12 Sept 2023

Bengkel Penulisan Intensif di Taiping

Pengenalan

Sesi Penulisan Intensif (SPI) pernah dianjurkan dengan penuh jaya pada 15-16 Disember 2018, 23-24 Mac 2019, 2 Jun 2019, 10-11 Ogos 2019, dan 9-10 November 2019 [rujuk di sini]. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan Covid-19, sesi dikendalikan menerusi e-mel [rujuk di sini] dan Google Meet [rujuk di sini]. Sesi secara bersemuka akhirnya diteruskan kembali menerusi “Lepak Menulis Cerpen di Anak Baba” [rujuk di sini] dan “Lepak Menulis Rencana di Anak Baba” [rujuk di sini].

 

Bengkel Penulisan Intensif

Bengkel Penulisan Intensif (BPI) dirancang sebagai kesinambungan kepada pelbagai usaha yang dinyatakan di atas. Bandar Taiping, Perak dipilih sebagai lokasi kerana lebih mudah mendapatkan inap desa (homestay) yang turut ditawarkan kepada umat Bukan Islam dan Bukan Melayu, berbanding di sekitar Lembah Klang. Peserta juga akan berpeluang melawat beberapa tapak warisan dan budaya serta menikmati keindahan alam sekitar yang masih terpelihara di sekitar bandar bersejarah ini. Pengisian BPI pula meneruskan model dan modul yang digunakan pada SPI dan terbukti benar-benar berjaya dalam memastikan peserta menghasilkan karya bermutu.

 

Tarikh

Bermula – 15 Disember 2023 (Jumaat)

Tamat – 17 Disember 2023 (Ahad)

 

Peserta

Jumlah peserta dihadkan kepada maksimum sembilan (9) orang sahaja supaya pembimbing boleh memberi tumpuan peribadi kepada setiap peserta. Langkah ini juga untuk memudahkan pengurusan hal-hal logistik dan pengangkutan. Keutamaan diberi kepada peserta Lepak Menulis Cerpen di Anak Baba (17 September 2023) dan Lepak Menulis Rencana di Anak Baba (22 Oktober 2023) serta ahli Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan) yang menunjukkan potensi untuk diberi bimbingan secara intensif dan lebih mendalam dalam penulisan karya Bahasa Malaysia seperti cerpen dan rencanaIndividu yang sudah bergelar “pembimbing bengkel penulisan” tidak diterima sebagai peserta.

 

Bayaran dan Kos

Setiap peserta dikenakan bayaran RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) bagi menampung kos sewa inap desa. Bayaran ini perlu dibuat selewat-lewatnya pada 30 November 2023 (9:00 malam). Bayaran ini tidak dipulangkan jika peserta gagal hadir atas apa-apa pun sebab dan alasan. Kos makan-minum ditanggung oleh masing-masing peserta. Kos petrol dan tol (pergi-balik) bagi dua kereta (milik pembimbing dan penyelaras) akan cuba ditampung menerusi tajaan atau sumbangan.

 

Barangan Keperluan

Peserta wajib membawa segala barangan keperluan untuk menulis: Komputer riba, buku tulis, alat tulis, buku/bahan rujukan, dan seumpamanya. Peserta juga perlu membawa segala barangan keperluan peribadi: Pakaian, tuala, berus gigi, ubat-ubatan, makanan ringan, botol air, pengecas telefon, dan sebagainya. Segala barangan ini tidak disediakan.

 

Pengisian Bengkel Penulisan Intensif

Antara pengisian BPI termasuk (tetapi tidak terhad kepada) lawatan ke tapak warisan, sesi sumbang saran (brainstorming), penulisan draf awal, membedah karya, baca teks, dan penyuntingan manuskrip sehingga terhasil karya bermutu yang layak untuk dikirim ke media penyiaran (akhbar, majalah, antologi, pertandingan, portal dalam talian, dan sebagainya). Lihat—Projek Antologi Cerpen Penulis Bukan Melayu.

[Foto di Sini]

[Video Pendek] [Video A] [Video B] [Video C] [Video D] [Video E] [Video F] [Video G] [Video Bacaan 1] [Video Bacaan 2] [Video Bacaan 3] [Video Bacaan 4] [Video Bacaan 5]

 

Pembimbing

Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Beliau berpengalaman mengendalikan program galakan membaca dan bengkel penulisan di seluruh negara sejak tahun 1994. [Biodata penuh]

 

Penyelaras

VK Ezhilarasi Velautham Krishnan seorang pesara guru yang suka menulis cerpen dan rencana. Hasil karyanya termuat dalam antologi Busana Bahasa (2019) dan Landasan Hidup (2020). [Biodata penuh]


Senarai Individu Terlibat

1. Uthaya Sankar SB (pembimbing)

2. VK Ezhilarasi Velautham Krishnan (penyelaras dan peserta) [baca karya beliau]

3. Jeffry Solomon Victor Michael Victor (ketua disiplin dan peserta) [baca karya beliau]

4. Thivyajayanthi Nair K. Jayan (ketua kebersihan dan peserta) [baca karya beliau]

5. Kirthigan Pandian (peserta remaja) [baca karya beliau]

6. Jessilyn Angel Jayadass (peserta remaja) [baca karya beliau]

7. Jerusha Carallyn Jayadass (bakat muda)

8. Pavitra Govalan (bakat muda)

Sila [klik di sini] untuk biodata peserta.

 



Maklumat Lanjut

Individu yang berminat dan benar-benar komited menyertai BPI perlu mendaftar dengan mengirim maklumat diri (nama penuh, nombor telefon, alamat e-mel, dan alamat rumah) ke e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Pendaftaran ditutup sebaik cukup sembilan (9) peserta. Pendaftaran juga hanya sah apabila bayaran RM50 sudah dibuat iaitu selewat-lewatnya pada 30 November 2023 (9:00 malam).