3 Sept 2023

Baca di Anak Baba – 7 Oktober 2023

Pengenalan

Acara “Baca @ Anak Baba” [Siri 1] diadakan buat julung kali pada 5 Ogos 2023 dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Dapatkan maklumat acara [di sini] dan foto acara [di sini]. Sambutan semakin bertambah bagai acara “Baca di Anak Baba” [Siri 2pada 2 September 2023. Dapatkan maklumat acara [di sini] dan foto acara [di sini]. Selain sesi membaca petikan karya oleh penulis/tokoh yang diraikan, peserta/hadirin juga terlibat dalam sesi soal jawab dan perkongsian pengalaman berkaitan pelbagai topik menarik dan penting.

 

Acara Baca Di Anak Baba Siri Ke-3

Memandangkan acara ini mendapat maklum balas positif, maka siri ketiga diatur seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 7 Oktober 2023 (Sabtu)

Masa: 4.00 – 6.00 petang

Tempat: Restoran Anak Baba, Brickfields

Lokasi: Berdekatan YMCA, dan di hadapan Menara Sentral Vista

Waze: Anak Baba, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields

 

Penulis (Panel)

Penyertaan terbuka kepada maksimum tiga (3) penulis, seniman, aktivis, budayawan, sasterawan, wartawan, artis, penyair, dan seumpamanya yang berminat menjadi panel (panelist). Setiap penulis akan diminta membacakan petikan karya sendiri dalam Bahasa Malaysia. Kriteria umum yang ditetapkan seperti berikut:

a) Bangsa Malaysia, iaitu warganegara Malaysia.

b) Penulis, aktivis, seniman, artis, budayawan, karyawan, wartawan, dan sebagainya tanpa mengira bahasa karya.

c) Ada petikan karya sendiri untuk dibacakan dalam Bahasa Malaysia. (Terjemahan karya sendiri ke dalam Bahasa Malaysia dibenarkan. Tidak dibenarkan membaca petikan karya orang lain.)

d) Mampu berkongsi pandangan menggunakan Bahasa Malaysia. (Bahasa Inggeris dan lain-lain masih boleh diselitkan mengikut keperluan.) Individu yang tidak tahu – atau tidak mahu atau pura-pura tidak tahu – bercakap dalam Bahasa Malaysia diingatkan supaya tidak menjadi panel.

e) Setiap panel/penulis wajib mendaftarkan minimum dua individu sebagai penonton (peserta) bagi acara ini. (Pastikan beri nama penuh dan nombor telefon mereka.)

 

Maklumat Panel

Biodata penulis (panel) akan dipaparkan di sini. Untuk itu, setiap panel diminta mengemukakan foto terkini dan biodata. Rujuk contoh biodata [di sini] dan [di sinidan [di sini].

Adriana Nordin Manan juggles eight professional roles: writer, translator, playwright, researcher, curator, dramaturg, educator, and entrepreneur. Venturing into the arts from a previous career in policy research, she is the founder of Protagonist Studio, a company offering services in writing, translation, policy and social science research and creative education. Described as part playground and part think tank, Cocoon Creative Lab is Protagonist Studio’s creative arm working in the fields of storytelling and language to build bridges in a polyphonic world. In 2019, Adriana’s translation of “Pengap” by Lokman Hakim was the first ever Bahasa Malaysia submission shortlisted for the Commonwealth Short Story Prize. In 2021, the script of her first full-length play, “Fault Lines,” was a semi-finalist in the International Scratchpad Series by The Playwrights Realm, New York City. Adriana is an Australia Council for the Arts International Future Leader (2022-2023) and has a Masters in Politics from New York University. Born, raised, and based in Kuala Lumpur, she speaks Malay, English, and Spanish.

Thanusya Shanmuganathan merupakan graduan sarjana muda sastera dari Universiti Malaya (UM). Beliau sudah menghasilkan novel berjudul Tak Sengaja Cinta (2014), Cik Cemerkap vs Encik Selfie (2016), Savithri (2021), dan Hanya Kau Untukku (2022) menggunakan nama pena Meera Natasya. Thanusya juga aktif menulis skrip, cerpen, esei, dan sajak. Beliau aktif dalam Koperasi Penulis Nasional (KOPENA) dan Pertubuhan Sasterawan Kaum India (Kavyan), serta merupakan pengasas Agni MN Media Resources.

Kasthuri Anamalay @ Jeeva Kasthuri dilahirkan di Taiping, Perak dan kini tinggal di Sungai Petani, Kedah. Beliau berkelulusan dari Informatics dalam bidang komputer dan Open University Malaysia dalam bidang pengajian bahasa. Kasthuri seorang guru tuisyen sepenuh masa dan jurulatih teknik menjawab bagi mata pelajaran Sains. Kini, beliau menguruskan sebuah pusat tuisyen kecil di Sungai Petani. Kasthuri terlibat secara aktif dalam program anjuran Kavyan sejak 2012.

