9 May 2014

Seminar Anti-Kristian di UiTM

Saya, Uthaya Sankar SB, adalah pemilik tunggal syarikat Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya (SA0184670-H). Saya mengikuti perkembangan “Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara” anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seksyen 7, Shah Alam pada 6 Mei 2014 menerusi media cetak, media alternatif dan laman rangkaian sosial.
Sebagai pengamal multifaith (percaya pada ajaran semua agama), saya membidas kandungan seminar itu yang dijadikan platform mempersenda ajaran Kristian dan penganut Kristian secara keseluruhan.
Sebagai pengamal media dan penulis, saya dapati seminar itu secara jelas berciri anti-perpaduan, berniat jahat, tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat serta mengancam ketenteraman masyarakat pelbagai kaum, agama, etnik, kepercayaan dan mazhab.
Saya sering menyertai Konvoi Rumah Ibadat anjuran Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) ke semua rumah ibadat (masjid, kuil, gereja, wat, tokong dan gurdwara) bagi memupuk perpaduan agama.
Saya kecewa apabila UiTM dengan kerjasama Utusan Malaysia dan Kumpulan Media Karangkraf menganjurkan seminar seperti ini yang menggugat perpaduan.
Sepatutnya dialog antara agama (inter-faith dialogue) dianjurkan; bukan seminar seperti ini yang ternyata berniat jahat dan menghancurkan keharmonian Bangsa Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya sudah membuat laporan rasmi di Balai Polis Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam berhubung perkara ini pada 8 Mei 2014, sekitar 8:50 malam.
Dalam laporan itu, saya meminta pihak berkuasa, khasnya polis, menyiasat penganjur dan penceramah seminar berkenaan serta mengambil tindakan tegas bagi membendung anasir-anasir yang cuba memecah-belahkan Bangsa Malaysia.
[Kenyataan media ini disiarkan di The Malaysian Insider (9 Mei 2014). Berita berdasarkan kenyataan media ini disiarkan di Free Malaysia Today (9 Mei 2014) serta disiarkan semula di Act for Malaysia (9 Mei 2014) dan Sabah Report (9 Mei 2014). Baca juga: Rasisme memang "budaya" UiTM? dan Apa Agenda UiTM, MAIS? serta Benarkah Ini Agenda Kristian?]

Ikuti laporan susulan: More Demand Action (The Malaysian Insider, 14 Mei 2014), Pihak Berkuasa Digesa Bertindak (The Malaysian Insider, 14 Mei 2014), Don't Bring Your Religious Forums (The Malaysian Insider, 15 Mei 2014), Jangan Bawa Forum Keagamaan (The Malaysian Insider, 15 Mei 2014).

Pada 16 Mei 2014, Perzeus dan Uthaya dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 298. Laporan berkaitan: [Police Record Statements, The Rakyat Post] - [Polis Ambil Keterangan, The Malaysian Insider] - [Police Record Statements, The Malaysian Insider] - [Spare No Effort in Probing, The Malay Mail Online] - [Sasterawan Beri Keterangan, Roketkini] - Penulis Beri Kenyataan Polis [The Rakyat Post]

Tiga makalah susulan selepas pulang dari IPD Shah Alam: [UiTM dan Seminar Anti-Kristian, The Malay Mail Online, 19 Mei 2014] - [Penceramah Anti-Kristian di UiTM, The Malaysian Insider, 19 Mei 2014] - [Buku MAIS Boleh Undang Murtad, Projek Dialog, 18 Mei 2014]

Makalah susulan selepas membaca Bab 5 buku MAIS: [Dilema MAIS Terhadap Saudara Kristian, Projek Dialog, 23 Mei 2014] ... Jika mahu dapatkan salinan imbasan buku berkenaan - KLIK DI SINI.

GEMPAR! Biskop Indonesia sahkan penceramah bukan bekas paderi dan biarawati ... Menarik: MAIS cuba cucu tangan, Karangkraf sekadar bantu promosi, Zikay Group masih berahsia, UiTM enggan mengulas - BACA DI SINI. Baca juga - UiTM di Hati Seorang Kristian dan Kementerian Pendidikan Lepas Tangan.

Lagi makalah susulan selepas membaca buku MAIS yang diedarkan semasa seminar: Kalimah Allah dari Sudut Lain (The Malaysian Insider, 2 Jun 2014) - Mengekalkan Kesucian Nama Allah (The Malay Mail Online, 2 Jun 2014) - Tuhan Untukku, Allah Milikmu? (Projek Dialog, 4 Jun 2014)

Perkembangan pada 7 Jun 2014 - Diminta hadir semula ke IPD Shah Alam.

Dalam keghairahan Akta Hasutan - CONTOH DI SINI - mengapa belum ada tindakan terhadap seminar anti-Kristian di UiTM? Amid Sedition Blitz (The Malaysian Insider, 11 September 2014) - Di Tengah Kerancakan Akta Hasutan (The Malaysian Insider, 11 September 2014).

Seorang budak hingusan (pro-Isma?) mula melalak: Perzeus dan Uthaya Patut Dikenakan Akta Hasutan (IsmaWeb, 11 September 2014). Inilah yang berlaku apabila budak-budak hingusan yang belum akil dan belum matang fikiran diberikan peluang membuat kenyataan oleh Isma. Isma pernah "seru Uthaya masuk Islam" (IsmaWeb, 19 Julai 2013).

Berita terkini berkaitan hasutan turut dipetik dan disiarkan oleh beberapa media alternatif supaya kisah berkenaan sampai kepada orang ramai dan supaya masyarakat boleh berikan reaksi. Maklumlah, berapa orang membaca IsmaWeb?

Sila rujuk berita (dan komen pembaca) berikut: Complainants Against Anti-Christian Talk Are Being Seditious (The Malaysian Insider, 12 September 2014), Charge Them With Sedition for Making Police Report (The Malay Mail Online, 12 September 2014), Complaint Against UiTM Anti-Christian Do Seditious (Malaysiakini, 12 September 2014).

Ramai rakan yang menghubungi untuk bertanya perkembangan selepas membaca berita berkenaan. Saya memaklumkan bahawa saya sejahtera dan ugutan/hasutan budak hingusan itu tidak membawa apa-apa kesan negatif. Komentar saya boleh dibaca dalam makalah bertajuk Budak UiTM dan Akta Hasutan (The Malaysian Insider, 15 September 2014).

2015: No Action On UiTM Seminar -- Cops Ordered To Freeze Probe -- Case Still KIV ...

Disember 2015 - UiTM Buat Hal Lagi!

Satu lagi contoh di mana mangsa dimangsakan: Pelajar Dituduh Menghasut.