Bahagian awal menarik. Saya ingin terus membaca cerpen “Anak Bunian” untuk mengetahui lebih banyak maklumat tentang bunian. Hal ini kerana perkara berkaitan orang halus atau bunian agak baharu bagi saya. Maka, timbul perasaan ingin tahu mengenai bunian. Apa yang saya tahu, nama bunian atau disebut elf dalam bahasa Inggeris kerap dikaitkan dengan Santa Claus dan hadiah Krismas.
Pelbagai maklumat tentang bunian yang dimasukkan dalam teks bahagian awal cerpen ini meyakinkan saya bahawa perkara yang disajikan bukan fiksyen semata-mata. Sekiranya ada kuasa baik, pasti ada kuasa jahat juga. Walau bagaimanapun, saya kurang pasti sama ada bunian sebenarnya baik atau jahat.
Mungkinkah “laporan berita di akhbar” yang disebut dalam cerpen ini rekaan semata-mata? Saya juga telah melayari Internet untuk membaca mengenai bunian. Nampaknya terdapat pelbagai artikel dan video berkaitan bunian. Cerita dan berita sejak dahulu hingga sekarang berkaitan bunian dilaporkan secara berterusan dalam pelbagai media.
Dalam petikan cerpen ini, watak “Saya” ingin tahu asal usulnya lalu mencari maklumat tentang bunian di pelbagai media dan tempat. Saya rasa memang wajar watak “Saya” berbuat begitu untuk memahami perkembangan dan perasaan yang dialaminya sebagai seorang bunian.
Pada firasat saya sebagai seorang “pembaca beta”,
watak “Saya” akan mencari ahli keluarga bunian dengan meminta bantuan Opah
kerana neneknya itu pernah pergi ke alam ghaib sebelum ini. “Saya” mahu bertemu
ahli keluarganya (bunian) untuk mengenal dirinya dengan lebih baik.
[VK Ezhilarasi Velautham Krishnan berasal
dari Segamat, Johor dan belajar di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri
Sembilan. Hasil karya beliau turut termuat dalam antologi Busana
Bahasa (2019) dan Landasan
Hidup (2020). Ezhilarasi giat dalam aktiviti Kavyan
seperti Baca di Anak Baba (September 2023), Bengkel
dan Persembahan Drama Pentas Megha Duta (April-Ogos
2023), serta Bakat Seni dan Sastera Bangsa Malaysia (Disember
2023). Ezhlarasi merupakan Ahli Jawatankuasa Kavyan mulai 2023.
Karyanya di portal Sastera Kavyan
boleh dibaca di sini.]
Baca juga reaksi mereka — [Komen M. Mahendran] – [Komen Anuradha Chelliah] – [Komen Murali Mohan] – [Komen Rushida Abdul Wahid] – [Komen Rupa Subramaniam] – [Komen Malini Lakshmi Bai] – [Komen Razlina Razali]
Reaksi pembaca beta bagi “Guruji
dari Jaisalmer” – [Komen Malini] – [Komen Sri Vignaraajah] – [Komen Mahendran] – [Komen Ezhilarasi] – [Komen Thivyajayanthi] – [Komen Jeffry] – [Komen Anuradha]