21 Apr 2021

#SiapaPunyaTuhan — Siapa Punya Tuhan


Tuntutan yang dikemukakan dan diperjuangkan amat jelas:

Hak umat Bukan Islam menggunakan “Tuhan” (huruf besar) dalam penulisan Bahasa Malaysia.

Tuntutan ini berkaitan Bahasa Malaysia (atau “bahasa Melayu” dalam Perlembagaan Persekutuan) yang menjadi milik setiap rakyat Malaysia.

Tuntutan ini berkaitan antologi Meredah Kabus (2021) yang mendedahkan secara nyata tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menghalang umat Bukan Islam menggunakan “Tuhan” (huruf besar) dalam penulisan.

Tuntutan ini berkaitan Kamus Dewan (2005) dan Kamus Dewan Perdana (2020) terbitan DBP yang melakukan kesilapan menghadkan definisi “Tuhan” kepada “Allah”, sekali gus bertentangan peruntukan hak umat Bukan Islam dalam Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

Tuntutan ini berkaitan peranan DBP sebagai “obor kebangsaan” (lirik lagu DBP) menjadikan Bahasa Malaysia milik setiap rakyat mengikut kuasa yang diperuntukkan di bawah Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Akta 213 dan Akta A930), serta selaras objektif, falsafah, wawasan, misi, dan moto DBP.

Tuntutan ini selaras peraturan ejaan yang terkandung dalam Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia (1975) dan turut dipetik oleh Ketua Pengarah DBP (Malaysiakini, 20 April 2021) iaitu “… huruf besar digunakan untuk kata dan ungkapan yang berhubung dengan hal ehwal keagamaan, kitab suci, nama Tuhan, termasuklah kata gantinya. Oleh itu Tuhan sebagai kata yang berhubung dengan agama hendaklah ditulis dengan huruf besar”.

Tuntutan ini selaras kata “Tuhan” (huruf besar) yang terkandung dalam prinsip pertama Rukun Negara dan lirik lagu Negaraku, serta terpakai bagi semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, etnik, agama, dan bahasa ibunda.

Tuntutan ini tidak ada apa-apa kaitan dengan isu penggunaan “Allah” yang dilihat masih menjadi pertikaian antara orang Islam dan umat Kristian.

Tuntutan ini tidak ada apa-apa kaitan dan tidak sedikit pun menyentuh apa-apa hak orang Islam dan agama Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tuntutan ini tidak ada apa-apa kaitan dan tidak sedikit pun menyentuh apa-apa hak orang Melayu sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.


“Tuhan sebagai kata yang berhubung dengan agama hendaklah ditulis dengan huruf besar.” – Kenyataan rasmi DBP seperti disiarkan di Malaysiakini pada 20 April 2021. [Baca di sini]

Nah! DBP sedar bahawa semua orang berhak menggunakan istilah “Tuhan” (huruf besar).

Akan tetapi, oleh kerana DBP ternyata ada agenda subversif dan berniat jahat untuk menghina dan memperlekeh amalan beragama orang Bukan Islam, maka DBP bertindak licik menukar “Tuhan” kepada “tuhan” (huruf kecil) bagi orang Bukan Islam, misalnya dalam antologi Meredah Kabus (2021).

Dikatakan oleh DBP bahawa “kata Tuhan (T huruf besar) di dalam kamus DBP dirakamkan sebagai kata nama khas yang merujuk kepada Allah Yang Maha Esa sesuai dengan penggunaannya berdasarkan data yang ditemukan” dan “penggunaan oleh masyarakat”.

Nah! Seolah-olah “masyarakat” Bukan Islam sejak dahulu hanya menggunakan “tuhan” dalam amalan beragama.


Saya sedang mengumpulkan “data” (meminjam istilah DBP dalam kenyataan rasminya) untuk menunjukkan bahawa masyarakat Bukan Islam menggunakan “Tuhan” (huruf besar) dan hak itu tidak boleh dihalang oleh DBP.

Sila isi borang di https://forms.gle/h5E6S6oWGtZHicsv9 sebelum 9:00 malam, 30 April 2021 jika mahu suara anda didengar.

Apabila sudah ada cukup “data” (sokongan), bolehlah dibawa ke Menara DBP untuk ditunjukkan.

[Peringatan 2013  Selepas Allah, Tuhan Pula?]

#SiapaPunyaTuhan






[Reaksi  Penulis Tolak Penjelasan dan Alasan DBP]

[Terkini DBP Becomes A Stooge]

[Mandarin  “Tuhan” 词汇是否专属穆斯林?]

[Reaction  Illogical and Senseless]

[Letter  Malaysian Gurdwaras Council]

[Tamil Istilah Tuhan dibahagi ikut agama?]

[Pandangan  Dr S. Nathesan, pakar bahasa]


[Berita TV  Penulis Tolak Alasan DBP]










[Kenyataan Media — Majlis Gurdwara Malaysia]






[Berita TV — Tindakan DBP Terus Dikritik]


[Zaid Ibrahim — Arrogant Leadership]


[Vanakkam MalaysiaDBP kata, Tuhan untuk Allah sahaja]








[Suara Penulis — Tindakan DBP Jejas Perpaduan]




[Kenyataan Media  Malaysia Hindudharma Maamandram]




[Calvin Ohsey  Speak Up Before It's Too Late]






[Reaction  DAP to DBP]






[Suwedan  Menyanggah Tafsiran DBP]


[Liputan Khas  Tamil Nesan TV (Tamil)]




[Makkal Osai  NGO Serah Memorandum]








[Baca pendedahan berani dalam buku Suvarna Bhumi]


Jika mahu mendapatkan maklumat lanjut, atau ingin mengatur wawancara dengan individu terbabit, sila hubungi Uthaya Sankar SB menerusi talian 011-11411952.