22 Dec 2023

Bengkel Penulisan Intensif di Putrajaya

Pengenalan

Sesi Penulisan Intensif (SPI) pernah dianjurkan dengan penuh jaya pada 15-16 Disember 2018, 23-24 Mac 2019, 2 Jun 2019, 10-11 Ogos 2019, dan 9-10 November 2019 [rujuk di sini]. Bengkel Penulisan Intensif (BPI) pula berjaya dikendalikan di Taiping, Perak pada 15-17 Disember 2023 [rujuk di sini] dan di Bandar Pinggiran Subang, Selangor pada 2-3 Mac 2024 [rujuk di sini].

 

Bengkel Penulisan Intensif di Putrajaya

Bengkel Penulisan Intensif (BPI) kali ini dirancang sebagai kesinambungan kepada pelbagai usaha yang dinyatakan di atas. Penginapan (homestay) di Putrajaya dipilih kerana tumpuan penyertaan kali ini adalah penulis (dan bakal penulis) di sekitar Lembah Klang. Pengisian bengkel meneruskan model dan modul yang digunakan pada SPI dan BPI kerana terbukti benar-benar berjaya dalam memastikan peserta menghasilkan karya bermutu. Tumpuan kali ini kepada penulisan rencana (esei, karangan, makalah, artikel).

 

Tarikh

Bermula – 8 Jun 2024 (Sabtu), 3:00 petang

Tamat – 9 Jun 2024 (Ahad), 12:00 tengah hari

 

Tempat

Sebuah penginapan (homestay) di Putrajaya. Terdapat 3 bilik dan 2 bilik air. Boleh menampung 8 orang dengan selesa. Ruang tamu yang luas dengan tempat duduk selesa. Meja makan memuatkan 6 orang - dijadikan tempat perbincangan peserta bengkel. Ada balkoni kecil dengan tempat duduk. Kemudahan tempat letak kereta. (Berdasarkan maklumat diberi pemilik premis.)

 

Peserta

BPI di Putrajaya dirangka bagi peserta dewasa yang sudah ada pengalaman menulis dalam mana-mana bahasa, dan peserta remaja yang meminati bidang penulisan rencana. Jumlah peserta dihadkan kepada enam (6) orang sahaja supaya pembimbing (1 orang) boleh memberi tumpuan peribadi kepada setiap peserta. Keutamaan diberi kepada peserta pelbagai kaum yang mahu mendapatkan bimbingan secara intensif dan lebih mendalam dalam penulisan karya Bahasa Malaysia khususnya rencana. Individu yang sudah bergelar “pembimbing bengkel penulisan” tidak diterima sebagai peserta. [Pendaftaran ditutup]

 

Bahasa

BPI dikendalikan dalam Bahasa Malaysia. Karya (rencana) yang dihasilkan juga dalam Bahasa Malaysia. Peserta perlu mampu berkomunikasi menggunakan Bahasa Malaysia.

 

Pengisian Bengkel Penulisan Intensif (BPI)

Antara pengisian BPI termasuk (tetapi tidak terhad kepada) sesi sumbang saran (brainstorming), penulisan draf awal, membedah karya (rencana), baca teks, dan penyuntingan manuskrip sehingga terhasil rencana bermutu yang layak untuk dikirim ke media penyiaran (akhbar, majalah, antologi, portal dalam talian, dan sebagainya). Tumpuan khusus bagi penulisan rencana berkaitan topik isu semasa, politik, budaya, bahasa, sejarah, sastera, pendidikan, dan sebagainya yang sesuai bagi siaran di akhbar Utusan Malaysia dan portal Sastera Kavyan serta Eksentrika.

Lihat juga—Projek Antologi Cerpen Penulis Bukan Melayu.

 

Rangka Atur Cara

Perincian dan jadual lengkap akan diberi kepada peserta berdaftar sahaja. Peserta perlu mematuhi “Waktu Kavyan”. Tentatif seperti berikut:

 

Sabtu (8 Jun 2024)

2:00 petang – Fotografi santai di Sisiran Tasik Presint 16

3:00 petang – Peserta mendaftar masuk ke rumah inap (homestay)

3:30 petang – Sesi sumbang saran (brainstorming) [berkumpulan]

                    – Kriteria rencana di Utusan Malaysia dan Sastera Kavyan

[Peserta diingatkan supaya tidak menyiapkan draf/manuskrip. Sebaliknya, bawa catatan idea sahaja untuk dibincangkan sebelum mula menulis rencana.]

