12 May 2014

Apa Agenda UiTM, MAIS?

Benarkah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam mempunyai agenda melahirkan generasi muda Melayu-Islam yang etnosentrik dan tepu perkauman?
 
Demikianlah persoalan yang muncul dalam minda saya – serta ramai anggota masyarakat yang prihatin – berikutan tersebarnya maklumat mengenai penganjuran “Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara” pada 6 Mei 2014.
 
Berita berkaitan kandungan seminar serta perkara-perkara yang diperkatakan di seminar itu benar-benar menimbulkan kebimbangan serta menyentuh sensitiviti masyarakat pelbagai kaum, agama, etnik, mazhab dan anutan di negara ini.
 
Sekiranya diperhatikan, tujuan dan niat asal penganjuran seminar ini tidaklah terlalu membimbangkan. Akhbar Utusan Malaysia (21 April 2014) memetik Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa sebagai berkata, ia bertujuan memberikan penjelasan, meningkatkan kefahaman masyarakat Islam dan mencari penyelesaian secara efektif berhubung isu kalimah Allah.
 
UiTM juga cuba menegaskan bahawa seminar itu dianjurkan untuk meningkatkan kefahaman umat Islam mengenai isu-isu berkaitan kalimah Allah yang hangat diperkatakan.
 
Akan tetapi, apa yang sebenarnya berlaku semasa seminar adalah amat berbeza. Secara amat nyata, seminar itu yang dianjurkan dengan sokongan Utusan Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf dan TV Al-Hijrah berciri anti-Kristian serta menanam bibit-bibit kebencian terhadap penganut Kristian. [BACA MAKALAH PENUH] ] – [KENYATAAN MEDIA DAN LAPORAN POLIS] – [Rasisme memang “budaya” UiTM?]