21 May 2019

Bicara Buku Malaiur Manikam

Bicara Buku
Malaiur Manikam

Tarikh
26 Mei 2019 (Ahad)

Masa
10:00 pagi [Waktu Kavyan]

Tempat
Setia Alam, Shah Alam

Tiket Masuk
Membawa senaskhah buku Malaiur Manikam
(Salinan asal sahaja. Tidak boleh berkongsi.)

Jualan Buku
Buku Malaiur Manikam boleh dibeli [DI SINI]

Pengenalan
Kumpulan esei Malaiur Manikam mengumpulkan 25 esei tulisan Uthaya Sankar SB. Buku ini diterbitkan oleh DuBook Press pada November 2015 dan diulang cetak pada April 2016. Sebaik sahaja Malaiur Manikam terbit (November 2015), terdapat usaha puak tertentu yang mencadangkan supaya Agong menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku ini kerana kononnya menghina orang Melayu — Baca di Sini. Pada 21 Mei 2019, satu lagi puak menyerahkan memorandum kepada “Menteri Dalam Negerimerhand” dan menggesa buku Malaiur Manikam diharamkan kerana kononnya menimbulkan kekeliruan dan kesedihan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum — Baca di Sini. Program Bicara Buku Malaiur Manikam dianjurkan untuk memberi ruang dan peluang yang adil dan saksama kepada orang ramai (“masyarakat pelbagai kaum, agama dan latar belakang”) memperkatakan buku ini secara terbuka selepas membaca kandungannya.


Peserta
Individu yang mahu menjadi peserta perlu mendaftar dengan mengirim nama penuh (sebenar) menerusi WhatsApp ke 011-11411952 (Uthaya Sankar SB). Hanya peserta berdaftar dibenarkan menghadiri Bicara Buku Malaiur Manikam. Peserta juga perlu membawa bersama-sama senaskhah buku Malaiur Manikam sebagai “tiket masuk”. Hanya buku cetakan asal dibenarkan; bukan fotokopi, versi elektronik/PDF dan sebagainya. Peserta tidak dibenarkan berkongsi “tiket masuk” (buku). Setiap peserta diberi peluang sama rata untuk membicarakan buku Malaiur Manikam tanpa sekatan. Kerja-kerja dakyah agama tidak dibenarkan pada program ini.


Wakil Media
Wartawan dan wakil media dialu-alukan hadir membuat liputan program ini. Mereka juga perlu mendaftar menerusi WhatsApp.

Bahasa
Program Bicara Buku Malaiur Manikam dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Tidak ada sesiapa yang boleh diberikan pengecualian menggunakan bahasa-bahasa lain sepanjang sesi perbincangan.


Tarikh Tutup
Individu yang berminat (termasuk wartawan dan wakil media) perlu mendaftar selewat-lewatnya pada pukul 4:00 petang, 25 Mei 2019 (Sabtu).

Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai program ini akan dikongsi bersama para peserta berdaftar. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya Sankar SB).