2 Apr 2011

Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya

Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya
(Uthaya’s Media, Motivation and Publication Consultancy)
Nombor Pendaftaran: SA0184670-H

Pemilik Tunggal
Uthaya Sankar SB mempunyai pengalaman luas dalam bidang media konvensional dan alternatif sejak 1992. Graduan Universiti Malaya dalam jurusan Pengajian Media (BA Hons) ini antara lain pernah bertugas sebagai Penyunting Berita Bahasa Malaysia di RTM (TV1), Penyunting Kandungan Berita di Bernama Radio24 dan Penolong Editor akhbar Sinar Harian; selain pensyarah kursus Bahasa Malaysia, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Moral di beberapa IPTS (kolej swasta). Beliau juga pengasas Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) yang aktif mengendalikan pelbagai aktiviti bahasa, sastera, seni dan budaya di seluruh negara sejak 1999. Uthaya menulis ruangan “Cereka UPSR” di majalah e-baca (Mei 2010 – April 2011), mengendalikan Bengkel Cereka UPSR anjuran Kavyan serta berpengalaman mengendalikan siri program galakan membaca bersama Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Kavyan. Penulis sepenuh masa ini juga kolumnis di portal berita Free Malaysia Today, The Malaysian Insider, Projek Dialog dan The Malay Mail Online. Beliau bukan ahli/penyokong mana-mana parti politik.


Jenis Perniagaan
1. Khidmat rundingan profesional, kelas dan bengkel berkaitan media konvensional dan alternatif (semua peringkat)
2. Ceramah dan bengkel motivasi (semua peringkat)
3. Penerbit bahan bacaan
4. Pengedar bahan bacaan [CONTOH]
5. Khidmat rundingan, kelas dan bengkel berkaitan bahasa (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris)
6. Khidmat rundingan, kelas dan bengkel berkaitan penulisan (Kreatif, Berita, Makalah, Surat Rasmi)
7. Khidmat rundingan, kelas dan bengkel berkaitan subjek Bahasa Malaysia, Moral Education dan Malaysian Studies peringkat kolej/universiti.
8. Khidmat penterjemahan profesional dalam beberapa bahasa.

Khidmat Rundingan Percuma

Uthaya (bersama-sama Kavyan) juga menyediakan khidmat rundingan percuma kepada ahli masyarakat yang memerlukan bimbingan cara-cara menghubungi wakil media; khususnya untuk membuat aduan selepas berdepan birokrasi yang menyukarkan mereka untuk bersuara.


Maklumat Lanjut
Sila hubungi e-mel uthayasb@yahoo.com.my, talian 016-3288142 [SMS dibaca tetapi tidak dibalas] atau mesej Facebook untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan.