28 Apr 2013

Panduan Memutuskan Undi Ragu

Penandaan kertas undi biasanya dilakukan dengan cara memangkah (X). Sebenarnya, kertas undi yang ditanda dengan tanda-tanda lain juga masih diterima mengikut syarat dan panduan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya SPR). 

Rujuk makalah bertajuk “Mengundi Tanpa X” (The Malaysian Insider, 5 September 2011) dan catatan blog bertajuk “Panduan Menanda Kertas Undi Dengan Betul” (20 April 2013) untuk maklumat lanjut.

Secara lazim, jika ada kertas undi yang meragukan, maka Buku Panduan Untuk Memutuskan Undi Ragu yang dikeluarkan oleh SPR akan digunakan untuk membuat keputusan. Saya pernah bertugas di tempat mengira undi pada Pilihan Raya Umum Ke-11 dan PRU-12; serta mempunyai pengalaman secara langsung dalam hal ini.

Pada peringkat awal mengira undi, kertas-kertas undi yang meragukan akan dimasukkan ke dalam kotak “Undi Ragu”. Kemudian, ia akan diteliti satu persatu dan diputuskan sama ada “Undi Sah” atau “Undi Ditolak” (Undi Rosak).

Peraturan SPR menetapkan bahawa kertas undi yang meragukan boleh diterima sebagai undi yang sah jika “sebarang tanda yang dibuat oleh pengundi dapat menunjukkan dengan jelas undi yang hendak diberikan kepada calon tertentu”.

Contoh kertas undi yang diterima (serta beberapa contoh kertas undi yang ditolak) boleh dirujuk di dalam album foto yang saya paparkan di Facebook. Harap maklum bahawa album Panduan Memutuskan Undi Ragu boleh diakses oleh orang awam (bukan hanya “sahabat” saya di Facebook). 

Sila KLIK DI SINI untuk mengakses album berkenaan. Harap sudi dikongsi jika dirasakan bermanfaat.


Dipersilakan juga menonton VIDEO di sini dan di sini untuk pemahaman lanjut.