20 Sept 2026

Rayuan Sumbangan Modal Sosial – Kumpulan Cerpen 2027



Sokongan anda—ya, ANDA—amat diperlukan untuk membantu usaha menerbitkan kumpulan cerpen @ fiksyen saya dalam bentuk buku pada tahun 2027. Jika anda sudah membaca buku seperti Cerpen (2024), Sebelas Amanat Swamiji (2025), dan Siapa Bunuh Veer Singh? (2026), maka anda tahu gaya—dan keberanian—penulisan saya.

Cerpen-cerpen dalam buku baharu ini belum pernah terbit dalam bentuk buku. Kesemuanya merupakan cerpen baharu yang ditulis pada tahun 2026 dan petikan awal kebanyakan cerpen ini disiarkan di blog saya dari 1 April 2026 hingga 30 September 2026—[baca di sini]


Judul: [belum diputuskan]

Kategori: Kumpulan Cerpen @ Fiksyen

Kandungan: [maklumat di sini]

Bahasa: Bahasa Malaysia

ISBN: [akan dimaklumkan]

Penulis: Uthaya Sankar SB

Tarikh terbit: Februari 2027 [sasaran]

Tebal: 200 halaman [anggaran]

Jumlah cetakan: 500 naskhah sahaja

Harga pasaran: RM30 [tidak termasuk kos penghantaran]

Senarai penyumbang: [dikemas kini di sini]


Seperti biasa, saya berusaha mendapatkan sokongan dalam bentuk sumbangan modal sosial (social capital) daripada rakan-rakan budiman sehingga 31 Disember 2026 (10:00 malam) untuk membantu menampung sebahagian kos mencetak buku ini.



Sejumlah 15 cerpen dijangka dimuatkan dalam buku ini. Pemilihan cerpen dilakukan menerusi undian oleh para penyumbang modal sosial. Undian dibuka sehingga 30 November 2026 (10:00 malam)—lihat di sini.


[Promosi di Facebook] – [Promosi di Instagram]


Rayuan sumbangan modal sosial dijalankan sehingga 31 Disember 2026 (10:00 malam). Sumbangan RM50 ditamatkan pada 31 Oktober 2026 (10:00 malam).

 

Pakej

Jumlah Sumbangan

(Modal Sosial)

[Sehingga 31 Disember 2026]

Jumlah Buku

(Tanda Penghargaan)

[Alamat seluruh Malaysia]

A

RM50

(sehingga 31 Oktober 2026)

2 naskhah

B

RM100

5 naskhah

C

RM200

12 naskhah

D

RM300

20 naskhah

E

RM400

30 naskhah

F

RM500

40 naskhah

 

Langkah mudah memberi sumbangan modal sosial:

1. Deposit sumbangan ke akaun CIMB 8002429656 (Uthaya Sankar SB).




2. Kirim maklumat diri anda ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya):

(a) Nama Penuh: (termasuk pangkat/gelaran, jika ada)

(b) Alamat (di Malaysia):

(c) Nombor Telefon:

(d) Tarikh Deposit:

(e) Jumlah Deposit: RM

Nota: Bagi penyumbang modal sosial, sila nyatakan jika anda tidak mahu nama sebenar dipaparkan di blog dan buku. Nyatakan juga jika anda mahu menggantikan nama individu lain (ahli keluarga sahaja) untuk paparan di blog dan buku.

Setiap penyumbang modal sosial akan diberi surat penghargaan (bukan resit pembelian) yang menyatakan jumlah sumbangan. Surat ini akan dikirim selepas pendaftaran ISBN dan judul buku disahkan.

Fahami konsep “collective resource, goodwill, mutual sympathy, network of family and social relation to promote knowledge and abilities” di bawah Teori Modal Sosial di sini.

Nama para penyumbang modal sosial didokumentasi secara kekal di dalam buku dan di blog sebagai tanda penghargaan; selain para penyumbang menerima naskhah buku sebaik terbit—sebelum mula dijual kepada orang ramai pada harga pasaran.

Sila hubungi saya menerusi WhatsApp 011–11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com sebelum 31 Disember 2026 (10:00 malam) jika ada sebarang pertanyaan atau cadangan membina berkaitan projek penerbitan buku ini.

No comments:

Post a Comment

Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!