Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara yang berlangsung di Universiti
Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada 6 Mei 2014 turut menimbulkan kemarahan
masyarakat Melayu-Islam.
Sewaktu saya berkongsi
rasa kecewa menerusi laman rangkaian sosial Facebook, ramai yang tampil berkongsi pandangan dan perasaan yang
sama.
Hal ini menunjukkan
bahawa masih ramai masyarakat pelbagai kaum, etnik, agama, kepercayaan dan mazhab yang
berfikiran rasional serta tidak sewenang-wenangnya menerima anasir-anasir jahat
yang cuba menghancurkan keharmonian dan perpaduan Bangsa Malaysia.
Seorang guru dari Bayan
Baru, Pulau Pinang, Rosihan Amri Md
Zakaria meluahkan rasa bimbang kerana polisi kerajaan dalam mentadbir UiTM
seolah-olah menyebabkan generasi muda menjadi sangat rasis dan paranoid.
“Sangat membimbangkan
apabila UiTM dikatakan melahirkan graduan berminda tertutup yang sering
menyalahkan kaum lain serta mahu kerajaan hanya membantu kelompok Bumiputera
Melayu-Islam,” katanya menerusi mesej peribadi kepada saya.
Rosihan turut mengimbas
pengalaman sendiri yang terpaksa bersaing dengan mahasiswa daripada kaum-kaum
lain secara adil dan saksama semasa beliau belajar di Universiti Sains Malaysia
(USM).
“Saya bergaul dengan
baik dengan kaum-kaum lain kerana kami hidup bersama-sama; bukan hanya bergaul
dengan kaum sendiri. Bagi saya, memanglah sesuatu yang membahayakan apabila
UiTM didapati menyebarkan propaganda perkauman. Generasi akan datang yang terpaksa menanggung kesan
negatif daripadanya nanti,” katanya.
Seminar anjuran UiTM dengan kerjasama Utusan Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf dan TV Al-Hijrah
didapati secara terang-terangan bersifat anti-Kristian serta menanam
bibit-bibit kebencian terhadap penganut Kristian. [BACA MAKALAH PENUH DI SINI] – [KENYATAAN MEDIA DAN LAPORAN POLIS] – [Apa Agenda UiTM, MAIS?]