BERAPA TUHAN ORANG HINDU?
SATU? TIGA? 330 JUTA?
Sejak tular video Vinoth anak manja Zakir Nai dan Mufti Perlis mempersenda ajaran Hindu baru-baru
ini, ramai yang turut bertanya soalan ini.
Bagus! Satu peluang baik untuk berkongsi
maklumat dan ilmu tanpa dituduh menyebarkan agama Hindu.
Ramai juga yang membuat laporan polis
membela Vinoth mulai 30 April 2019 dengan menyebut buku Malaiur Manikam sebagai bahan bukti. [Akaun Facebook Firdaus
Wong “hilang” secara tiba-tiba pada 4 Mei 2019.]
Rata-rata tidak membaca rencana dan buku itu.
Sekadar menyalin draf laporan polis yang disediakan. [Antara judul esei]
Terima kasih kepada para pendakwah yang
mengiktiraf buku Malaiur Manikam
sebagai dokumen yang sah sebagai rujukan. Terima kasih kepada pihak yang
mencadangkan saya berdebat dengan Zakir. Beranikah Zakir yang merupakan penjenayah di negara asalnya
berdebat menggunakan Bahasa Malaysia dengan orang Malaysia?
Berbalik kepada buku Malaiur Manikam, ada beberapa lagi rencana menarik mengenai pelbagai agama dan budaya dalam buku ini.
Malah, beberapa rencana telah membuatkan puak
penyokong The Patriots tersentap
(tanpa membaca buku) dan mengusulkan supaya Agong dan Kementerian Dalam Negeri
(KDN) mengharamkan buku ini.
Kini, mulai 2 Mei 2019, sekumpulan orang
India juga mahu Malaiur Manikam
diharamkan — Baca di Sini.
Wajib Baca — Politikus MyPPP mahu Malaiur Manikam diharamkan
Wajib Baca — Politikus MyPPP mahu Malaiur Manikam diharamkan
Menurut Chandrakumanan Arumugam yang langsung tidak pernah memegang dan membaca Malaiur Manikam:
“Who is this Uthaya Shankar to write about Hinduism? He is not a recognised hindu spiritual or
scholar. He does not have the required stature to write about Hinduism. His
understanding of religious practcesis [sic] based on his own version of things and not based on scriptures per
say [sic]. …
“We [who are the we? PAR — Pusat Aduan Rakyat?] will be asking the
government to remove this book from its circulation as this book doesn’t
represent the true nature of Hinduism.”
Bahasa yang digunakan oleh macai PAR sukar
difahami — Baca di Sini. Saya tidak marah. Saya mengalu-alukan mereka membuat
laporan polis — selepas membaca buku Malaiur
Manikam.
Bacalah! Membaca Jambatan Ilmu.
Pada 2 Mei 2019, saya menyebut di Facebook
bahawa jika ada kenalan mahu membuat laporan polis dan mahu KDN mengharamkan buku Malaiur Manikam, tolong jangan halang
niat mereka. Itu adalah hak mereka sebagai warganegara dan pembaca.
Nasihatkan
mereka supaya membaca buku itu, kemudian pergi ke balai polis untuk membuat
laporan. Bawa juga buku ke balai. Polis tidak ada hak menghalang mereka membuat
laporan.
Kalau mereka kirim draf laporan ke e-mel uthayasb@gmail.com atau WhatsApp 011-11411952, saya (sebagai perunding media) boleh tolong edit dan tolong mantapkan. Tiada bayaran.
One ring to rule them all …
One book to bring the Malay-Muslims
and Indian-Hindus together.