Saya mencari sukarelawan untuk menjadi pembaca beta (beta reader) bagi petikan sebuah cerpen baharu berjudul “Anak Bunian”.
Harap maklum bahawa cerpen ini berkaitan orang bunian atau orang halus dalam budaya Melayu. Sesiapa yang mungkin berasa kurang selesa dengan topik seperti ini sudah dinasihati supaya tidak menawarkan diri menjadi pembaca beta. Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa paksaan, dan tanpa bayaran.
“Pembaca beta” merujuk kepada orang yang dipelawa menjadi pembaca awal bagi manuskrip sebuah karya (cerpen, novel) yang belum disiarkan di mana-mana. Mereka diberi peluang mengemukakan komen dan pandangan peribadi kepada penulis mengenai karya berkenaan.
Petikan cerpen “Anak Bunian” sekitar 800 perkataan diberi kepada sukarelawan untuk dibaca. Kemudian, sukarelawan (pembaca beta) menjawab beberapa soalan berkaitan petikan cerpen itu.
Petikan cerpen dan reaksi dalam Bahasa Malaysia.
Tidak ada jawapan betul atau salah—semua jawapan/reaksi adalah betul.
Berikut contoh reaksi pembaca beta sebelum ini: [Scammer – Anuradha Chelliah] – [Scammer – Razlina Razali] – [Guruji dari Jaisalmer]– [Darurat di Pulau Cinta] – [Kumpulan Fiksyen Putaria]
Tarikh akhir mengesahkan kesediaan menjadi sukarelawan: 31 Disember 2023 (9:00 malam)
Tarikh akhir mengirim jawapan bertulis bagi beberapa soalan: 5 Januari 2024 (9:00 malam)
Kesemua jawapan/reaksi disiarkan di blog pada 5 Januari 2024 dan dipromosi menerusi media sosial.
Baca reaksi pembaca beta — [Komen M. Mahendran] – [Komen Anuradha Chelliah] – [Komen Murali Mohan] – [Komen VK Ezhilarasi] – [Komen Rushida Abdul Wahid] – [Komen Rupa Subramaniam] – [Komen Malini Lakshmi Bai] – [Komen Razlina Razali]
Hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952 jika ada sebarang pertanyaan.