4 Nov 2015

Hadiah Buku Nari! Nari!

Saya mahu memberikan 10 naskhah buku Nari! Nari! sebagai hadiah kepada 10 individu berumur 5-15 tahun. Jika anda ada anak-anak, adik-beradik, saudara-mara atau kenalan berumur 5-15 tahun, ini peluang baik untuk mendapatkan hadiah buku untuk mereka!

Cara untuk memenangi hadiah buku Nari! Nari! adalah seperti berikut:

1. Kenal pasti individu berumur 5-15 tahun yang berminat mebaca buku cerita Bahasa Malaysia.

2. Minta individu berkenaan menulis frasa “Saya Mahu Nari! Nari!” pada sehelai kertas saiz A4. Gunakan tulisan tangan, bukan cetakan komputer.

3. Ambil foto individu berkenaan memegang (menayangkan) kertas saiz A4 bertulis “Saya Mahu Nari! Nari!” itu. Wajah individu berkenaan perlu jelas kelihatan.

4. Paparkan foto berkenaan di Facebook sebagai paparan umum (public) supaya boleh dilihat dan disukai (like) oleh semua orang.

5. Anda wajib tandakan (tag) Uthaya Sankar SB pada foto berkenaan. (Kalau tidak, sampai kiamat saya tidak tahu tentang kewujudan foto berkenaan!) Apabila saya ditandakan (tag) pada foto itu, maka foto berkenaan akan turut muncul pada dinding (wall) saya.

6. Anda juga digalakkan menandakan (tag) orang lain supaya mereka boleh tahu mengenai foto itu dan tampil menyukainya (like) dengan segera.

7. Anda wajib menulis sesuatu dengan menggunakan hashtag #NariNari apabila memaparkan foto berkenaan di Facebook.

8. Minta rakan-rakan, kenalan, saudara-mara dan orang ramai menyukai (like) foto berkenaan. Komen tidak diperlukan, tetapi dibenarkan.

9. Foto berkenaan perlu mendapat minimum 50 like sebelum tarikh tutup, iaitu pada 16 November 2015.

10. Kesemua foto akan dinilai pada 16 November 2015, pukul 11:00 pagi (waktu di Malaysia).

11. Sepuluh (10) foto dengan like paling banyak – tetapi wajib melebihi 50 like – akan diumumkan sebagai pemenang.

12. Keputusan adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan.

13. Selepas keputusan diumumkan, anda (atau wakil) perlu datang ke Rumah Kavyan sebelum 31 Disember 2015 untuk mengambil hadiah buku berkenaan.

14. Sekiranya anda mahu buku Nari! Nari! yang dimenangi itu dikirim menggunakan PosLaju, anda perlu menanggung kos pengiriman (sekitar RM7 sahaja).

Ayuh! Mulakan.

Hubungi uthayasb@yahoo.com.my atau kirim mesej menerusi Facebook jika ada sebarang pertanyaan. Kiriman SMS akan dibaca tetapi tidak akan dibalas.