Pada pendapat saya sebagai seorang “pembaca beta”, petikan awal cerpen “Guruji dari Jaisalmer” tidak begitu menarik. Teks ini agak serius. Ada pula perkataan yang saya kurang faham. Saya terpaksa membaca perenggan awal beberapa kali sebelum memahaminya. Saya lebih suka membaca cerita lucu, romantik, dan mudah.
Pada masa sama, saya tidak sedar bahawa langsung tidak ada dialog pada petikan ini. Selepas membaca soalan yang dikemukakan oleh penulis (Uthaya Sankar SB), saya membaca sekali lagi dan baru sedar hal itu.
Sebagai seorang Kristian, saya
kurang pengalaman tentang guruji. Maka,
timbul perasaan ingin tahu mengenai manusia seperti ini. Saya rasa, pada bahagian
seterusnya dalam cerpen ini, watak “Saya” akan mengetahui kebaikan yang
disebarkan oleh watak guruji, lalu “Saya”
menjadi pengikut setianya.