 

Bentuk Pembacaan Teks

Penulis/panel akan diminta membaca petikan karya sendiri sekitar lima (5) minit dalam Bahasa Malaysia. Maksimum tujuh (7) minit; supaya hadirin tidak tertidur. Jika karya bahasa-bahasa lain, maka perlu diberi sinopsis ringkas dalam Bahasa Malaysia; atau diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Selain membacakan petikan cerpen, novel, dan rencana/esei, penulis juga boleh mendeklamasi sajak atau menyanyi lagu puisi. Alat muzik hanya dibenarkan jika dijadikan iringan kepada pembacaan karya; bukan persembahan muzik instrumental. Penulis wajar menggunakan kreativiti bagi menarik perhatian dan minat penonton. Penulis yang menampilkan sebarang unsur lucah, tidak sopan, rasis, dll (lisan, perbuatan, pakaian, dll) atau menyentuh hal-hal sensitif berhubung 3R (Royal, Race, Religion) akan diminta menghentikan persembahan serta-merta dan meninggalkan tempat acara berlangsung.

 

Peserta (Penonton, Hadirin)

Setiap penulis (panel) wajib memastikan minimum dua individu mendaftar sebagai peserta (penonton, hadirin). Selain daripada itu, sesiapa sahaja yang berminat untuk hadir boleh mendaftar sebagai peserta (penonton) sebelum 4 Oktober 2023 (9:00 malam). Untuk mendaftar, sila kirim nama penuh dan nombor telefon — bukan hanya nama ringkas atau nama glamour kerana ini bukan pasar malam atau kelab malam atau parti liar. Harap maklum bahawa peserta bukan hanya datang untuk mendengar tetapi digalakkan terlibat secara aktif dalam sesi soal jawab dan perkongsian idea bersama penulis (panel). Harap maklum bahawa hanya peserta berdaftar dibenarkan terlibat dalam sesi soal jawab. Peserta yang tidak mendaftar hanya menjadi penonton dan pendengar – tidak boleh bertanya soalan.

1. Keerthana Tamilmani

2. Jerusha Carallyn Jayadass

3. Pavilan Mathavan

4. Jessilyn Angel Jayadass

5. Sharveshwarry Subramaniam

6. Sumilan Mathavan

7. VK Ezhilarasi

8. Weng Poh Leng

9. Chiew Ruoh Peng

10. Dhinesha Karthigesu

11. Azrin Fauzi

12. Jumaahtun binti Abdul Ghani

13. Prem Kanna Dorairaj

14. Survin Mathavan

15. Kirthigan Pandian

16. Pavithra Govalan

17. Jeffry Solomon

18. Shih-Li Kow

19. Ari Methi

20. Bissme S

21. Qurratul ‘Ain

[Foto Acara -- DI SINI]


Cenderamata Buku

Sekitar enam (6) peserta (penonton, hadirin) berdaftar yang mengemukakan pertanyaan dalam sesi soal jawab menerima hadiah buku Malaiur Manikam (2015) sebagai cenderamata. Harap maklum bahawa cenderamata ini hanya bagi peserta berdaftar. Mana-mana individu yang tidak mendaftar sebagai peserta masih boleh hadir sebagai penonton/pendengar tetapi tidak layak menerima cenderamata buku serta tidak boleh terlibat dalam sesi soal jawab. Panel pula menerima buku Suvarna Bhumi (2022) sebagai tanda penghargaan.

 

Makan-minum

Juadah ringan (kuih-muih) dan sedikit minuman disediakan oleh tuan rumah (Victor Low) bagi meraikan para penulis, peserta, dan hadirin. Orang ramai juga digalakkan merujuk menu dan membeli makanan/minuman lain mengikut selera masing-masing. Sila buat bayaran di kaunter semasa membuat pesanan makan-minum tambahan. Penting: Makanan dan minuman luar tidak dibenarkan dibawa masuk ke premis ini.

 

Pendaftaran

Sesiapa yang mahu hadir sebagai peserta (penonton) perlu mendaftar nama penuh kepada penyelaras (Uthaya Sankar SB) menerusi WhatsApp 011-11411952 sebelum 4 Oktober 2023 (9:00 malam). Individu yang sudi menjadi panel pada sesi ini perlu menghubungi penyelaras (Uthaya) sebelum 30 September 2023 (9:00 malam).

Penting! Jangan hubungi penyelaras (Uthaya) pada tarikh acara untuk meminta apa-apa panduan perjalanan/lokasi atau untuk bertanya apa-apa soalan berkaitan acara (termasuk soalan yang amat penting). Sebarang mesej WhatsApp pada tarikh acara hanya akan dibaca dan dibalas sehari selepas tarikh acara.