6 May 2020

Tulis Cerpen Gaya Tarantino


Quentin Tarantino adalah penulis skrip dan pengarah filem-filem berprestij seperti Pulp Fiction (1994), Kill Bill (2003, 2004), dan Django Unchained (2012).

Para penulis cerpen juga boleh belajar pelbagai panduan (tips) berguna dengan meneliti cara beliau membikin filem.


1 — Dialog dan gaya pertuturan setiap watak adalah berbeza.

2 — Dialog (pertuturan) perlu kedengaran semula jadi (natural).

3 — Wujudkan ketegangan (tension) dalam kalangan khalayak.


4 — Timbulkan ketakutan (bukan seram) dalam jiwa khalayak.

5 — Sajikan pengakhiran yang terbuka kepada interpretasi.

6 — Plot (jalan cerita) yang sukar diduga.


7 — Beri petunjuk (clues) kepada khalayak; kemudian beralih arah.

8 — Semasa konflik, jangan tergesa-gesa membuat pendedahan.

9 — Masukkan emosi dalam cerita, watak, dan khalayak.