19 Jul 2021

Apabila Langit Terbelah; Allah Bersajak

Apabila langit terbelah

dan apabila bintang-bintang jatuh berserakan

dan apabila lautan dijadikan meluap

dan apabila kuburan dibongkar

setiap jiwa akan mengetahui

apa yang telah dikerjakan

dan diabaikan.

Apa yang dipaparkan di atas bukanlah petikan sebuah sajak tulisan saya. Sebaliknya, saya sekadar menurunkan apa yang terkandung dalam Surah Al-Infitar (Ayat 1-5) di dalam Quran; versi terjemahan sah.

Maka, bait “sajak” di atas adalah kalamullah; seratus peratus firman Allah.

Mungkin apabila anda membaca surah ke-82 ini — sama ada dalam versi asal Arab atau dalam terjemahan sah Bahasa Malaysia — anda akan menyedari “nada” serta “gaya” yang berbeza berbanding kebanyakan surah/bab lain dalam Quran.

Misalnya, setiap ayat adalah pendek dan gaya bahasa puitis dan berbunga-bunga. Apabila dipaparkan di atas tadi, seolah-olah kita membaca petikan sebuah sajak yang bermutu tinggi.

Surah Al-Infitar hanya ada 19 ayat dan setiap ayat itu amat pendek. Jika dilihat dalam konteks tatabahasa moden, Ayat 1-5 adalah sebaris ayat lengkap yang dipecah-pecah; seperti sajak atau puisi moden. Ayat 6-8 adalah satu ayat lengkap dan Ayat 10-12 pula satu lagi ayat lengkap.

Allah bertanya, apakah yang memperdaya manusia sehingga mereka tergamak menderhaka kepada-Nya. Diingatkan bahawa malaikat-malaikat sentiasa memperhati dan mengawasi setiap tindak-tanduk manusia.

Makalah penuh boleh dibaca dalam kumpulan esei Suvarna Bhumi (2022). Nota: Ditulis sebelum saya tinggalkan Islam - [baca di sini]

Baca juga — Mendalami Quran: Catatan 1 Mendalami Hadis: Catatan 1Catatan Quran 2: Cinta Muhammad dan ZaydCatatan Hadis 2: Muhammad, Balu, dan JandaTuhan dalam Quran dan Bhagavad GitaMengapa Rasulullah Perintah Anjing Dibunuh? — Mengapa Allah Haramkan Babi?  Hadis Palsu Lemahkan Orang MelayuPerlunya Dialog Antara Agama.