16 May 2014

Benarkah ini Agenda Kristian?

Sekiranya maklumat dalam buku Pendedahan Agenda Kristian (2014) terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) boleh diterima bulat-bulat sebagai fakta, maka hakikat yang sedang berlaku di depan mata adalah situasi di mana semakin ramai umat Islam sudah terpesong daripada ajaran Islam sebenar.
Selain daripada itu, kekuatan umat Islam di Malaysia semakin tergugat dan isu murtad sudah sampai ke tahap kritikal serta semakin bertambah setiap hari. Agama-agama yang menjadi pilihan mereka yang “keluar Islam” adalah Hindu, Buddha dan Kristian.
Maklumat di atas bukan rekaan tetapi dipetik daripada buku berkenaan yang diedarkan secara percuma kepada sekitar 1,000 pelajar universiti, pelajar sekolah menengah dan masyarakat pelbagai kaum dan agama yang menghadiri (atau dipaksa menghadiri) “Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara” anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada 6 Mei 2014.
Seminar itu khabarnya anjuran bersama Akademi Pengajian Islam Kontemporari UiTM, Warisan Ibnu Aaby dan MAIS dengan sokongan Utusan Malaysia, Kumpulan Media Karangkraf, TV Al-Hijrah, Kumpulan Zikay dan Kumpulan Pantai Bharu.
Makalah saya bertajuk “Dilema Melayu, Cina, India” disiarkan di Projek Dialog pada 16 April 2014. Dalam makalah berkenaan, saya memetik kata-kata AB Sulaiman, penulis buku Sensitive Truths in Malaysia: A Critical Appraisal of the Malay Problem (2013) yang berhujah bahawa “There is no such thing as a Malay race”.
Lalu saya dihubungi wakil suatu kelompok yang menggelarkan diri mereka sebagai “The Patriot” dan membidas saya dengan alasan bahawa apabila saya memetik hujah Sulaiman, maknanya saya menyokong dan bersetuju dengan pandangan beliau.
Memandangkan mungkin ada wakil puak-puak “kurang cerdik” yang membaca makalah ini, maka biarlah saya nyatakan secara terang-terangan (black and white) bahawa pandangan MAIS serta maklumat daripada buku Pendedahan Agenda Kristian yang dipetik dalam makalah ini tidak semestinya mewakili pandangan saya.
Pelbagai maklumat serta berita mengenai buku ini disiarkan di portal berita dalam talian dan laman rangkaian sosial (khususnya Facebook) sejak ia diedarkan kepada peserta seminar pada 6 Mei 2014. [BACA MAKALAH PENUH DI SINI]