4:30 petang – Menulis draf awal rencana [individu]

6:00 petang – Bedah karya (rencana) [berkumpulan]

7:30 malam – Makan malam (di luar)

9:00 malam – Membaiki karya (rencana) [individu]

10:00 malam – Bimbingan seorang ke seorang (one-to-one)

 

Ahad (9 Jun 2024)

7:30 pagi – Sarapan (di luar)

8:30 pagi – Membaiki karya (rencana) [berpasangan]

9:30 pagi – Membaca teks karya (rencana) dan komen pembimbing

10:30 pagi – Membaiki karya (rencana) [individu]

11:45 pagi – Kirim rencana lengkap kepada pembimbing

12:00 tengah hari – Mendaftar keluar

 

Bayaran dan Kos

Setiap peserta dikenakan bayaran RM50 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) bagi menampung kos sewa inap desa (homestay). Bayaran ini perlu dibuat selewat-lewatnya pada 30 April 2024 (9:00 malam). Bayaran tidak dipulangkan jika peserta menarik diri atau gagal hadir atas apa-apa pun sebab dan alasan – kerana wang itu digunakan untuk menampung sewa rumah inap. Kos makan-minum ditanggung oleh masing-masing peserta. Kos perjalanan juga ditanggung sendiri.

 

Sijil Penyertaan

Sijil penyertaan digital (pdf) diberi kepada peserta yang mengikuti bengkel sepenuhnya serta berjaya menghasilkan karya (rencana) mengikut kriteria yang ditetapkan. Nama pada sijil mengikut nama diberi semasa mendaftar. Sijil ganti tidak akan diberi.

 

Barangan Keperluan

Peserta wajib membawa segala barangan keperluan untuk menulis: Komputer riba, buku tulis, alat tulis, buku/bahan rujukan, kamus, dan seumpamanya. Peserta juga perlu membawa segala barangan keperluan peribadi: Pakaian, tuala, berus gigi, ubat-ubatan, makanan ringan, botol air, pengecas telefon, extension wire, dan sebagainya. Segala barangan ini tidak disediakan. Peserta digalakkan (tidak wajib) membawa foldable laptop table demi keselesaan.

 

Penginapan

Peserta perlu menginap di rumah inap (homestay) kerana sesi berlangsung hingga lewat malam. Penginapan adalah dalam konsep perkongsian; maknanya tidak boleh mengharapkan satu bilik untuk seorang peserta. Jika peserta memilih untuk tidak menginap, masih perlu membuat bayaran penuh, serta masih perlu akur pada jadual (atur cara). Tidak dibenarkan membawa teman, keluarga, binatang peliharaan, dan sebagainya (bukan peserta) ke tempat penginapan atas apa-apa alasan sekali pun.

 

Makan-Minum

Segala kos makan-minum ditanggung sendiri. Minum petang (3-in-1) dan biskut ala kadar disediakan. Dibenarkan keluar untuk sarapan dan makan malam. Ada pelbagai kedai makan (restoran) dalam radius 5 minit dari lokasi penginapan. Boleh membawa makanan ringan dan jajan jika mahu. Minuman beralkohol tidak dibenarkan. Merokok (termasuk vape) tidak dibenarkan di tempat penginapan.

 

Penyelaras

Malini Lakshmi Bai meminati bidang kesusasteraan sejak bangku sekolah. Hasil karya beliau termuat dalam antologi Lakaran Diri (2022) dan tersiar di portal Sastera Kavyan.

 

Pembimbing

Uthaya Sankar SB terlibat dalam bidang penulisan sejak tahun 1991. Beliau berpengalaman mengendalikan program galakan membaca dan bengkel penulisan di seluruh negara sejak tahun 1994. Buku terbaharunya ialah The Painted Cat (2023) dan Dewi Pertiwi (2024). [Baca biodata penuh]

 

Pendaftaran Peserta

Individu yang berminat dan benar-benar komited menyertai BPI perlu mendaftar dengan mengirim maklumat diri (nama penuh, nombor telefon, dan alamat e-mel) ke e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 (Uthaya). Pendaftaran ditutup sebaik cukup enam (6) peserta. Pendaftaran juga hanya sah apabila bayaran RM50 sudah dibuat iaitu selewat-lewatnya pada 30 April 2024 (9:00 malam). [Pendaftaran ditutup]