Kumpulan
fiksyen Siapa Bunuh Veer Singh? dijadualkan terbit
pada April 2026. Bagi memeriahkan suasana menjelang kelahiran buku itu, satu
sesi bicara khas dirancang, khusus untuk para penyumbang modal sosial [senarai nama di sini].
Tarikh: 18
Mac 2026 (Rabu)
Masa: 9.00 – 10:00 malam dan 10:00 – 11:00
malam (Malaysia)
Pelantar: GoogleMeet
Gerak kerja
seperti berikut:
- Undangan dikirim kepada para penyumbang modal sosial
menerusi WhatsApp.
- Individu yang berminat perlu mengisi
borang (Google Form). Sila isi
borang [di sini].
- Setiap peserta mengundi tiga (3) cerpen yang ingin supaya dibincangkan semasa
sesi bicara buku. (Sila pastikan mengundi 3 cerpen sahaja.)
- Pendaftaran peserta ditutup pada 16 Mac 2026 (10:00 pagi).
- Pautan Google
Meet dikirim kepada peserta berdaftar pada pagi 18 Mac 2026 menerusi WhatsApp. (Nota: Dua pautan akan dikirim bagi dua sesi.)
- Dalam Sesi 1 (9:00 – 10:00 malam), empat cerpen
dengan undian terbanyak akan dibacakan (petikan sahaja), dibincangkan, dan
sesi soal-jawab. Setiap cerpen selama 15 minit sahaja.
- Sesi 1 tamat secara automatik pada 10:00
malam.
- Peserta perlu mendaftar masuk menggunakan
pautan baharu untuk Sesi 2.
- Dalam Sesi 2 (10:00 – 11:00 malam), empat lagi cerpen
dengan undian terbanyak akan dibacakan (petikan sahaja), dibincangkan, dan
sesi soal-jawab. Setiap cerpen selama 15 minit sahaja.
- Sesi 2 tamat secara automatik pada 11:00
malam.
Jika ada sebarang
pertanyaan, sila hubungi WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) sebelum 15 Mac 2026 (10:00 malam).
