
Tentulah
saya mengharapkan komen, kritikan, reaksi dan ulasan orang ramai selepas
membaca buku ini.
Akan
tetapi, kelompok yang mula melalak, menyalak dan melolong mulai 22 November
2015 adalah puak yang segera memberi inspirasi kepada kelahiran peribahasa
moden #DunguMacamPatriots.
Mereka
tidak membeli buku itu (hanya seorang membeli) dan mereka tidak membaca buku
itu (hanya seorang selak sepintas lalu
beberapa halaman).
Apa
yang menghairankan, puak #BangangMacamMenteri dan #MacaiMacam Satees ini tampil
menyebarkan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas – dan agak melucukan.
Saya
mendapat tahu bahawa puak berkenaan mahu menulis sebuah buku untuk “menjawab”
hujah saya dalam sebuah (ya, sebuah sahaja) makalah yang termuat dalam buku Malaiur Manikam.
Apa
yang menarik, hanya seorang dalam kumpulan 66,000 orang itu membeli dan membaca
buku berkenaan (itu pun hanya selak
sepintas lalu satu daripada 25 esei!). Selebihnya hanya macai dan juak-juak
yang menyalak dan melolong.
Lebih
menarik apabila puak itu fikir buku saya adalah koleksi esei mengenai sejarah Melayu. Lain kali, beli, baca,
baru bahas!
Ternyata
peribahasa #BangangMacamMenteri kini ada kembarnya, iaitu #DunguMacamPatriots.
Saling melengkapi!
UMNO
dan konconya di dalam dan di luar Barisan Nasional sering bercakap
mengenai Ketuanan Melayu; atau Ketuanan Umno. PKR pernah bercakap tentang Ketuanan Rakyat; tetapi kini sibuk
dengan Ketuanan Anwar.

Semua
isu sensitif yang jarang diperkatakan ini turut disentuh dalam Malaiur Manikam. Mudah sahaja: Beli. Baca. Bantah. [Semak Stok]
Beberapa
rakan mengirimkan keratan (screenshot)
komen-komen yang ditulis oleh puak #DunguMacamPatriots di laman rangkaian
sosial dan ruang siber. Saya kongsikan di Facebook,
dan saya dokumentasikan di sini untuk tujuan rujukan anak-cucu.

Kalau
puak ini meluangkan masa membaca Pulau Pendatang, tentu 66,000 ahlinya
akan membuat demonstrasi besar-besaran di Putrajaya! Tetapi jangan risau kerana
puak ini hanya tahu menyalak – bukan tahu membaca. [Baca juga Puak Patriots dan Lubuk Kedunguan]
Puak
#MacaiMacamSatees (DAP) kata, Pulau
Pendatang menghina kaum Cina dan India sebagai “pendatang”. Puak
#DunguMacamPatriots (ultra kiasu) kata, Malaiur
Manikam menafikan kewujudan kaum Melayu.

Apabila
sebuah makalah saya tersiar di Projek Dialog
pada 2014, puak #DunguMacamPatriots yang tidak membaca makalah itu menyebarkan
fitnah “Uthaya kata bangsa Melayu tidak
wujud” dan “Bangsa Melayu Itu Tidak
Wujud?”

Sayang
seribu kali sayang. Puak itu langsung tidak membaca buku saya, tetapi terus
melalak, melolong dan menyalak. Mereka sebenarnya mengejar ekor sendiri yang
terpalit tahi! Kisah kebebalan mereka juga sebenarnya sudah saya ulas dalam Malaiur
Manikam. Malangnya, mereka tidak membaca.

Malangnya,
mereka tidak mampu membeli dan tidak mampu membaca buku ini. Mereka hanya tahu
menyalak bukit. Sedih, bukan? [MAKLUMAT BUKU] - [BELI BUKU INI] - [The Patriots dan Lubuk Kedunguan]
Terbaharu - [Pendedahan Pentadbir The Patriots]
Terbaharu - [Pendedahan Pentadbir The Patriots]