17 Jul 2023

Program Didik Hibur di SK Convent Aulong

Pengenalan

SRK Convent Aulong (kini SK Convent Aulong) di Aulong, Taiping merupakan sekolah di mana saya [Uthaya Sankar SB] dan semua adik-beradik saya belajar. Pada Disember 2015, keluarga saya dan keluarga abang saya (Sivasankar) pergi ke sekolah berkenaan untuk menyampaikan sumbangan bagi sekumpulan murid. Bacalah rencana “SK Convent Aulong Perlukan Perhatian” (The Malaysian Insider, 29 Disember 2015) untuk sedikit maklumat. Program Memartabatkan Bahasa Malaysia diadakan di sekolah ini pada Mac 2016.

Pada 10 Julai 2023, saya mengunjungi SK Convent Aulong untuk menyampaikan sedikit sumbangan buku. Sempat juga saya berbual dan berbincang dengan guru besar, Puan Hanizah Abdul Aziz dan beberapa guru lain tentang perlunya program serupa digerakkan semula demi manfaat murid-murid di sekolah ini. Untuk rekod, hanya ada 87 murid dan majoriti merupakan kanak-kanak kaum India daripada keluarga B40. Jumlah guru pula 16 orang yang penuh dedikasi dan berusaha melakukan yang terbaik demi masa depan murid-murid ini.

Maklumat Acara

Hasil perbincangan, keputusan diambil untuk mengadakan Program Galakan Membaca Menerusi Pendekatan Didik Hibur pada 9 September 2023 (Sabtu), dari 9:00 pagi hingga 3:00 petang. Buku Nari! Nari! (2023) dijadikan teks dan bahan program.

 

Peserta Program

Bagi memastikan pengendalian program ini lebih berkesan dan memberi impak berterusan, sasaran bukan hanya kepada murid-murid. Ibu bapa, penjaga, dan guru turut dilibatkan supaya semua pihak boleh memainkan peranan dalam menyumbang kepada usaha memupuk minat terhadap Bahasa Malaysia dan budaya membaca buku cerita dalam jiwa generasi muda. Jumlah peserta seperti berikut:

 

a) Murid: 20 orang (pelbagai kaum dan pelbagai tahap literasi)

b) Ibu, Bapa, Penjaga: 5 orang (pelbagai kaum)

c) Guru: 16 orang (termasuk guru besar)

Jumlah peserta: 41 orang

Sila KLIK DI SINI untuk lebih banyak foto acara.


Pengisian Program

Berbekalkan pengalaman mengatur, merancang, dan mengendalikan program berkaitan Bahasa Malaysia dan kempen galakan membaca sejak tahun 1994, saya akan menggunakan pendekatan didik hibur dengan memastikan wujud penglibatan menyeluruh para murid, guru, dan ibu bapa. Peserta akan menyedari betapa seronok menggunakan Bahasa Malaysia, serta betapa minat membaca buku cerita boleh menjadi aktiviti yang menguntungkan. Baca juga — “Menarik Minat Kanak-kanak Membaca” (Utusan Malaysia, 4 Mac 2023).

Sumbangan Orang Ramai

Oleh kerana program ini tidak ditaja mana-mana pihak, maka sumbangan orang ramai – khasnya rakan-rakan yang tahu tentang usaha yang saya lakukan bersama Kavyan selama ini – amat diperlukan untuk menampung sebahagian kos. Anggaran kos seperti berikut:

 

 

Maklumat

Kos

1

Buku Nari! Nari! (pada harga kos)

RM10 x 41 peserta

RM410

2

Alat Tulis (pen, pensel, pemadam, pembaris, warna, dll)

RM10 x 20 murid

RM200

3

Bahan Aktiviti (kertas manila, kertas warna, marker, dll)

RM10 x 5 kumpulan

RM50

4

Sarapan

RM5 x 41 peserta

RM205

5

Makan Tengah Hari

RM10 x 41 peserta

RM410

 

JUMLAH KESELURUHAN (Anggaran)

RM1,275

 

Purata kos bagi setiap peserta ialah sekitar RM30. Maka, sumbangan RM30 dapat menampung kos seorang peserta. Nama para penyumbang akan didokumentasi di blog ini sebagai tanda penghargaan; tanpa menyebut jumlah sumbangan. Resit bagi barangan yang dibeli akan dikirim kepada penyumbang menerusi WhatsApp sebagai bukti dan untuk rujukan. Surat/resit rasmi akan diberi bagi setiap sumbangan untuk tujuan rekod; walaupun mungkin tidak layak mendapat pengecualian cukai pendapatan.

Harap maklum bahawa kos perjalanan, penginapan, makan-minum, dan pengendalian program oleh saya ditanggung sendiri; sebagai sumbangan peribadi saya bagi menjayakan program.

Senarai Penyumbang

1. Lim Ee Lin

2. Lalitha Trading Sdn Bhd

3. Anuradha Chelliah

4. Muhammad Rasyad Mohd Razin

5. Zaheer Zechariah

6. Saravanan Selanduray

7. Parimala Devi Samarasan

8. Surendran Govindasamy

(Senarai akan dikemas kini sehingga 31 Ogos 2023)


Sumbangan Buku Untuk Pusat Sumber

Pusat sumber dan perpustakaan kecil di SK Convent Aulong merupakan tempat awal yang berjaya memupuk minat saya terhadap buku cerita. Serangan anai-anai pada 2015/2016 menyebabkan bilik pusat sumber dan koleksi bahan bacaan musnah. Semasa kunjungan pada 10 Julai 2023, saya mendapati jumlah buku terlalu sedikit. (Bantuan daripada kementerian tidak dapat diharapkan kerana sekolah kebangsaan ini termasuk kategori sekolah kurang murid dan sekolah mubaligh.) Saya akan menyumbangkan sejumlah buku. Rakan-rakan yang berminat juga boleh menyalurkan sumbangan buku cerita – sama ada menerusi saya atau dikirim terus ke alamat sekolah.


Sila KLIK DI SINI untuk foto-foto acara.

 

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sudilah menghubungi saya menerusi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 sebelum 1 September 2023.