14 Oct 2015

Malaiur Manikam: Ini Bukan Kitab Veda

Judul: Malaiur Manikam
Kategori: Esei/Makalah
Kandungan: Lihat di Sini
Prakata: Datuk A. Samad Said
Penerbit: DuBook Press

Tarikh Pelancaran: 21 November 2015
Cetakan Pertama: November 2015
Cetakan Kedua: April 2016
Harga Pasaran: RM20.00 senaskhah
Ketebalan: 195 halaman

Harga Pakej: [KLIK DI SINI]

Sertai: [Bicara Buku - 26 Mei 2019]
Sertai: [Perbahasan Malaiur Manikam]
Baca juga: [Pengakuan Seorang Pentadbir The Patriots]
Baca juga: [Pendakwah jadikan buku ini bukti laporan polis]
Baca juga: [Panduan mengharamkan buku ini]


“Saya mengenai Uthaya, sebenarnya sudah lama. Dan saya tahu dia seorang penulis yang penuh kontroversi. Saya dapati bahawasanya Uthaya sememangnya suara yang melawan; bukan suara yang menurut. Bagi saya, lawannya itu adalah waras. Apa yang disajikannya menerusi esei-esei ini wajar dibaca, diteliti, didalami, dipertengkar, dibahas secara sihat.” Datuk A. Samad Said (Prakata)


Buku Malaiur Manikam (2015) memuatkan 25 esei yang mengangkat dan memperkatakan pelbagai isu yang jarang didebatkan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia.

Pada judul buku ini, malaiur membawa makna “negeri berbukit-bukau” dan diambil daripada nama yang diberikan oleh pedagang India bagi Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia), jauh sebelum pembukaan Melaka oleh Parameswara.


Secara simbolik, buku ini memuatkan esei-esei berupa manikam – permata berharga – yang menyentuh topik-topik berkaitan hal-hal semasa di Malaiur.


[Politikus MyPPP desak buku ini diharamkan -- Baca  di Sini]

Antara topik yang diperkatakan secara kritis adalah berhubung budaya kaum India, hak istimewa orang Melayu, dilema golongan transgender, serta mengupas hal-hal berkaitan ajaran Islam, Hindu, Kristian, Buddha dan Sikh yang mungkin dianggap terlalu sensitif untuk dibahaskan secara terbuka.


Topik berkaitan kaum India dan Hindu termasuk penjelasan tentang ponggal, Thaipusam, konsep berhala, kitab veda dan sebab tidak makan daging lembu.



Esei berhubung orang Melayu-Islam antaranya membahaskan hak istimewa, kuasa Raja-raja Melayu, dilema dan masalah Melayu.

Baca: Komen Puak Dungu Macam Patriots dan The Patriots dan Lubuk Kedunguan  


Perkara lain yang dikupas termasuk pengasas ajaran Sikh, mak nyah dan pak nyah, epik Tamil, perbezaan Jesus dan Nabi Isa, serta ciri-ciri ajaran Buddha.



Selaras sikap Uthaya Sankar SB yang berani dan lantang bersuara memperjuangkan hak golongan marginal, minoriti dan penulis tertindas tanpa tunduk pada tekanan mana-mana pihak, esei-esei di dalam buku ini menyentuh topik-topik yang mungkin menimbulkan rasa tidak senang hati dalam kalangan pihak tertentu.


Kumpulan esei sulung ini sesuai dijadikan santapan minda pembaca pelbagai kaum dan pelbagai peringkat umur yang mahu menimba ilmu mengenai kepelbagaian dan keunikan budaya masyarakat Malaysia.

Buku ini boleh dibeli di kedai-kedai buku terpilih. Untuk pembelian terus daripada penulis, hubungi uthayasb@yahoo.com.my atau kirim mesej peribadi menerusi Facebook. WhatsApp 011-11411952.


Harga pasaran buku ini adalah RM20 senaskhah
(diumumkan penerbit pada 3 November 2015). 


Untuk pembelian pada harga pakej,


Harap maklum bahawa bagi naskhah yang dibeli oleh penulis (Uthaya Sankar SB) daripada penerbit (DuBook Press) untuk dijual sendiri, penulis tidak menerima sebarang royalti.

Maka, elakkan sikap buruk meminta buku percuma atau diskaun hebat daripada penulis.


Orang ramai digalakkan membuat Pembelian Berpakej untuk menikmati diskaun khas bagi buku-buku Uthaya Sankar SB – KLIK DI SINI. [Senarai buku akan dikemas kini dari semasa ke semasa.]