22 Aug 2023

Lepak Menulis Cerpen di Anak Baba

Enam (6) remaja (14-19 tahun) yang berminat menulis karya kreatif Bahasa Malaysia dipelawa menyertai program bimbingan penulisan ini.

 

Acara: Lepak Menulis Cerpen di Anak Baba

Tarikh: 17 September 2023 (Ahad)

Masa: 11.00 pagi – 4.00 petang

Tempat: Restoran Anak Baba, Brickfields

Waze: Anak Baba, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields


Untuk individu berumur 20 tahun dan ke atas - [Lepak Menulis Rencana]

 

Pengisian program

Foto ini oleh staf Anak Baba

11:00 pagi

Peserta memperkenalkan diri (menulis biodata - contoh)

Sesi sumbang saran (brainstorming)

[Peserta wajib datang dengan catatan idea]

Komen dan cadangan pembimbing

Foto ini oleh Ng Yi-Sheng (Singapura)

12:00 tengah hari

Sesi menulis secara individu

(dipantau oleh pembimbing)

 

1:00 tengah hari

Makan tengah hari

1:30 tengah hari

Peserta membaca karya masing-masing

Komen dan cadangan peserta lain

Komen dan cadangan pembimbing

2:30 petang

Peserta membaiki karya

 

Pemilihan Peserta

1. Remaja berumur 14-19 tahun sahaja

2. Berminat menulis karya Bahasa Malaysia

3. Mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia

4. Mampu memberi tumpuan penuh sepanjang sesi

5. Berdisiplin, sopan, dan akur pada peraturan

6. Boleh patuh pada Waktu Kavyan

7. Sedia menyertai program sepenuhnya (bukan datang lewat, balik awal)

8. Peserta yang mendaftar tetapi gagal hadir tidak dibenarkan menyertai sesi seterusnya



Makan-minum

Makan tengah hari dan minum petang ditaja oleh pembimbing dan penyumbang budiman.

 

Peralatan

Peserta wajib membawa buku catatan dan alat tulis – walaupun jika membawa komputer riba dan peralatan elektronik lain.

 

Pembimbing

Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Beliau berpengalaman mengendalikan program galakan membaca dan bengkel penulisan di seluruh negara sejak tahun 1994. [Biodata penuh]

 

Penyelaras

VK Ezhilarasi Velautham seorang pesara guru yang suka menulis cerpen dan rencana. Hasil karyanya termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019) dan Landasan Hidup (2020).

 

Peserta

1. Haarshini Shanmugam - Baca karyanya "Megha Duta: Malang Menghidu"

2. Siddarth Bala Thipan Partipan - Baca karyanya "Direndam Tak Basah, Dibakar Tak Hangus"

3. Jeffry Solomon Victor Michael Victor - Baca karyanya "Aur Dengan Tebing"

4. Heswin Chandran - Baca karyanya "Jalan-jalan Cari Makan"

5. Kirthigan Pandian - Baca karyanya "Kisah Kuventhiran dan Keluarga"

6. Jessilyn Angel Jayadass - Baca karyanya "Bersyukur Dengan Apa Yang Ada"

 

Pendaftaran

Untuk mendaftar, sila kirim nama penuh dan maklumat diri (umur, nombor telefon, alamat rumah, dan alamat e-mel) yang ditaip kemas ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Pendaftaran ditutup sebaik cukup enam (6) peserta.