Pengenalan
Buku Sebelas Amanat Swamiji (2025)
memuatkan 16 buah cerpen Bahasa Malaysia. Buku ini terbit pada 2 Julai 2025 dan
sudah dikirim kepada para penyumbang modal sosial. Maka, satu siri
sesi diskusi dirancang khas untuk membolehkan penulis (Uthaya Sankar SB) dan pembaca
membincangkan cerpen serta fiksyen yang terkandung dalam buku ini.
Diskusi Buku: Siri Satu
Sesi
diskusi dibahagi kepada empat bahagian di mana setiap sesi berlangsung
selama satu jam sahaja menerusi Google
Meet. Jumlah cerpen yang dibincangkan juga dihadkan
kepada empat buah sahaja pada setiap sesi. Langkah ini supaya cerpen dan
fiksyen dapat dibincangkan secara lebih mendalam serta pembaca berpeluang
berkongsi pandangan dan bertanya soalan.
Tarikh Siri Satu
26 Julai
2025 (Sabtu)
Masa
9:00 – 10:00
malam [Waktu Kavyan]
Pelantar
Google Meet (pautan akan dihantar kepada
peserta berdaftar)
Cerpen Siri Satu
Hanya empat cerpen berikut akan dibincangkan dalam siri satu:
1. “Rahasya Pulau Cinta”
2. “Lingkaran Shaitaan”
3. “Utusan
Acintya”
4. “Cinta Surapit”
Bahasa
Diskusi
menggunakan Bahasa Malaysia.
Larangan dan Tegahan
Sesiapa pun
tidak dibenarkan menyentuh topik
berkaitan islam secara langsung atau tidak langsung dalam siri
diskusi ini. Peserta yang melanggar syarat ini akan dibuang (expel) serta merta dari sesi Google Meet dan tidak dibenarkan masuk (enter) semula.
Rangka Atur Cara
Bagi
memastikan sesi diskusi berjalan lancar dan teratur, para peserta diminta bersedia
lebih awal dan terlibat secara aktif.
9:00 malam
Setiap
peserta memilih satu sahaja daripada
empat cerpen di atas dan berkongsi pandangan. Tidak dibenarkan bercerita
tentang sinopsis atau ringkasan cerita. Sebaliknya, berkongsi reaksi, komen,
kritikan, dan pandangan ikhlas tentang cerpen itu.
9:30 malam
Peserta
mengemukakan soalan kepada Uthaya. Soalan mestilah hanya berkaitan empat cerpen
di atas. Jangan tanya soalan yang terlalu umum; sebaliknya setiap peserta perlu
kemukakan soalan khusus berkaitan satu cerpen.
10:00 malam
Sesi tamat
secara automatik
Sesi Seterusnya
Sesi diskusi
seterusnya dijadualkan pada 9 Ogos 2025, 23 Ogos 2025, dan 6 September 2025.
Maklumat berkaitan akan dikemas kini di blog ini dari semasa ke semasa.
Pendaftaran
Untuk
mendaftar sebagai peserta sesi diskusi (26 Julai 2025), sila kirim nama anda ke WhatsApp 011-11411952 (Uthaya) sebelum 19
Julai 2025 (10:00 malam). Jangan
mendaftar jika anda tidak mampu memberi komitmen atau anda perlu pergi membeli
belah atau menghadiri majlis lain pada tarikh dan masa sesi berlangsung.