5 Jan 2024

Reaksi Anak Bunian – Murali Mohan

Bahagian awal cerpen Anak Bunian” menarik minat saya untuk membaca. Sebelum itu, tajuk cerpen itu sendiri sudah berjaya menarik minat saya sebagai seorang pembaca beta”. Unsur saspens bagaimana watak utama (“Saya”) menjadi anak bunian menjadi persoalan dalam diri saya untuk meneruskan pembacaan cerpen ini.

Saya pernah membaca cerita tentang bunian dalam koleksi cerita hantu seperti True Singapore Ghost Stories dan sebuah novel Melayu. Jadi, maklumat tentang bunian dalam cerpen ini mengukuhkan lagi imaginasi saya.

Namun begitu, maklumat “laporan berita di akhbar” yang disajikan dalam cerpen ini mungkin rekaan penulis semata-mata. Saya mengatakan demikian kerana setakat ini, saya hanya pernah mendengar tentang bunian dalam cerita sahaja, tidak pernah membaca laporan berita mengenainya.

Pada pandangan saya, tidak salah jika watak “Saya” meneruskan usaha mencari maklumat tentang orang bunian. Saya sebagai pembaca beta yang membaca petikan awal cerpen ini juga sudah mula berfikir tentang bunian, apatah lagi watak “Saya” yang dikatakan sebagai anak bunian!

Apa yang mungkin berlaku seterusnya? Saya rasa watak “Saya” akan berjaya mencari alam bunian, malah mungkin dapat bertemu dengan bapa kandung dan adiknya yang berada di alam mistik itu.

[Murali Mohan lahir dan membesar di Jasin, Melaka. Selepas tamat pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang, beliau memulakan tugas sebagai guru di SK Sungai Papan, Kota Tinggi, Johor pada November 2019. Murali menyertai Sesi Penulisan Intensif (Ogos 2019). Karya beliau tersiar di portal Eksentrika, akhbar Makkal Osai, majalah Thendral, dan antologi Landasan Hidup (2020).]

Baca juga reaksi mereka — [Komen M. Mahendran] – [Komen Anuradha Chelliah] – [Komen VK Ezhilarasi] – [Komen Rushida Abdul Wahid] – [Komen Rupa Subramaniam] – [Komen Malini Lakshmi Bai] – [Komen Razlina Razali


Reaksi pembaca beta bagi “Guruji dari Jaisalmer” – [Komen Malini] – [Komen Sri Vignaraajah] – [Komen Mahendran] – [Komen Ezhilarasi] – [Komen Thivyajayanthi] – [Komen Jeffry] – [Komen Anuradha]