12 Dec 2023

Diperlukan: Pembaca Beta

Saya sedang mencari sukarelawan untuk menjadi pembaca beta (beta reader) bagi petikan sebuah cerpen baharu.

Petikan cerpen sekitar 850 perkataan akan diberi kepada sukarelawan untuk dibaca. Kemudian, sularelawan perlu menjawab beberapa soalan berkaitan petikan cerpen itu.

Petikan cerpen dan reaksi dalam Bahasa Malaysia.

Tidak ada jawapan betul atau salah—semua jawapan/reaksi adalah betul.

Berikut contoh reaksi pembaca beta sebelum ini: [Darurat di Pulau Cinta] – [Kumpulan Fiksyen Putaria]

Tarikh akhir mengesahkan kesediaan menjadi sukarelawan: 14 Disember 2023 (2:00 petang)

Tarikh akhir mengirim jawapan bertulis bagi beberapa soalan: 18 Disember 2023 (10:00 malam)

Kesemua jawapan/reaksi akan disiarkan di blog pada 19 Disember 2023 dan dipromosi menerusi media sosial.

Penyertaan adalah secara sukarela, tanpa paksaan, dan tanpa bayaran.

Hubungi e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952.

Kemas kini: Baca [ulasan Anuradha] dan [ulasan Razlina] di portal Sastera Kavyan.