20 Apr 2013

Panduan Menanda Kertas Undi dengan Betul


Panduan ini dipaparkan khas menjelang PRU-13 pada 5 Mei 2013 (dan PRU-14 pada 9 Mei 2018, serta PRU-15 pada 19 November 2022). Sila klik untuk besarkan. 

Keenam-enam cara menanda/mengundi yang ditunjukkan di atas adalah betul dan sah ["Niat (intention) pemilih adalah jelas"] mengikut Buku Panduan Memutuskan Undi Ragu keluaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjadi rujukan wajib Ketua Tempat Mengundi (KTM). 

Saya boleh mengesahkan perkara ini berdasarkan pengalaman saya terlibat sebagai Kerani Pengundi (KP) yang terlibat secara langsung dalam proses pengiraan undi di pusat mengundi pada PRU-11 dan PRU-12. 

Harap sudi berkongsi pautan/halaman/maklumat ini dengan rakan-rakan, saudara-mara, jiran-tetangga dan sahabat-handai supaya mereka juga mampu menandakan kertas undi dengan betul dan tepat.


Dalam pada itu, mulai PRU-13, dakwat kekal diperkenalkan dan akan dicalit pada jari telunjuk kiri pengundi sebelum diberikan kertas undi. Ramai yang bimbang jika dakwat itu tercalit pada kertas undi dan kertas undi dianggap rosak. 

Jika kertas undi anda terkena calitan dakwat berkenaan, sila maklumkan segera kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM) dan minta diberikan kertas undi baru. Ingat: Pengundi berhak mendapatkan kertas undi baru.

Sila klik juga pada pautan-pautan di bawah untuk manfaat bersama.