu Kavyan

7. Sedia menyertai program sepenuhnya (bukan datang lewat, balik awal)

8. Peserta yang mendaftar tetapi gagal hadir tidak dibenarkan menyertai sesi seterusnya

 

Makan-minum

Makan tengah hari sahaja ditaja oleh pembimbing. Peserta boleh membeli makanan/minuman tambahan dan bayar sendiri di kaunter – Sila bayar semasa membuat tempahan di kaunter.

 

Peralatan

Peserta wajib membawa buku catatan dan alat tulis – walaupun jika membawa komputer riba dan peralatan elektronik lain.

 

Pembimbing

Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Beliau berpengalaman mengendalikan program galakan membaca dan bengkel penulisan di seluruh negara sejak tahun 1994. [Biodata penuh]

 

Penyelaras

VK Ezhilarasi Velautham seorang pesara guru yang suka menulis cerpen dan rencana. Hasil karyanya termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019) dan Landasan Hidup (2020).

 

Peserta

1. Akeles Subramaniam

2. Jerusha Carallyn Jayadass

3. Keerthana Tamilmani

4. Rahulan Govalan

5. Yugendran Murugan

6. Pavilan Mathavan

7. Sumilan Mathavan

 

Pendaftaran

Untuk mendaftar, sila kirim nama penuh yang ditaip kemas ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Pendaftaran ditutup sebaik cukup tujuh (7) peserta. Satu lagi sesi boleh diatur jika ada lagi sekumpulan lima (5) peserta.