Pengenalan
Kumpulan
Sasterawan Kavyan (Kavyan) dengan kerjasama Pusat
Kebudayaan India Netaji Subhash Chandra Bose (NSCBICC) di bawah Suruhanjaya Tinggi
India (High Commision of India)
menganjurkan pelbagai acara
berkaitan bahasa, sastera, seni, dan budaya. Antara aktiviti berkenaan ialah Persembahan
Lakonan Kavyan (27 Mac 2016), Persembahan
Bakat Budaya Kaum India (29 Mei 2016), Bakat
Seni dan Budaya Masyarakat Malaysia (16 April 2017), dan Persembahan
Drama Megha Duta (20 Ogos 2023).
Bakat Seni dan Sastera Bangsa
Malaysia
Program ini bertujuan membuka ruang dan peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat menunjukkan atau mempersembahkan bakat seni dan sastera mewakili masyarakat pelbagai kaum dan bahasa ibunda di Malaysia. Memandangkan Bangsa Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, etnik, keturunan, dan suku, maka seni dan sastera yang mewakili penduduk Malaysia juga sangat pelbagai. Program Bakat Seni dan Sastera Bangsa Malaysia menjadi tempat untuk mempersembahkan keunikan itu.
Tarikh
9 Disember 2023 (Sabtu)
Masa
3.00 – 6.00
petang [Waktu Kavyan]
Tempat
Pusat
Kebudayaan India Netaji Subhash Chandra Bose, Tingkat 17, Menara Sentral Vista,
Brickfields, Kuala Lumpur
Waze: Menara Sentral Vista
Bentuk Persembahan
Antara bentuk persembahan ialah tarian, nyanyian, lakonan, seni bela diri, persembahan budaya, bermain alat muzik, bersajak, dan monolog/cerpen yang ada unsur seni dan sastera berkaitan kaum, keturunan, etnik, atau suku di Malaysia. Persembahan berbentuk fusion iaitu gabungan tradisional dan moden juga dibenarkan. Peserta diberi kebebasan untuk memilih bentuk persembahan yang diminati, asalkan memenuhi syarat dan panduan yang ditetapkan. “Bangsa Malaysia” terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik (misalnya Melayu, Cina, India, Orang Asli, Iban, Dayak, Penan). Setiap kaum itu pula terdiri daripada pelbagai keturunan; misalnya kaum India terdiri daripada keturunan Tamil, Malayali, Telugu, Punjabi, dan sebagainya yang masing-masing memiliki bahasa, seni, sastera, dan budaya tersendiri yang amat unik dan wajar ditonjolkan.
Jumlah Peserta
Persembahan
boleh dilakukan secara individu, berpasangan (dua orang), atau berkumpulan
(maksimum enam orang). Terbuka kepada semua tanpa mengira kaum, umur, dan latar
belakang. Para peserta wajib mendaftar lebih awal.
Cenderamata Peserta
Setiap peserta berdaftar yang membuat persembahan akan menerima buku Kavya Sastra (2021) ATAU Katha Sarit Sagara (2023) sebagai tanda penghargaan.
Tempoh Persembahan
Bagi
persembahan secara individu (satu orang) dan berpasangan (dua orang), tempoh
masa persembahan sekitar lima minit. Bagi persembahan berkumpulan (maksimum
enam orang), tempoh masa persembahan sekitar sepuluh minit. Langkah ini untuk
membolehkan lebih ramai peserta mengambil bahagian.
Contoh Persembahan
[Video 1] [Video 2] [Video 3] [Video 4] [Video 5] [Video 6] [Video 7] [Video 8] [Video 9] [Video 10] [Video 11] [Video 12]
Penonton
Setiap
individu yang membuat persembahan wajib mendaftarkan minimum seorang penonton
untuk hadir memberi sokongan semasa persembahan. Jika terdapat tiga orang dalam
satu kumpulan yang membuat persembahan, maka perlu mendaftar minimum tiga orang
penonton. Nama penonton perlu didaftar semasa peserta mendaftar nama. Penonton mungkin terdiri daripada ahli keluarga, jiran, atau
rakan-rakan. Orang ramai juga boleh mendaftar sebagai penonton walaupun tidak
ada ahli keluarga/rakan membuat persembahan. Inilah peluang untuk menyaksikan
persembahan seni dan sastera pelbagai kaum di satu pentas.
Cenderamata Penonton
Hanya 20 penonton terawal yang mendaftar diri serta hadir sepenuhnya akan menerima antologi Peluru Aksara (2020) DAN Lakaran Diri (2022) sebagai cenderamata. Tarikh tutup: 2 Disember 2023 (9:00 malam).
Atur Cara
3:00 petang
– Ketibaan peserta dan penonton, pendaftaran, minum petang
3:30 petang – Persembahan Bakat Seni dan Sastera (urutan secara undian)
5:30 petang
– Membersihkan dewan
Penyelaras
Pengurus Pentas
Pengacara Majlis
Maklumat Lajut dan Pendaftaran
Sila
hubungi Uthaya Sankar SB menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 30
November 2023 (9:00 malam). Harap maklum bahawa pendaftaran peserta akan
ditutup lebih awal jika sudah ada jumlah persembahan yang mencukupi.
Pendaftaran penonton pula dibuka sehingga 2 Disember 2023 (9:00 malam).