30 May 2021

Kavya Sastra: Penulis Kaum India dan Sastera Kebangsaan


Judul: Kavya Sastra: Penulis Kaum India dan Sastera Kebangsaan

ISBN: 978-967-18509-3-0 [12 Julai 2021]

Penulis: Uthaya Sankar SB

Penerbit: Uthaya Sankar SB

Penasihat penerbitan: Koh Yok Hwa

Reka letak: Gemilang Publishing Sdn Bhd

Tarikh terbit: 6 September 2021

Tebal: 384 halaman (termasuk prelim)

Harga Pasaran: RM45 (tidak termasuk pos)

Harga Diskaun: [Rujuk Di Sini]

Petikan prakata: [Baca di sini]

Senarai penyumbang: [Lihat di sini]

* * *

[VIDEO  Ada Apa dalam Kavya Sastra?]

[打开另一个视窗---我国印裔作家与国家文学]

[காவ்ய சஸ்த்ரா]

Latar Belakang Buku

Buku ini dikemas kini daripada disertasi (tesis, kajian akademik) bertajuk Sumbangan Penulis Kaum India Kepada Perkembangan Sastera Kebangsaan: Analisis Budaya Dalam Cerpen 1985-2019 yang dikemukakan untuk memenuhi keperluan ijazah sarjana sastera (MA) di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya pada November 2020.

“Disertasi ini boleh diterbitkan sebagai sebuah buku.” — Laporan pemeriksa dalaman 

“Wajar diterbitkan supaya kaum lain dapat memahami sosio-budaya kaum India di negara ini.” — Laporan pemeriksa luar

Penyelidikan akademik yang dilakukan secara intensif selama dua tahun (2019-2020) bertujuan mendokumentasi sumbangan para penulis kaum India (Sasterawan Kavyan) yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia.

[20 Ogos 2021: Bicara Kavya Sastra]

[1 Oktober 2021: Bicara Buku Kavya Sastra]

Penulisan hasil kajian dimulakan dengan menyentuh sumbangan Munsyi Abdullah yang diiktiraf sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Nagalingam pula menulis pada tahun 1932 dan diterima sebagai perintis kepada penglibatan penulis Bukan Melayu dalam Sastera Melayu.

Tahun 1960-an dan 1970-an menyaksikan kemunculan penulis seperti Ignatius Dev Anand, G. Soosai, Joseph Selvam, N.S. Maniam, dan Belaetham.K. Dari tahun 1981 hingga 2021, sejumlah 72 penulis yang menghasilkan karya Bahasa Malaysia berjaya dikenal pasti. Maklumat kesemua mereka didokumentasi dalam buku ini.

Sepanjang Jun 2021, saya melakukan proses pemindahan dan pengolahan (format, gaya bahasa, susunan bab) sebelum menerbitkan disertasi itu dalam bentuk buku bagi bacaan umum. Kandungan buku juga ditambah dan dikemas kini supaya lebih lengkap, menyeluruh, dan terkini.

“Apabila bercakap mengenai Sastera Kebangsaan, tidak dapat tidak, pengkaji sastera perlu turut menyentuh mengenai karya yang dihasilkan oleh penulis kaum India di negara ini.”  Uthaya Sankar SB, Diskusi Sastera Kavyan anjuran DBP (10 Julai 2004)


“Sumbangan golongan Sasterawan Kavyan mungkin relatif kecil berbanding penulis Melayu, tetapi ia tetap amat signifikan dan sangat bernilai kepada perkembangan bidang penulisan di Malaysia. Peta sastera Malaysia tidak akan lengkap tanpa menyebut sumbangan mereka.”Uthaya Sankar SB (Eksentrika, 17 Mei 2017)


Wira Sebenar: Para Penyumbang 

Sebagai seorang pengkaji dan penulis sepenuh masa yang berhasrat berkongsi ilmu tanpa dukungan politik, saya sentiasa mengharapkan sokongan dan sumbangan rakan-rakan budiman dalam bentuk modal sosial (social capital) bagi menampung sebahagian kos menerbitkan buku ini.

Senarai penyumbang modal sosial sebelum ini: 

 Pulau Pendatang (2015)

 Nari! Nari! (2015)

 Mandala Bicara (2016)

 Ikan Patin dan Beruang Besar (2017)

 Thirukkural dan Megha Duta (2018)

 Ramayana dan Mahabharata (2019)

 Vetalam dan Vikramaditya (2020)

 Putaria (2020)

Bhagavad Gita (2021)



[Paparan di BASKL - Klik di sini untuk baca]

Mengapa Anda Wajar Memiliki Buku Ini?

1. Memperkatakan sumbangan penulis kaum India dari era Sastera Melayu Moden (Munsyi Abdullah) hingga Sastera Kebangsaan (terkini). Sumbangan tokoh India-Muslim tidak dilupa.

2. Turut membincangkan usaha menterjemah karya penulis Tamil kepada Bahasa Malaysia, khususnya pada tahun 1970-an.

3. Membicarakan sumbangan penulis kaum India yang menjadi perintis Sastera Kebangsaan mulai tahun 1960-an dan 1970-an, termasuk Joseph Selvam, N.S. Maniam, dan G. Soosai.

4. Mendokumentasi maklumat penulis kaum India yang menghasilkan karya bahasa Melayu (Bahasa Malaysia) sejak tahun 1930-an. Semasa era tulisan Jawi (sehingga 1956), selepas istilah “Bahasa Malaysia” diperkenalkan (pada 1970), serta generasi baharu yang lahir selepas pelaksanaan sepenuhnya Dasar Pelajaran Kebangsaan (selepas 1985).

5. Memuatkan biodata dan perkembangan penulis generasi baharu kaum India selama 40 tahun (1982-2021). Sejumlah 72 penulis dikenal pasti.

6. Maklumat sejumlah penulis yang sudah “hilang dan dilupai” turut didokumentasi dalam buku ini.

7. Satu-satunya buku yang khusus mengkaji karya Bahasa Malaysia oleh penulis kaum India di Malaysia.

8. Meneliti gambaran budaya kaum India dalam cerpen-cerpen yang terbit antara tahun 1985 dan 2019.

9. Mengangkat dan mengiktiraf sumbangan penulis kaum India (Sasterawan Kavyan) kepada perkembangan Sastera Kebangsaan.

10. Kajian ilmiah berdasarkan data sahih dan fakta sebenar yang dikumpul dari pelbagai sumber seperti buku, tesis, majalah, jurnal, akhbar, kertas kerja, wawancara, dan portal dalam talian.

11. Kandungan buku diolah dan disampaikan dalam Bahasa Malaysia yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

12. Ditulis oleh individu berautoriti yang terlibat secara langsung dalam Sastera Kebangsaan sejak tahun 1991.

13. Buku paling komprehensif (lengkap) untuk dijadikan rujukan para pengkaji dan orang ramai bagi tempoh 50 tahun akan datang.

14. Nama anda tercatat di blog dan di dalam buku sebagai penyumbang modal sosial yang membantu menjayakan penerbitan buku ini. (Bagi sumbangan sehingga 15 Ogos 2021, 11:00 pagi)

15. Bukti anda menyokong, menghargai, dan menggalakkan penglibatan kaum India dalam bidang penulisan Bahasa Malaysia.

Maklumat Lanjut dan Pertanyaan

Sudilah menghubungi saya menerusi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) atau e-mel uthayasb@gmail.com jika ada sebarang pertanyaan berkaitan buku ini.