25 Dec 2023

Reaksi Pembaca Beta: Guruji dari Jaisalmer

Saya mencari sukarelawan untuk menjadi pembaca beta (beta reader) bagi petikan sebuah cerpen baharu berjudul Guruji dari Jaisalmer.

Harap maklum bahawa cerpen ini berkaitan ajaran/amalan dalam komuniti India beragama Hindu. Sesiapa yang mungkin berasa kurang selesa dengan topik seperti ini sudah dinasihati supaya tidak menawarkan diri menjadi pembaca beta. Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa paksaan, dan tanpa bayaran.

Petikan cerpen sekitar 650 perkataan diberi kepada sukarelawan untuk dibaca. Kemudian, sukarelawan menjawab beberapa soalan berkaitan petikan cerpen itu.

Petikan cerpen dan reaksi dalam Bahasa Malaysia.

Tidak ada jawapan betul atau salah—semua jawapan/reaksi adalah betul.

Berikut contoh reaksi pembaca beta sebelum ini: [Scammer – Anuradha Chelliah] – [Scammer – Razlina Razali] – [Darurat di Pulau Cinta] – [Kumpulan Fiksyen Putaria]

Tarikh akhir mengesahkan kesediaan menjadi sukarelawan: 27 Disember 2023 (9:00 malam)

Tarikh akhir mengirim jawapan bertulis bagi beberapa soalan: 31 Disember 2023 (9:00 malam)

Kesemua jawapan/reaksi disiarkan di blog pada 31 Disember 2023 dan dipromosi menerusi media sosial.

Sudilah membaca – [Komen Malini] – [Komen Sri Vignaraajah] – [Komen Mahendran] – [Komen Ezhilarasi] – [Komen Thivya] – [Komen Jeffry] – [Komen Anuradha]

Hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 jika ada sebarang pertanyaan.