5 Jan 2024

Reaksi Anak Bunian – Rupa Subramaniam

Bahagian awal cerpen Anak Bunianmemiliki cangkuk naratif iaitu kemampuan menarik minat saya sebagai pembaca betauntuk meneruskan pembacaan. Selalunya, cerita yang saya dengar mengenai orang bunian ialah apabila ada orang yang sesat di hutan dikatakan diculik oleh orang halus itu. Permulaan cerita ini berbeza kerana kelahiran seorang anak kacukan bunian dan manusia memang pelik. Saya ingin mengetahui lebih mendalam tentang anak ini. 

Ada pelbagai maklumat tentang bunian dinyatakan dalam cerpen ini tetapi saya ragu-ragu tentang deskripsi bunian sebagai siluman dan ghaib. Akan tetapi, cerita ini juga menyatakan bahawa golongan bunian itu menjaga watak “Emak” dengan rapi. Timbul pula persoalan: Bagaimana watak “Opah” (nenek) menjumpai mereka kalau mereka tidak dapat dilihat dengan mata kasar? 

Sejurus selepas membaca petikan cerpen yang menyebut tentang “laporan berita di akhbar”, saya mencari laporan tentang isu ini di Google. Walaupun tidak jumpa, saya rasa mungkin insiden-insiden itu benar-benar pernah dilaporkan di akhbar pada masa lalu kerana kewujudan bunian sebahagian kepercayaan komuniti di Malaysia, apa lagi pada tahun 1950-an. 

Bagi saya, tindakan watak “Saya” mencari maklumat tentang orang bunian selepas mendengar cerita daripada neneknya tidak salah. Memang tindakan itu  biasa untuk mencari maklumat lebih lanjut. Tiada akitiviti lain yang membuat watak ini sibuk atau dihalang daripada meneruskan usahanyas. Melainkan ada konflik seperti perjanjian atau perlu berhenti latihan untuk sukan kegemaran dan sebagainya. 

Saya beranggapkan bahawa watak “Saya” akan menyiasat lebih lanjut tentang perkahwinan antara bunian dan manusia untuk mengetahui punca sebenar perkahwinan ini. Rasa-rasanya ada peristiwa yang mendalam lagi menanti dalam cerpen ini. Watak “Saya” juga akan mengunakan ciri-ciri istimewa kacukannya (anak bunian) untuk menyelamatkan dunia orang bunian daripada dicabuli manusia yang tamak dan kurang prihatin. Demikian firasat saya.

[Rupa Subramaniam yang kini tinggal di Batu Caves, Selangor merupakan seorang seniwati, kurator, dan pengarah kreatif. Antara karya seninya yang menjadi tular ialah This Body is Mine (2017). Karya itu dipamerkan di Balai Seni Negara, World Humanities Conference di Belgium, dan di London sempena Hari Wanita Sedunia. Rupa turut menghasilkan projek Antidote (2018) dengan menemu bual dan melukis pada tubuh 30 wanita dalam masa 30 hari semasa residensi seni di Rimbun Dahan. Beliau menerbitkan dokumentari web mengenai penyebaran imej intim tanpa persetujuan (2020). Karya terbarunya ialah jurnal kolaj bertema “imej tubuh yang sihat” menggunakan seni dan dipanggil Draw Your Way Home (2023). Rupa menerima pelbagai pengiktirafan bagi kerja seninya termasuk anugerah Top 40 Under 40 dari Prestige (2020), Amazing Women dari Marie Claire (2019), dan Tokoh Wanita dari majalah FEMALE (2019). Ikuti kerja seni beliau di sini.]

Baca juga reaksi mereka — [Komen M. Mahendran] – [Komen Anuradha Chelliah] – [Komen Murali Mohan] – [Komen VK Ezhilarasi] – [Komen Rushida Abdul Wahid] – [Komen Malini Lakshmi Bai] – [Komen Razlina Razali


Reaksi pembaca beta bagi “Guruji dari Jaisalmer” – [Komen Malini] – [Komen Sri Vignaraajah] – [Komen Mahendran] – [Komen Ezhilarasi] – [Komen Thivyajayanthi] – [Komen Jeffry] – [Komen Anuradha]