7 May 2020

15 Sebab Orang Hindu Tidak Makan Lembu


Alasan sebenar orang India tidak memakan daging lembu adalah berasaskan budaya dan kepercayaan tradisional; bukan berikutan tuntutan agama semata-mata.

1 — Lembu adalah anugerah Tuhan kepada umat manusia, lalu kurniaan istimewa itu perlu dihargai.

2 — Lembu dianggap sebagai “ibu” kerana sanggup berkorban dan menanggung derita demi “anak-anak”.


3 — Lembu memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat India.

4 — Lembu membantu petani dan pesawah untuk membajak.


5 — Lembu digunakan untuk mengangkut barang dan menarik kereta lembu.

6 — Lembu jantan biasanya membantu kerja-kerja membajak.


7 — Lembu betina membekalkan susu yang amat diperlukan untuk diminum, dijadikan susu masam atau dijadikan minyak sapi.

8 — Lembu merupakan binatang yang amat diperlukan dalam kehidupan seharian masyarakat India tradisional.


9 — Perayaan Maatu Ponggal adalah tanda terima kasih kepada lembu yang amat berjasa.

10 — Lembu membekalkan tahi yang dijadikan baja organik.


11 — Air kencing lembu bertindak sebagai bahan antiseptik.

12 — Lembu yang membekalkan susu dianggap sebagai “ibu susu” bagi anak-anak dalam keluarga.


13 — Lembu digelar komatha iaitu gelaran sama seperti “ibu”.

14 — Sejak kecil, anak-anak dididik supaya menyayangi dan menghormati lembu yang dipelihara sebagai sebahagian daripada keluarga.


15 — Walaupun tidak ramai petani/penternak kaum India yang masih memelihara lembu, amalan yang mendarah-daging sejak hampir 4,500 tahun lalu tentu sukar dilupakan.




Catatan: Paparan ringkas ini dibaca oleh lebih daripada enam puluh ribu (60,000) orang sepanjang Mei 2020. Terima kasih kepada ANDA kerana sudi berkongsi di media sosial. Lihat butang kongsi di bawah.

[Isi-isi di atas dipetik daripada esei bertajuk “Lembu Dalam Budaya Hindu” yang tersiar di Free Malaysia Today (5 Disember 2011). Esei penuh boleh dibaca dalam buku Malaiur Manikam (2015). © Uthaya Sankar SB. Semoga membantu orang ramai memahami budaya kaum India-Hindu serta menjawab soalan “Mengapa orang Hindu tidak makan lembu?”]


Sudilah berkongsi jika anda rasa paparan ini ada manfaat. Lihat butang-butang kongsi di bawah.