Berbekalkan pengalaman dalam bidang penulisan sejak tahun 1991, serta pengalaman mengendalikan bengkel penulisan sejak tahun 1994, saya [Uthaya Sankar SB] menawarkan Bimbingan Peribadi dalam Penulisan secara profesional (berbayar).
Sesi ini untuk individu yang benar-benar mahu menghasilkan karya bermutu dalam masa terhad—khasnya pada hujung minggu. Tempoh (masa) sesi bergantung kepada pilihan dan kemampuan peserta—empat jam, separuh hari, satu hari, dua hari.
|
Tempoh Sesi |
Bayaran Bimbingan |
|
Empat (4) jam |
RM150 |
|
Sembilan (9) jam [1 hari] (termasuk 1 jam rehat/makan) |
RM300 |
|
Tujuh belas (17 jam) jam [2 hari] (termasuk 2 jam rehat/makan) (tidak termasuk kos penginapan) |
RM600 |
|
Dua puluh satu (21) jam [2 hari] (termasuk 3 jam rehat/makan) (tidak termasuk kos penginapan) |
RM700 |
Sesi dikendalikan secara bersemuka di tempat pilihan peserta. Jika melibatkan bayaran/sewa/penginapan, peserta menanggung kos itu, sebagai tambahan kepada bayaran bimbingan. Sesi juga boleh dikendalikan di rumah peserta, jika sesuai dan kondusif. Jangan memilih restoran atau kafe yang bising dan sesak.
Bayaran perjalanan (dua hala) dikenakan jika lokasi melibatkan perjalanan lebih daripada 50 kilometer dari Taman Sri Muda, Shah Alam. Saya akan menanggung kos makan minum sendiri, manakala peserta menanggung kos makan minum sendiri. Kos makan minum tidak termasuk dalam bayaran bimbingan.
Minimum 50% bayaran bimbingan perlu diselesaikan semasa mengesahkan pendaftaran. Baki bayaran (berserta kos perjalanan dan penginapan, jika berkenaan) perlu diselesaikan sebelum sesi tamat. Bayaran secara dalam talian (online banking) sahaja; bayaran tunai tidak diterima—untuk tujuan audit.
Tumpuan diberi kepada penulisan karya fiksyen (cerpen) atau bukan fiksyen (esei, rencana, makalah).
Secara umum, bimbingan peribadi dimulakan dengan sesi sumbang saran (brainstorming) tentang karya yang mahu ditulis. Dikuti sesi penulisan dan semakan berkala berserta kritikan konstruktif. Kandungan sesi diubah suai mengikut keperluan peserta. Bergantung kepada jumlah masa sesi, saya akan cuba membantu sehingga manuskrip siap sepenuhnya dan sedia untuk dikirim ke media yang sesuai bagi siaran. Walau bagaimanapun, sama ada karya disiarkan atau tidak, terpulang kepada pihak editorial terbabit.
(Harap maklum bahawa sesi bimbingan tidak akan dibuat di luar daripada waktu sesi yang dijadualkan. Peserta tidak boleh mengirim manuskrip melalui e-mel atau WhatsApp sebelum atau selepas sesi tamat untuk meminta panduan atau bimbingan atau komen. Jika mahukan khidmat semakan manuskrip di luar sesi bimbingan, sila rujuk di sini.)
Jika
berminat, sila hubungi saya menerusi e-mel uthayasb@gmail.com
atau WhatsApp 011-11411952 untuk mengatur jadual sesi.
