16 Sept 2024

Rani di Kuil Bhagavati: Kumpulan Cerita Rakyat India




Pengenalan

Kumpulan cerita rakyat India berjudul Nari! Nari! (1995, 2000, 2015, 2023, 2024) mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat pelbagai kaum yang menyedari perlunya ada bahan bacaan bermutu dalam Bahasa Malaysia bagi kanak-kanak.

Perkara sama dapat diperhatikan dalam penerbitan kumpulan cerpen Ikan Patin dan Beruang Besar (2017, 2024) yang tidak lagi memaksa kanak-kanak membaca kisah-kisah berciri etnosentrik dan islamik serta tidak mewakili kemajmukan budaya Bangsa Malaysia.



Maklumat kedua-dua buku ini boleh dibaca menerusi rencana bertajuk “Usaha Memupuk Minat Membaca Tidak Boleh Berhenti” (Utusan Malaysia, 7 September 2024).

Selain dua buku di atas, cerita kanak-kanak tulisan saya turut tersiar di majalah seperti Dewan Pelajar dan beberapa antologi selenggaraan arwah Dr. Othman Puteh pada tahun 1990-an. Kumpulan cerita rakyat India berjudul Munis Dengan Harimau (1996) serta antologi selenggaraan Othman Puteh sudah tiada dalam pasaran.



Projek Buku

Saya sudah mengumpulkan enam (6) cerita rakyat India dan akan menerbitkannya dalam bentuk buku yang yang sesuai bagi bacaan kanak-kanak, remaja, dan ibu bapa. Akan disertakan sekitar 10 ilustrasi berwarna.

 

Judul: Rani di Kuil Bhagavati [diumum pada 28 Disember 2024]

Kategori: Kumpulan Cerita Rakyat India

Bahasa: Bahasa Malaysia

ISBN: 978-967-18509-9-2 [diperoleh pada 27 Disember 2024]

Penulis: Uthaya Sankar SB

Penyunting Bersekutu: [biodata di sini]

Penasihat Penerbitan: Koh Yok Hwa

Tarikh terbit: 20 Februari 2025 [sasaran]

Tebal: 220 halaman (termasuk 32 halaman ilustrasi warna)

Jumlah cetakan: 300 naskhah sahaja

Harga pasaran: RM25.00 [tidak termasuk pos]

Harga diskaun: [rujuk di sini]

Senarai penyumbang: [lihat di sini]

 

Seperti biasa, saya telah berusaha mendapatkan sokongan dalam bentuk sumbangan modal sosial (social capital) daripada rakan-rakan budiman sehingga 15 Januari 2025 untuk membantu menampung sebahagian kos mencetak buku ini. Nama para penyumbang didokumentasi secara kekal di dalam buku dan di blog sebagai tanda penghargaan; selain para penyumbang menerima naskhah buku sebaik terbit.



Contoh Promosi: [Facebook] - [Twitter] - [Instagram]

Senarai penyumbang modal sosial bagi projek buku sebelum ini — Pulau Pendatang (2015)  Nari! Nari! (2015)  Mandala Bicara (2016)  Ikan Patin dan Beruang Besar (2017)  Thirukkural dan Megha Duta (2018)  Ramayana dan Mahabharata (2019)  Vetalam dan Vikramaditya (2020)  Putaria (2020) Bhagavad Gita (2021) Kavya Sastra (2021) Suvarna Bhumi (2022) Khanda Puranam (2022) Katha Sarit Sagara (2023) Nari! Nari! (2023) The Painted Cat (2023) Dewi Pertiwi (2024).



Sila hubungi saya menerusi WhatsApp 011–11411952 atau e-mel uthayasb@gmail.com sebelum 31 Januari 2025 jika ada sebarang pertanyaan.