4 Dec 2015

Buku Kata Pinjaman Bahasa Tamil

Judul: Kata Pinjaman Bahasa Tamil Dalam Bahasa Melayu
Penulis: Noriah Mohamed dan Selvarani Subramuniam
Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Tahun Terbit: 2015
Tebal: 380 halaman (Cetakan Pertama)
Harga Pasaran: RM38.00
Harga Saya: [SILA RUJUK DI SINI]
Stok: TIADA STOK


Ini buku penting yang wajar dimiliki semua peminat dan pencinta Bahasa Tamil dan Bahasa Malaysia! - Uthaya Sankar SB
Petikan kulit belakang: 
Buku Kata Pinjaman Tamil dalam Bahasa Melayu ini menghuraikan proses peminjaman perkataan bahasa Tamil dalam bahasa Melayu dari aspek fonologi, morfologi dan semantik. … didapati hampir 90 peratus kata pinjaman bahasa Tamil dalam bahasa Melayu mengalami lebih daripada satu perubahan. … penelitian dari aspek semantik menunjukkan terdapat perkataan yang mengekalkan makna asal. Namun begitu, terdapat juga perkataan yang mengalami perubahan makna yang melibatkan pertambahan jumlah makna, pengurangan jumlah makna, dan perubahan makna secara kualitatif dan kuantitatif. … Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh pelajar institusi pengajian tinggi, para penyelidik dan pencinta bahasa.

Orang ramai yang berminat memiliki buku ini bolehlah mencarinya di kedai-kedai buku utama.


Kewujudan buku ilmiah ini menjadi lebih penting berikutan isu sebuah buku Bahasa Melayu STPM menghina Bahasa Tamil - [BACA BERITA BERKAITAN DI SINI]

Pada 28 Oktober 2017, sekali lagi tersebar berita palsu kononnya buku Kata Pinjaman Bahasa Tamil Dalam Bahasa Melayu menghina Bahasa Tamil! Berita yang tular (viral) menerusi Facebook, WhatsApp dan media sosial lain -- [Lihat Di Sini] -- ternyata disebarkan puak fanatik yang bertopengkan gelaran "Pejuang Tamil" tetapi sebenarnya tidak tahu membaca serta tidak pernah membaca buku berkenaan!

Saya menasihatkan orang ramai supaya membeli dan membaca buku ini sebelum membuka mulut dan menyebarkan fitnah dan berita palsu --- seperti yang selalu dilakukan oleh Raja Rajeswari Seetha Raman dalam hal berkaitan penulis kaum India -- [Baca Di Sini].

Kandungan - Kata Pinjaman Bahasa Tamil Dalam Bahasa Melayu:

Prakata
Daftar Kata Pinjaman Bahasa Tamil dalam Bahasa Melayu
Integrasi Fonem Kata Pinjaman Bahasa Tamil dalam Bahasa Melayu
Integrasi Morfologi Kata Pinjaman Bahasa Tamil dalam Bahasa Melayu
Analisis Aspek Semantik Kata Pinjaman Bahasa Tamil dalam Bahasa Melayu
Kesimpulan
Bibliografi
Indeks

Sekiranya ada sesiapa yang mahu saya beli dan kirim melalui PosLaju ke mana-mana alamat di Malaysia, harga boleh dirujuk [DI SINI]. 


Tempahan air liur (tanpa membayar) tidak akan dilayan kerana saya tiada modal RM2.6 bilion untuk mendahulukan duit bagi pembelian buku. [BORANG DI SINI]


Hubungi saya jika ada sebarang pertanyaan. Harap sudi promosikan buku Kata Pinjaman Bahasa Tamil Dalam Bahasa Melayu kepada rakan-rakan pelbagai kaum yang mungkin berminat.

Orang ramai yang berminat memiliki buku ini boleh juga mencarinya di kedai-kedai buku utama.