Baru-baru ini, muncul kembali isu istilah “Keling” yang ditemui dalam Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Istilah berkenaan yang digunakan di bawah definisi bagi “tambi” sudah diubah kepada “India” dalam kamus versi dalam talian selenggaraan DBP susulan kritikan masyarakat.
Dalam konteks penggunaan di Malaysia, istilah itu membawa konotasi negatif dan bersifat menghina. Walau bagaimanapun, eloklah juga jika latar belakang komuniti yang dikenali sebagai “orang Keling” diketahui serba sedikit. Kita akan terkejut apabila menyedari sumbangan besar orang Keling kepada negara ini sejak zaman dahulu.
Secara
mudah, Kalinga atau Keling adalah suatu rujukan yang sepatutnya dibanggakan kerana
latar sejarah yang amat mengagumkan. Namun begitu, tentu ada sebab mengapa
gelaran “Keling” kini membawa konotasi negatif dalam konteks penggunaan di
Malaysia.
Untuk
memahami secara lebih mendalam, kita wajar merujuk beberapa kisah yang disajikan
dalam Sejarah Melayu. Misalnya, kisah Raja Kassim yang menggunakan gelaran
Sultan Mudzaffar Shah selepas menjadi Sultan Melaka menggantikan abangnya, Seri
Parameswara Dewa Shah (Raja Ibrahim).
Kisah penuh boleh dibaca dalam buku Suvarna Bhumi (2022).
[Baca pula — DBP Halang Bukan Islam Guna Tuhan]
[Rencana ini adalah versi asal yang
ditulis pada 15 April 2021 dan tersiar dalam ruangan “Bicara Budaya” di Utusan Malaysia pada 17 April 2021 © Uthaya Sankar SB]