6 May 2020

Consider This — Chuck Palahniuk


Chuck Palahniuk adalah penulis novel Fight Club (1996) yang diadaptasi menjadi filem Fight Club (1999).

Buku terbaharu beliau, Consider This (2020), dipenuhi pelbagai panduan penulisan yang boleh dimanfaatkan.

1 — Jangan menulis untuk disukai. Menulislah untuk diingati. Jangan tulis cerita yang sudah ditulis puluhan penulis lain.


2 — Jangan menunjuk-nunjuk atau bombastik. Gunakan perkataan yang mudah difahami.

3 — Naratif (pemerian) perlu sesuai dengan latar diri watak. Walaupun bukan “Aku” yang bercerita, tetapi pembaca perlu berpeluang melihat dunia dari sudut watak itu.

4 — Setiap watak ada identiti sendiri, termasuk cara bercakap.


5 — Ceritakan isu besar secara mudah. Jangan ceritakan isu kecil secara kompleks.

6 — Jangan beritahu (tell) watak itu berasa sedih. Tunjukkan (show) dia berasa sedih.

7 — Jika menggunakan sudut pencerita “Aku” atau “Saya”, elakkan terlalu banyak menggunakan “aku” atau “saya”.


8 — Tetapkan tempoh (latar masa) bagi cerita. Lima belas minit? Sehari? Seminggu? Sebulan. Sekurang-kurangnya kita tahu bila perlu menamatkan cerita.

9 — Masukkan petunjuk (clue) lebih awal. Apabila perkara itu berlaku, pembaca tidak rasa ditipu. Pembaca sedar bahawa petunjuk sudah diberi tadi.

10 — Kerja penulis bukan hanya “menulis”. Perlu tahu buat kajian, belajar bahasa, menyemak ejaan, tahu menaip, membaca pruf, dan sebagainya.

Usaha Mendidik Umat Hindu

Kumpulan cerpen Sebelas Amanat Swamiji (2025) dan Siapa Bunuh Veer Singh? (2026) wajar dibaca secara kritis dalam kerangka tradisi Hindu d...