“Saya menulis bukan untuk memuaskan sesiapa, tetapi untuk
menggalakkan pembaca berfikir.” – Uthaya Sankar SB (Sin Chew
Daily, 8 Februari 2026)
Sokongan anda – ya, ANDA – amat diperlukan untuk membantu usaha menerbitkan kumpulan cerpen @ fiksyen saya [Uthaya Sankar SB] dalam bentuk buku pada tahun 2026. Jika anda sudah membaca buku seperti Cerpen (2024) dan Sebelas Amanat Swamiji (2025), maka anda tahu gaya – dan keberanian – penulisan saya.
Cerpen
dalam buku baharu ini belum pernah terbit dalam bentuk buku. Ada yang terbit di
portal dalam talian (online) dan ada
karya baharu yang belum tersiar di mana-mana.
Judul:
Kategori: Kumpulan Fiksyen, Cerpen, Cereka
Bahasa: Bahasa Malaysia
ISBN: 978-629-95971-1-7 [diterima pada 11 Februari 2026]
Penulis: Uthaya Sankar SB
Tarikh terbit: April 2026 [jangkaan]
Tebal: 200 halaman [anggaran]
Jumlah cetakan: 300
naskhah sahaja
Harga pasaran: RM30 [tidak termasuk kos penghantaran]
Senarai
penyumbang: [dikemas kini di sini]
Seperti biasa, saya berusaha mendapatkan sokongan dalam
bentuk sumbangan modal sosial (social capital)
daripada rakan-rakan budiman sehingga 21 Mac 2026 (10:00 malam) untuk membantu menampung
sebahagian kos mencetak buku kumpulan cerpen ini. [Nota: Sumbangan RM50 tamat pada 28 Februari 2026.]
Social capital
refers to the structure and quality of social relationships and constitutes a
positive product of social interactions that can be a source of benefits for
individuals, social groups, and the society as a whole.
Fahami
konsep “collective resource, goodwill, mutual sympathy, network of family and
social relation to promote knowledge and abilities” di bawah Teori Modal Sosial
di sini.
Nama para penyumbang modal sosial didokumentasi secara kekal
di dalam buku dan di blog sebagai tanda penghargaan; selain
para penyumbang menerima naskhah buku sebaik terbit—sebelum mula dijual kepada orang ramai pada harga pasaran.
[Promosi di Facebook] – [Promosi di Instagram] – [Promosi
di X]
Rayuan sumbangan modal sosial dijalankan sehingga
21 Mac 2026
(10:00 malam).
|
Pakej |
Jumlah Sumbangan (Modal Sosial) [Sehingga 21 Mac 2026] |
Jumlah Buku (Tanda Penghargaan) [Alamat seluruh Malaysia] |
|
A |
RM50 (tamat 28 Februari 2026) |
1 naskhah |
|
B |
RM100 |
4 naskhah |
|
C |
RM200 |
10
naskhah |
|
D |
RM300 |
20
naskhah |
|
E |
RM400 |
30
naskhah |
|
F |
RM500 |
40
naskhah |
Langkah mudah untuk memberi sumbangan modal sosial:
1. Deposit sumbangan ke akaun CIMB 8002429656
(Uthaya Sankar SB).
2. Kirim maklumat diri anda ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya):
(a) Nama Penuh: (termasuk pangkat/gelaran,
jika ada)
(b) Alamat (di Malaysia):
(c) Nombor Telefon:
(d) Tarikh Deposit:
(e) Jumlah Deposit: RM
Nota: Bagi penyumbang modal sosial, sila nyatakan
jika anda tidak mahu nama sebenar
dipaparkan di blog dan buku. Nyatakan juga jika anda
mahu menggantikan nama individu
lain (ahli keluarga
sahaja) untuk paparan di blog dan buku.
Setiap penyumbang modal sosial akan diberi surat penghargaan
(bukan resit pembelian) yang menyatakan jumlah sumbangan. Surat ini akan
dikirim selepas pendaftaran ISBN dan judul buku disahkan.
Terdapat 17 cerpen dalam buku ini. Antaranya:
1. “Apa dalam Guni, Sekuntum …”
2. “Berani Kau Hina *abi!”
3. “Chellam Akka”
4. “Demi Sebuah Keampunan”
5. “Di Pesisir Pantai Lanka”
6. “Katak dari Bawah Tempurung”
7. “Malam Pertama”
8. “Memorandum Tentang Bible Menyimpang”
9. “Misi Membunuh Krishna di
Kurukshetra”
10. “Sejarah
Tiga Ribu Tahun Yahudi dan Babi”
11. “Siapa Bunuh Tan Chai Hoey?”
12. “Siapa Bunuh Veer Singh?”
13. “Toyol Pak Darus”
Senarai penyumbang modal sosial bagi projek buku sebelum
ini boleh dirujuk [di sini] dan juga dalam
setiap buku terbabit.




