21 Jul 2021

SB: Kumpulan Esei 2022

Selepas kumpulan esei Malaiur Manikam (2015) gagal diharamkan, dan kumpulan esei Mandala Bicara (2016) kehabisan stok, saya [Uthaya Sankar SB] bercadang menerbitkan sebuah lagi kumpulan esei pada tahun 2022.

Sekitar 80 buah esei Bahasa Malaysiatermasuk ulasan, kritikan, wawancara, dan analisis — yang turut menyentuh pelbagai topik dan isu semasa (seperti isu bahasa, sastera, agama, dan budaya) akan dimuatkan dalam buku ini. Kesemua esei tersiar secara eceran di akhbar, majalah, dan portal dalam talian (online) dan kini dibukukan untuk dokumentasi dan rujukan mudah. Ada esei panjang dan ada esei pendek.

 

Judul: SB [judul tentatif/working title]

ISBN: [akan diuruskan]

Penulis: Uthaya Sankar SB

Penerbit: Uthaya Sankar SB

Penasihat penerbitan: Koh Yok Hwa

Reka letak: Gemilang Publishing Sdn Bhd

Tarikh terbit: Mac 2022 [jangkaan]

Tebal: 300 halaman [anggaran]

Harga pasaran: RM45 [anggaran]

Pengantar: [undangan di sini]

Senarai penyumbang: [akan dipaparkan di sini]

Kandungan buku: [catatan harian]

 

Seperti biasa, saya akan berusaha mendapatkan modal sosial (social capital) daripada rakan-rakan budiman mulai 1 November 2021 untuk menampung sebahagian kos mencetak buku. Nama para penyumbang akan didokumentasi secara kekal di dalam buku dan di blog sebagai tanda penghargaan; selain menerima naskhah buku sebaik terbit.

Sekitar 80 buah esei dijangka termuat dalam buku ini. Antaranya:

1) Selepas Allah, Tuhan Pula?

2) Misteri Kematian Rabia Salam

3) Kolattam Memupuk Perpaduan

4) Dewa Ganesha Ketinggalan Zaman!

5) Ibu Yang Menulis Kisah Keluarga

6) Sayang Menyayang: Kita Tidak Sendirian

7) Melayu Sudah Hilang Jati Diri?

8) Hargai Keunikan Orang Asli

9) Malayali di Estet

10) Kisah di Sebalik “Keling”

11) Kaum India Meredah Kabus

12) Catatan Quran: Cinta Muhammad dan Zayd

Maklumat lanjut mengenai projek kumpulan esei ini dijangka dikemas kini di sini pada 1 November 2021, selepas segala urusan penerbitan dan pengedaran/jualan buku Kavya Sastra terurus sepenuhnya.

Senarai penyumbang modal sosial bagi projek buku sebelum ini: Pulau Pendatang (2015)  Nari! Nari! (2015)  Mandala Bicara (2016)  Ikan Patin dan Beruang Besar (2017)  Thirukkural dan Megha Duta (2018)  Ramayana dan Mahabharata (2019)  Vetalam dan Vikramaditya (2020)  Putaria (2020) Bhagavad Gita (2021) Kavya Sastra (2021).

Sila hubungi saya menerusi WhatsApp 011–11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com jika ada sebarang pertanyaan.