25 May 2021

Selepas Allah, Tuhan Pula?


Walaupun dua minggu sudah berlalu [Oktober 2013] sejak hakim Mahkamah Rayuan membuat keputusan berhubung pertikaian terhadap hak penggunaan kalimah Allah dalam akhbar mingguan Herald, polemik masih berterusan.

 

Perkembangan ini secara nyata membuktikan bahawa masih ramai anggota masyarakat yang berilmu, berpengetahuan dan berfikiran rasional serta tidak mahu menyempitkan pegangan bahawa kalimah Allah – dan Islam, tentunya – tidak hanya eksklusif bagi kelompok tertentu.

 

Sambil kita meneruskan dialog (perbincangan; bukan pertikaian) berhubung isu yang menyentuh hak setiap individu yang ada pegangan agama, usah kita lupa bahawa tindakan meletakkan “hak cipta” dan “hak eksklusif” mungkin tidak akan berakhir dengan kalimah Allah sahaja.

 

Berwaspada dan bersiap-sedialah bahawa dalam masa terdekat, akan ada pula usaha, gesaan, paksaan dan manipulasi licik ke arah meletakkan hak cipta dan hak eksklusif ke atas istilah Tuhan.

 


[Tahun 2021 — DBP nafi hak Bukan Islam guna “Tuhan”]

 

Bayangan awal terhadap kemungkinan ini sebenarnya sudah kelihatan secara amat nyata dan agak rasmi semasa kontroversi novel Interlok: Edisi Murid berlangsung.

 

Saya antara individu yang dilantik oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggotai Panel Bebas Mengkaji Pindaan Novel Interlok pada Februari 2011.

 

Walaupun tumpuan ramai – termasuk ahli panel, anggota masyarakat, politikus dan media – adalah terhadap penggunaan beberapa frasa yang didapati menyentuh sensitiviti kaum India, sebenarnya ada beberapa lagi isu tersembunyi (tersirat) yang mungkin terlepas daripada pandangan.

 

Dalam edisi asal novel berkenaan yang ditulis oleh Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain (Pak Lah), istilah yang digunakan adalah Tuhan.


[Esei penuh boleh dibaca dalam buku Kisah Sasterawan Kavyan (2021)]

 

[Esei ini disiarkan di The Malaysian Insider pada 28 Oktober 2013. © Uthaya Sankar SB. Baca juga — DBP nafi hak Bukan Islam guna “Tuhan”]