28 Apr 2013

Jack Reacher

Filem Jack Reacher (2012) lakonan Tom Cruise adalah sebuah thriller berdasarkan novel One Shot (2005) karya Lee Child (nama sebenar: Jim Grant). Agak menarik bahawa watak-watak Rosemary, Ann Yanni dan Helen Rodin digabungkan menjadi satu dalam versi filem. Latar pula diubah daripada Indiana kepada Pennsylvania. Fizikal watak Jack (196 sm) tidak menjadi penghalang kepada Tom (170 sm) untuk menampilkan lakonan yang mantap dan meyakinkan.