28 Jun 2017

Khidmat Menyemak dan Menyunting Manuskrip


Uthaya Sankar SB menawarkan khidmat profesional menyemak dan menyunting manuskrip karya kreatif dan bukan kreatif dalam Bahasa Malaysia.

Karya kreatif termasuk sajak dan cerpen, manakala karya bukan kreatif termasuk esei, rencana, dan makalah.

Bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan ini adalah mengikut jumlah perkataan dalam manuskrip lengkap (termasuk nota kaki dan bibliografi, jika ada).

Jumlah Perkataan

Bayaran

1-50

RM5

51-100

RM10

101-200

RM20

201-300

RM30

301-400

RM40

401-500

RM50

501-600

RM60

601-700

RM70

701-800

RM80

801-900

RM90

901-1,000

RM100

1,001-1,100

RM110

1,101-1,200

RM120

1,201-1,300

RM130

1,301-1,400

RM140

1,401-1,500

RM150

1,501-1,600

RM160


Bayaran baharu (lebih tinggi) mulai 1 Januari 2027.


[Lihat juga – Buku-buku Uthaya Sankar SB]

Untuk mendapatkan khidmat menyemak dan menyunting manuskrip Bahasa Malaysia, sila ikut langkah-langkah mudah berikut:

1 - Sediakan manuskrip dalam Microsoft Word.

2 - Kira jumlah perkataan dalam manuskrip dan tentukan jumlah bayaran.

3 - Deposit bayaran ke akaun CIMB – Uthaya Sankar SB – 8002429656


4 - Kirim manuskrip dalam format .doc secara lampiran (attachment) ke e-mel uthayasb@gmail.com 

5 - Dalam e-mel itu, nyatakan juga tarikh, masa, dan jumlah bayaran (ke akaun CIMB).

6 - Manuskrip akan disemak dan disunting sebelum dikirim semula bersama-sama komen dan cadangan (jika ada).




Harap maklum:

Bagi manuskrip karya yang mencapai mutu yang diinginkan untuk siaran, saranan (cadangan) akhbar atau majalah atau portal yang sesuai akan diberikan.

Uthaya Sankar SB tidak memberi jaminan bahawa karya yang sudah disemak dan disunting pasti akan tersiar di akhbar atau majalah atau portal.

Semakan dan penyuntingan tidak termasuk kerja mengolah, merombak, atau menulis semula keseluruhan karya.

Jika perlu dan sesuai, maka kesalahan dan cadangan pembetulan akan dicatat dan ditandakan pada manuskrip itu sendiri bagi memudahkan anda meneliti, memahami kesilapan, dan membuat pembetulan sendiri pada manuskrip asal.




Manuskrip yang dikirim sebelum membuat bayaran – atau bayaran tidak mencukupi – tidak akan dilayan.

Sekiranya manuskrip dikirim semula bagi semakan/penyuntingan kali kedua, maka bayaran dikenakan sekali lagi mengikut kadar yang ditetapkan (rujuk senarai di atas).

Bayaran tidak dikembalikan selepas kerja semakan dan penyuntingan dilakukan.

Bayaran bagi menyemak dan menyunting manuskrip Bahasa Inggeris adalah dua kali ganda, manakala bayaran bagi menyemak dan menyunting manuskrip Bahasa Tamil adalah tiga kali ganda. Bayaran bagi rencana akademik juga berbeza.





Berikut reaksi beberapa penulis yang manuskrip mereka pernah disunting:

“Semestinya berbaloi dan berpatutan. Saya tidak pernah lari daripada membuat kesilapan dalam penulisan. Ternyata, suntingan dan cadangan pembetulan yang diberikan membantu saya dalam memperbaiki karya, melancarkan proses penulisan, serta memastikan tidak mengulangi kesalahan yang sama kelak.” — Jaymani Sevanathan

“Kos penyuntingan oleh Uthaya memang berbaloi. Pemeriksaan berkualiti, penelitian setiap patah perkataan serta kekompleksan karya tanpa mengubah idea dan konsep asal karya. Harap kekalkan harga penyuntingan yang berpatutan demi manfaat orang ramai yang memerlukan khidmat beliau.” — Weng Poh Leng @ PL Weng

“Nilai bayaran amat berpatutan. Bayaran itu berbaloi kerana komen dan nasihat yang saya terima sangat membantu meningkatkan kualiti karya. Saya berpuas hati dengan draf akhir karya saya.” — Thanusya Shanmuganathan

“Bayaran yang dikenakan amatlah rendah jika dibandingkan dengan usaha murni Uthaya dalam memacu seni penulisan karya-karya sastera. Iltizam Uthaya melahirkan penulis-penulis baharu melalui bengkel, seminar, dan khidmat nasihat melalui aplikasi sosial juga sangat bermakna dan relevan mengikut peredaran zaman.” — Richard Ignacy

“Kos menyunting manuskrip sangat berbaloi. Beberapa karya saya disunting untuk antologi, diberi komen, dan diberi peluang untuk dibetulkan. Cadangan penambahbaikan karya yang sangat bernas. Sememangnya, suatu proses yang panjang tetapi saya dapat membaiki mutu penulisan.” — Anuradha Chelliah

“Saya merasakan harga yang dibayar untuk penyuntingan adalah berbaloi bagi karya-karya yang kemudian dimuatkan dalam antologi kerana berpeluang menghasilkan karya yang berani, jujur dan mungkin sukar didapati dalam media arus perdana.” — Hidayat Muhamad

“Bayaran yang dikenakan untuk menyunting manuskrip karya amatlah berbaloi. Sebagai seorang penulis baharu, saya amat berpuas hati dengan cara bimbingan dilakukan, walaupun hanya secara dalam talian. Peserta mendapat panduan yang jelas serta disiplin yang tinggi dapat dikekalkan.” — Santhiavathi Ramasamy  


Sila hubungi uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 jika ada sebarang pertanyaan.