7 May 2020

15 Sebab Orang Hindu Tidak Makan Lembu


Alasan sebenar orang India tidak memakan daging lembu adalah berasaskan budaya dan kepercayaan tradisional; bukan berikutan tuntutan agama semata-mata.

1 Lembu adalah anugerah Tuhan kepada umat manusia, lalu kurniaan istimewa itu perlu dihargai.

2 Lembu dianggap sebagai “ibu” kerana sanggup berkorban dan menanggung derita demi “anak-anak”.


3 Lembu memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat India.

4 Lembu membantu petani dan pesawah untuk membajak.


5 Lembu digunakan untuk mengangkut barang dan menarik kereta lembu.

6 Lembu jantan biasanya membantu kerja-kerja membajak.


7 Lembu betina membekalkan susu yang amat diperlukan untuk diminum, dijadikan susu masam atau dijadikan minyak sapi.

8 Lembu merupakan binatang yang amat diperlukan dalam kehidupan seharian masyarakat India tradisional.


9 Perayaan Maatu Ponggal adalah tanda terima kasih kepada lembu yang amat berjasa.

10 Lembu membekalkan tahi yang dijadikan baja organik.


11 Air kencing lembu bertindak sebagai bahan antiseptik.

12 Lembu yang membekalkan susu dianggap sebagai “ibu susu” bagi anak-anak dalam keluarga.


13 Lembu digelar komatha iaitu gelaran sama seperti “ibu”.

14 Sejak kecil, anak-anak dididik supaya menyayangi dan menghormati lembu yang dipelihara sebagai sebahagian daripada keluarga.


15 Walaupun tidak ramai petani/penternak kaum India yang masih memelihara lembu, amalan yang mendarah-daging sejak hampir 4,500 tahun lalu tentu sukar dilupakan.




Catatan: Paparan ringkas ini dibaca oleh lebih daripada enam puluh ribu (60,000) orang sepanjang Mei 2020. Terima kasih kepada ANDA kerana sudi berkongsi di media sosial. Lihat butang kongsi di bawah.

[Isi-isi di atas dipetik daripada esei bertajuk “Lembu Dalam Budaya Hindu” yang tersiar di Free Malaysia Today (5 Disember 2011). Esei penuh boleh dibaca dalam buku Malaiur Manikam (2015). © Uthaya Sankar SB. Semoga membantu orang ramai memahami budaya kaum India-Hindu serta menjawab soalan “Mengapa orang Hindu tidak makan lembu?”]


Sudilah berkongsi jika anda rasa paparan ini ada manfaat. Lihat butang-butang kongsi di bawah.