“Sebagai rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab, saya meminta pihak berkuasa, khasnya polis, menyiasat
penganjur dan penceramah seminar ini serta mengambil tindakan tegas bagi
membendung unsur-unsur yang memecah-belahkan Bangsa Malaysia.”
Demikian saya mengakhiri laporan rasmi yang
dibuat di Balai Polis Taman Sri Muda, Shah Alam pada 8 Mei 2014 bersama-sama
Perzeus James. Perzeus penganut Kristian Katolik manakala saya pengamal multifaith (percaya pada ajaran semua
agama).
Laporan polis itu
berikutan penganjuran “Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara”
yang secara terang-terangan mempersenda ajaran Kristian dan penganut Kristian
secara keseluruhan, serta secara jelas berciri anti-perpaduan, berniat jahat,
tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan mengancam ketenteraman awam.
Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Majlis
Agama Islam Selangor (Mais) adalah penganjur seminar. Akhbar Utusan Malaysia, Kumpulan Media
Karangkraf, TV Al-Hijrah, Kumpulan Zikay dan Kumpulan Pantai Bharu adalah
antara penyokong.
Selain daripada itu, orang ramai tentu mahu
tahu siapakah para penceramah yang layak diklasifikasikan sebagai “pencetus
kebencian” berdasarkan kandungan ceramah mereka.
Dalam hal ini, Ridhuan Tee Abdullah mungkin sedikit
kecewa kerana dia ternyata belum cukup kelayakan sebagai “pencetus kebencian”
untuk diundang sebagai penceramah di seminar anti-Kristian yang turut dihadiri
bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi serta sekitar 1,000 penonton,
termasuk pelajar sekolah menengah.
Buku Pendedahan Agenda Kristian (2014)
terbitan Mais diedarkan secara percuma kepada peserta tanpa mengambil kira
sensitiviti pelajar Bumiputera beragama Kristian yang turut hadir kerana “diwajibkan”
hadir.
Tidak
cukup dengan itu, para penceramah pula bagaikan “anjing yang terlepas daripada
ikatan” dan mampu bercakap apa sahaja di pentas dengan “niat terancang”
menimbulkan kemarahan dan rasa benci dalam kalangan orang Islam terhadap orang
Kristian. – Makalah ini ditulis pada 17 Mei 2014 dan
disiarkan di The Malaysian Insider
pada 19 Mei 2014. [BACA MAKALAH PENUH DI SINI] – [RUJUK PELBAGAI MAKLUMAT TAMBAHAN DI SINI]
TERKINI! Biskop Indonesia sahkan penceramah bukan bekas paderi dan biarawati
TERKINI! Biskop Indonesia sahkan penceramah bukan bekas paderi dan biarawati