Saya [Uthaya Sankar SB] sedang
mengusahakan “Kumpulan
Cerpen 2027” (bukan judul
sebenar) yang dijadualkan terbit pada Februari 2027.
Pada
bahagian “Pengantar”, saya bercadang
memasukkan pandangan penyumbang modal sosial dan pembeli
buku Sebelas Amanat Swamiji (2025) dan Siapa Bunuh Veer Singh? (2026) serta
rakan-rakan yang sudah membaca buku Cerpen
(2024), Yang Aneh-aneh (2026), dan Caritra (2026).
Pandangan
yang dikongsi adalah berkaitan salah satu skop berikut:
1. Pandangan secara umum selepas membaca Cerpen (2024).
2. Pandangan secara umum selepas membaca Sebelas Amanat Swamiji
(2025).
3. Pandangan secara umum selepas membaca Yang Aneh-aneh (2026).
4. Pandangan secara umum selepas membaca Siapa Bunuh Veer Singh?
(2026).
5. Pandangan secara umum selepas membaca cerpen-cerpen saya dalam
antologi Caritra (2026).
6. Pandangan secara umum selepas membaca gabungan mana-mana buku di
atas.
Panjang
pandangan adalah minimum 50 perkataan dan maksimum 150
perkataan.
Pandangan
ditulis menggunakan Bahasa Malaysia.
Pandangan
ditulis dalam satu perenggan sahaja.
Pandangan
mestilah ikhlas; bukan memuji-muji.
Wajib
disertakan maklumat diri. Contoh: Dr. Murugan Chandran (Ipoh, Perak)
Tarikh
tutup: 30 November 2026 (10:00 malam).
Pandangan
dikirim ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya Sankar SB).
Pandangan
yang sesuai akan dimasukkan dalam “Pengantar” buku “Kumpulan
Cerpen 2027”.
Pandangan
terpilih mungkin disunting tanpa mengubah makna asal.
Pandangan
terpilih juga akan disiarkan di blog ini.

No comments:
Post a Comment
Sila gunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris yang betul dari segi ejaan, tatabahasa, tanda baca, struktur ayat dan kesantunan berbahasa. Komen tanpa nama tidak akan dilayan. Komen yang tiada kaitan dengan topik tidak akan disiarkan. Pencemaran bahasa diharamkan!