Sebagai seorang pengkaji dan penulis sepenuh masa, saya [Uthaya Sankar SB] sedang mengenal pasti minimum 100 individu kaum India untuk mengumpul data (maklum balas) mengenai topik mengapa kaum India kurang berminat menghasilkan karya Bahasa Malaysia (BM) sama ada karya fiksyen (cerpen, novel, puisi dll) atau non-fiksyen (rencana, kertas kerja, biografi dll).
Dua kriteria yang wajib dipenuhi:
1. Warganegara
Malaysia dan kaum India (Tamil, Telugu, Malayali, Punjabi, Chetti Melaka dll).
2. Lahir
antara tahun 1960 dan 2005.
Saya sedang mengumpul data asas (permulaan) daripada
individu yang sudi menjadi responden (sukarelawan).
Sudilah mengisi borang [KLIK DI SINI] sebelum 31 Mei 2021. Saya akan menghubungi para responden selepas 1 Jun 2021 untuk perbincangan lanjut.
Hasil kajian (data) akan digunakan untuk tujuan penulisan.
Jika pandangan responden dimuatkan dalam tulisan, nama responden akan
dinyatakan.